RAWATAN 'CARBON PEEL' DI HANNAN MEDISPA DAMANSARA

12:26 am SHARIFFUDIN AZHAR OMAR 1 Comments





Salam REEFISM! Saya berkesempatan untuk menjalani rawatan wajah di salah sebuah pusat estetik terkemuka, Hannan Medispa Cawangan Damansara. Lokasi pusat rawatan estetik ini adalah di S8, Level 2, IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara. Pusat kecantikan ini betul-betul berhadapan dengan POPULAR Bookstore.


Dr Hannan juga ada mengeluarkan seleksi produk sendiri

staff disini sangat friendly

nak kurus badan dan wajah pun boleh




Saya diberitahu bahawa Hannan Medispa ini turut mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia. Hannan Medispa ini telah diasaskan oleh Dr. Hannan Yusof. Berpusat di Kota Bharu, kini pusat estetik ini telah meluaskan empayar nya ke seluruh negara dengan mempunyai cawangan di Bangi, Damansara, Ampang, Johor Bahru, Wangsa Maju, Shah Alam, Kuantan, Penang, Alor Setar, Putrajaya, Terengganu, Melaka dan Seremban.





Rawatan yang telah saya lakukan adalah Carbon Peel Treatment. Apa itu rawatan Carbon Peel dan apa kebaikannya? Ia adalah satu revolusi rawatan laser yang completely painless with minimal-to-zero downtime. Ia sangat bermanfaat untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, bintik hitam, tona kulit tak sekata, pori kulit yang besar, kulit kusam, hyperpigmentation dan jerawat pada muka atau badan. Ia juga adalah cara terbaik untuk menyegarkan kulit anda, memberikan penampilan segar dan menjadikan kulit lebih lembut, licin dan tegang. Kaedahnya adalah a layer of liquid carbon is applied to the skin, where it penetrates deep into the pores. Laser light is highly attracted to the carbon particles. When the laser is passed over the area, it destroys the carbon, taking dead skin cells, contaminants and oil with it.

Proses rawatan ini hanya memakan masa tidak sampai 1 jam dan hasilnya terbukti dengan immediate effect after treatment. Bagi yang mempunyai masalah kulit wajah yang teruk disarankan untuk melakukan beberapa kali sesi rawatan untuk mendapatkan hasil yang optimum. Don't worry sebab anda akan diberikan consultation oleh doktor estetik yang berpengalaman sebelum melakukan sebarang rawatan. Selamat dan diyakini!

wajah saya sebelum treatment

selepas wajah dicuci, proses stim dijalankan untuk membuka pori pada wajah

mask disapukan untuk membuang blackheads dan whiteheads

cecair karbon di sapukan pada wajah

lapisan carbon di biarkan kering dahulu

mata ditutup agar tidak terkena silau pada alat carbon peel ini

sesi 'menembak' carbon dilakukan

proses dimulakan pada bahagian bawah pipi

tinggal separuh

proses ini tidak sakit

hampir siap

sesi carbon peel selesai dan kemudian wajah dicuci dan disapukan sunblock

hasil rawatan menjadikan kulit saya lebih fresh


Harga? Antara yang menjadi persoalan utama. Surprisingly harga rawatan yang ditawarkan di Hannan Medispa sangat berpatutan dan boleh saya katakan harga mampu milik! Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah semasa rawatan dilakukan, pihak Hannan Medispa memasang bacaan surah Al-Quran instead of memasang lagu. RESPEK!

senarai rawatan dan harga

inilah alat yang digunakan untuk rawatan carbon peel


Jadi apa tunggu lagi? Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan Carbon Peel di Hannan Medispa boleh menghubungi cawangan yang terdekat. Anda boleh layari FACEBOOK RASMI HANNAN MEDISPA DAMANSARA atau INSTAGRAM RASMI HANNAN MEDISPA DAMANSARA untuk butiran lanjut!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY

1 comment:

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.