KAFE SUDS AND LATTES MUTIARA DAMANSARA, CETUSAN IDEA DARI KELUARGA PENGUSAHA DOBI

11:31 pm Shariffudin Azhar Omar 0 Comments


Apa yang menjadikan hujung minggu anda menjadi stress? Kalau saya jawapannya adalah masa membasuh baju. Hasil pengumpulan selama 5 hari waktu bekerja menjadikan timbunan pakaian menggunung. Itu belum lagi dengan keadaan cuaca yang kerap hujan saja sejak kebelakangan ini. Aduh! Maka terpaksalah saya mengorbankan kualiti masa bersama rakan-rakan hanya untuk membasuh pakaian. Bukan tidak mahu membasuh baju pada weekdays tapi waktu sampai di rumah pun sudah pukul 9-10 malam. Mana ada masa!

Tapi itu kisah lama. Sekarang saya tidak perlu risau lagi. Saya kini telah ketemu solusi kepada masalah saya. Terima kasih kepada SUDS AND LATTES. Buih dan Susu? Gabungan apakah ini? SUDS AND LATTES = SEBUAH KAFE HIPSTER BARU DENGAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DOBI. Kalau bahasa mudahnya adalah laundry café.



Ini adalah pertama kali saya berjumpa dengan kafe berkonsep sebegini di Malaysia. Saya kurang pasti samada sudah ada kafe sebegini sebelum ini. Jadi sudah pasti saya amat teruja untuk mengetahui lebih lanjut apa yang istimewa tentang kafe ini.

Bertemu dengan pemilik kafe ini menjadikan kunjungan saya bertambah best. Masakan tidak! Super friendly Puan Zalina Ali atau nama mesranya Kak Lynn! Untuk informasi, sebelum ini Puan Zalina memang sudah lama menjalankan perniagaan dobi. Idea untuk menjadikan kafe hipster timbul apabila pelanggan dobi beliau seringkali dahaga dan lapar ketika menunggu urusan dobi selesai. Bertitik tolak dari situ maka timbul idea dan akhirnya kafe SUDS AND LATTES menjadi realiti. Kebetulan pula beliau sekeluarga memang cukup minat pada makanan serta anak beliau mahir dalam pembuatan kek dan pastri. Jadi mereka sepakat untuk menghasilkan kafe ini.


Pertama kali melangkah masuk ke dalam ruang kafe ini cukup menarik pandangan saya. Dekorasi kafe cukup simple namun tetap tampak elegan. Ruang kedai terbahagi kepada bahagian kafe dan kaunter dobi. Bagi sudut kafe disediakan indoor and outdoor seating area. Bagi sudut perkhidmatan dobi, terletak satu kaunter khas di belakang ruang kedai ini. Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan dobi ini bukan berkonsepkan D.I.Y ya. Anda hantar pakaian dan ambil kemudian atau boleh sahaja tunggu sementara pakaian siap dicuci sambil enjoy food disitu.


















Di SUDS AND LATTES, menu yang disediakan adalah western food yang diolah mengikut selera Asia. Boleh saya katakan hidangan disini berciri homemade food. Secara peribadi saya cukup suka dengan masakan di kafe SUDS AND LATTES. Rasa dan food presentation bertaraf antarabangsa. Ada kelas tersendiri.

Saya mencuba appetizer Thai Beef Salad, Pasta Pesto with beef, Spaghetti Carbonara with chicken, Turkey Lingonberry Sandwich, Eggs Benedict, Shrimp Taco (with guac and fries), Beef Taco (with Sriracha and fries), Beef Taco Burger. Bagi anda yang tidak tahu, ada sebilangan menu disini diinspirasikan dari Puan Zalina sendiri seperti Shrimp Taco dan Beef Taco contohnya. Menu ini adalah yang sering dimakan beliau ketika beliau menuntut ilmu di Tucson, Amerika Syarikat. Ia seperti mengimbau kenangan apabila menikmati menu ini. Malah saya diberitahu yang patty yang digunakan pada menu burger disini dibuat sendiri.


Beef Taco Burger and Tuna Croissant

Shrimp Taco

Beef Taco (with Sriracha and fries)

Eggs Benedict
Toasted Brioche bun, free range soft poached eggs and served with turkey ham and smoked salmon slice, topped with homemade hollandaise sauce

Turkey Lingonberry Sandwich

ini lupa nama sandwich dia tapi sedap!

Spaghetti Carbonara with chicken

Thai Beef Salad
With Kaffir Lime, fish sauce, strips of tenderloin beef and peanuts

Pasta Pesto with beef

Saya juga sempat menikmati beberapa seleksi dessert yang terdapat di kafe ini. Saya diberitahu bahawa kebanyakan dessert yang dijual disini adalah hasil air tangan anak Puan Zalina sendiri, cik Izzati. Kagum saya! Bila berkunjung ke kafe SUDS AND LATTES jangan lupa mencuba Puding Jagung yang dijual disini kerana ia adalah resepi turun temurun keluarga Puan Zalina sendiri. Saya diberitahu resepi ini berusia lebih 50 tahun.

Bagi anda yang self-claimed foodie tu wajib singgah ke kafe SUDS AND LATTES. Berbaloi dengan harga dan rasa setiap menu disediakan di sini. Saya tahu ramai diantara anda yang malas membasuh baju jadi tak perlu pening-pening lalat. Serahkan pada SUDS AND LATTES. Sambil menghantar pakaian untuk dibasuh, anda boleh menikmati hidangan enak di sini. Anda masih boleh lepak bersama teman-teman pada hujung minggu. Tiada lagi alasan!






Lokasi: 
3-1, Jalan PJU 7/7A, Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, Selangor 
(bersebelahan dengan kedai makan Selera Impian)

Waktu Operasi: 
10.00 pagi – 10.00 malam 
(Tutup Isnin)

Tel: 03-77321771

Facebook Rasmi: 

Instagram Rasmi: 








#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SUDSANDLATTES #WELOVESUDSANDLATTES #LAUNDRYCAFE #SUDSANDLATTESVIRAL #BESTCAFEINTOWN #BESTCOFFEEANDTEA
Suds // Lattes Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

0 comments:

WOW

AMAZING DEAL

MY FAVOURITE BLOGS

FOODIE

View my food journey on Zomato!
Powered by Blogger.