BIANCO MIMOSA DAN DACHE TERUJA BERAKSI DI INTERNATIONAL FASHION WEEK DUBAI 2017

BIANCO MIMOSA, DACHE, fashion, FESYEN, INTERNATIONAL FASHION WEEK DUBAI 2017

Dato' Ida Suraya Mustafa mungkin nama asing bagi segelintir masyarakat namun bagi penggemar fesyen, beliau adalah antara nama besar dalam industri fesyen busana mewah. Sering tampil dengan rekaan busana glam dan mewah, beliau juga pakar dalam penghasilan fabrik berkualiti tinggi. Jenama Bianci Mimosa adalah satu jenama tempatan yang seharusnya boleh dibanggakan kerana sering mendapat perhatian daripada peminat fesyen dari luar.

Peluang mendekati tuan empunya diri bagaikan bulan jatuh ke riba. Saya yang sering mengikuti perkembangan fesyen tanahair mendapati bahawa rekaan jenama Bianco Mimosa cukup berbeza. Unik, mewah dan mashyur! Dari gaun meleret hingga ke abaya, setiap rekaan mempamerkan ekslusifiti tersendiri. 

Terkini, Dr Ida bersama dengan jenama Dache milik teman baik beliau, Yadz Harudin telah disunting oleh penganjur Minggu Fesyen Antarabangsa Dubai Musim ke-5 yang berlangsung dari 21-22 Oktober ini bagi mempersembahkan koleksi terkini bagi kedua jenama ini. Acara fesyen terbesar ini diadakan di Sofitel The Palms Dubai mengetengahkan koleksi Bianco Mimosa diinspirasikan daripada A TALE OF TONGKANG YARD manakala jenama DACHE membawa tema COLORS OF RANGOLI.

BIANCO MIMOSA, DACHE, fashion, FESYEN, INTERNATIONAL FASHION WEEK DUBAI 2017
DARI KIRI: JULIE WIDURI (PEREKA FESYEN DACHE), DATO' IDA DAN YADZ





ANTARA FABRIK YANG DITEMPAH KHAS DARI ITALI

MY FAVOURITE!

SEMUA FABRIK ADALAH NUKILAN DATO' IDA

ANTARA FABRIK YANG DHASILKAN OLEH MIMOSA FABRICS

Menurut Dato' Ida, pada awalnya beliau berbelah bagi samada untuk menyertai minggu fesyen di Dubai atau New York. Memandangkan pihak penganjur berusaha memujuk beliau untuk menyertai pertunjukan fesyen yang menghimpunkan banyak nama besar dalam industri fesyen dunia, Dato' Ida memilih Dubai kerana beliau optimis dengan penerimaan penggemar fesyen yang berkampung disana terhadap sentuhan dan rekaan jenama Bianco Mimosa. Pada awalnya beliau diminta untuk menyediakan 30 pasang persalinan sempena hari pembukaan namun Dato' Ida hanya sempat membawa 10 pasang bersama 8 koleksi abaya sahaja dek kerana kekangan masa. Fabrik yang digunakan adalah dari jenis sutera yang ditempah khas dari Itali.

BIANCO MIMOSA, DACHE, fashion, FESYEN, INTERNATIONAL FASHION WEEK DUBAI 2017
DATO' IDA SURAYA


Menurut Dato' Ida lagi, rekaan kali ini berkonsepkan kehidupan beliau di kampung di Tongkang Yard, Kedah kerana beliau ingin mengembalikan memori beliau dibesarkan di pekan ini kepada dunia. Pengalaman dikejar angsa, bermain wau dan sampan diabadikan dalam rekaan fabrik dan busana beliau khas untuk minggu fesyen Dubai ini. Sebagai rekod, ini adalah penyertaan pertama kali dari wakil Malaysia sejak penubuhan Minggu Fesyen Antarabangsa Dubai.

Diberi jolokan Elie Saad Malaysia, Dato' Ida tidak menyangka mendapat penghormatan daripada pihak penganjur minggu fesyen di Dubai sehingga mendapat slot peragaan untuk acara pembukaan acara ini. Mereka begitu teruja dan berminat dengan rekaan jenama Bianco Mimosa kerana keaslian dan authenticity yang dipamerkan pada setiap busana. Antara peragawati yang bakal memperagakan busana Bianco Mimosa pada acara ini nanti adalah Miss/Mrs Universal 2017, Emilia Dobreva dari Kosovo.

BIANCO MIMOSA, DACHE, fashion, FESYEN, INTERNATIONAL FASHION WEEK DUBAI 2017





Bagi jenama Dache yang terkenal dengan koleksi RTW, pemilihan konsep COLORS OF RANGOLI bagi memperkenalkan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai kepelbagaian seni, etnik dan budaya. Elemen warna cukup dekat di hati Yadz memandangkan beliau juga adalah seorang pereka hiasan dalaman, jadi tema Rangoli ini sesuai diangkat sebagai konsep rekaan beliau untuk minggu fesyen Dubai kali ini. Sebanyak 10 persalinan bakal ditampilkan dimana beliau akan mengolah fabrik sari mengikut interpretasi moden. Beliau bekerjasama dengan Mimosa Fabrics dalam penyediaan fabrik bagi koleksi kali ini.

Selain minggu fesyen di Dubai, pihak Bianco Mimosa dan Dache telah mendapat jemputan untuk menyertai Minggu Fesyen London dan Ukraine pada tahun hadapan. Ini adalah satu tanda aras bahawa jenama ini sudah mula mendapat perhatian penggemar fesyen antarabangsa. Pihak Dato' Ida merancang untuk membuka butik di Dubai dalam masa yang terdekat bagi melebarkan sayap perniagaan di sana memandangkan rekaan beliau sudah mulai meniti di bibir masyarakat disana.

Saya sendiri secara peribadi mengkagumi misi dan visi Dato' Ida dan Yadz yang ingin memartabatkan fesyen tempatan di peringkat antarabangsa. Ini adalah petanda bahawa fesyen Malaysia juga mampu mengelilingi dunia. Dikhabarkan juga pihak Bianco Mimosa sudah mulai di intai oleh selebriti Hollywood untuk acara karpet merah Anugerah Grammy's akan datang. Siapakah selebriti itu? Nantikan pengumuman rasmi daripada Dato' Ida nanti! Malaysia Boleh!

LAMAN FACEBOOK RASMI BIANCO MIMOSA

LAMAN INSTAGRAM RASMI BIANCO MIMOSA

LAMAN FACEBOOK RASMI DACHE

LAMAN INSTAGRAM RASMI DACHE


#REEFISM #REEFISM #BIANCOMIMOSA #DACHE #INTERNATIONALFASHIONWEEKDUBAI2017 

1 Comments

  1. Woooww... cantiknya design Dato' Ida. Mmg unik dan ada identiti fesyen tersendiri. GV pun suka yang kain design rumah kampung tu. Marvellous. Terbaik lah. :D

    ReplyDelete