ATILIA HARON KEMBALI DENGAN NOMBOR 3 SETELAH 7 TAHUN



Raja Putri Atilia binti Raja Haron atau mesra dipanggil Atilia. Antara penyanyi kegemaran saya. Saya mengenali penghibur berbakat besar ini sejak kemunculan lagu Pelangi Mimpi yang dmuatkan dalam album R.A.P. Lama dah album kompilasi ini dikeluarkan dimana ia membariskan artis di bawah naungan Roslan Aziz Production. Sejak itu saya terus jatuh cinta dengan lenggok suara Atilia.

Saya agak lambat mendapatkan album sulung pertama beliau yang berjudul Sangkar. Entahlah, saya kurang pasti kenapa saya beli album itu lambat setelah ia diterbitkan pada 2007. Nasib saya baik. Pihak Atilia masih memiliki stok album itu semasa saya ingin membeli album keduanya, Indah pada tahun 2010.

Album Sangkar lebih kepada muzik bercirikan jazz, RnB/Soul pada saya manakala Indah membariskan genre muzik jazz, R n B dan bossanova. Secara peribadi kalau diminta untuk membuat perbandingan tentang Sangkar dan Indah, agak sukar pada saya kerana hey! Saya peminat setia Atilia kot. Semua lagu beliau kegemaran saya. Hahaha! Secara jujur saya lebih menggemari album Sangkar kerana genre muzik dalam album itu so me! Tapi tidak bermakna album Indah tak best! Cuma bagi saya lagu Sangkar itu sendiri adalah antara karya terbaik pernah dihasilkan dalam industri muzik Malaysia.

GAMBAR SUMBER FACEBOOK ATILIA


Setelah 7 tahun menanti, akhirnya album ketiga beliau dilancarkan. Yeay! Saya adalah antara peminat yang paling bersemangat menanti album ini dijual di toko muzik. Oh ya! Walaupun sekarang zaman teknologi dengan pengstriman muzik secara digital, saya masih tetap jatuh cinta dengan album berbentuk fizikal. Bagi saya memiliki dan mendengar lagu menerusi permainan cakera padat perasaannya lain. Feel dia lain! Lebih intim barangkali. I dunno. Hahaha. Saya boleh pegang, saya boleh baca kandungan dalam album tu. Kepuasan nya berbeza. Biarlah orang kata saya tradisional! Hahaha.

Now let’s talk about Atilia’s new baby! Album studio ketiga beliau diberi judul ATILIA NO 3. Kulit album kali agak menarik perhatian saya. Atilia diubah menjadi sebuah patung mainan yang cantik! Menambah seri warna pada album ini adalah kulit albumnya. Suka dengan kombinasi warna kuning, biru dan pink. So fresh and girlie! Masih mengetengahkan muzik bergenre jazz dan ada sedikit elemen pop.







Album ini memuatkan 9 buah lagu dimana 2 lagu adalah lagu asal ibunda beliau, Salamiah Hassan yang diubah susunan muzik serta 2 buah lagu Inggeris. Langsung ke trek pertama album Atilia NO 3 iaitu No Fruits For Today. Istimewa lagu ini ia dirakam suara di Real World Studios, UK. Patutlah lain macam soundnya. Untuk rekod, studio ini cukup terkenal untuk tujuan rakaman, mastering dan mixing oleh penyanyi antarabangsa. Alicia Keys pernah membuat rakaman di sini. Muzik nya santai menceritakan dengan aktiviti yang dilakukan oleh pasangan bahagia. I love you when you love me, we're gonna make a big family.

Trek kedua adalah lagu berjudul Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan. Lagu ini bagi saya unik dari segi lirik dan muziknya. Trek ke tiga adalah Sandaranku (menampilkan Adibah Noor bersama Derek “Jingles” Jhingoree). Saya kurang pasti siapa penama Derek ini namun kemunculan nya dalam lagu ini bersama penyanyi hebat Adibah Noor sememangnya harmoni. Lagu dan lirik dicipta bersama Atilia dan Derek, ia memberi pengertian mendalam tentang dua hati yang saling lengkap melengkapi. Jatuh bangun, suka duka tawa duka bersama! Sungguh inspiring! Realize menjadi trek ke empat dimana ia adalah hasil ciptaan Atilia bersama Jason Voo dan lirik oleh Atilia sendiri. Suka liriknya yang cukup simple tapi bmemberi maksud mendalam.

Melangkah ke trek lima adalah Bahagiaku yang menjadi single terbaru untuk album ini. Muziknya agak catchy. Sesuai dengan tajuknya. Mendengar lagu ini terus rasa dibuai gembira. Trek ke enam adalah lagu Segalanya (duet bersama Lokman Aslam) merupakan kolaborasi yang menarik. Paduan suara yang harmoni.



Trek ke tujuh pula adalah lagu Aku Curiga merupakan lagu asal Salamiah Hassan namun diberi susunan muzik lebih segar. Nice! Begitu juga dengan lagu Cintaku Mengatasi Segalanya yang menjadi trek ke lapan. Lagu asal nyanyian ibunda Atilia ini merupakan lagu yang dipetik daripada album Menghitung Hari Salamiah Hassan. Lagu ciptaan Dato' Freddie Fernandez dan lirik oleh Habsah Hassan ini sebenarnya cukup indah dari segi melodi dan bait lirik. Kurnia Syurgawi adalah sebuah lagu yang cukup puitis. Ia menceritakan tentang kesyukuran. Menjadi trek terakhir dalam album ini.


Secara peribadi, i love this album! Bukan sebab saya peminat setia Atilia, tapi album ini ternyata memberi kelainan kepada citarasa muzik Malaysia. Malah susunan muzik di dalam album ini bertaraf antarabangsa. Lebih kemas, simple dan fresh! Anda boleh dapatkan album ini di kedai muzik berhampiran atau muat turun secara halal di semua platform penstriman muzik digital. All the best sis!





LAMAN FACEBOOK ATILIA

LAMAN INSTAGRAM ATILIA

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ATILIA #ATILIAHARON #ATILIANO3 




2 Comments

  1. Kami bangga dengan pencapaian Raja Atilia.Beliau sentiasa mencari kelainan dan berusaha memberi peminat yang terbaik (whatever it takes).Sikap sebegini hanya ada pada penyanyi yang betul2 bagus dan berjaya.Syabas !!!

    ReplyDelete
  2. WoW!!! Hebat... Raja Atilia memang the best

    ReplyDelete