GOFULL KOREAN RESTAURANT MONT KIARA – MAKANAN KOREAN FUSION YANG PATUT DITERJAH

May 31, 2017 REEF OMAR 0 Comments


Annyeong Haseyo! Mana dia peminat artis Korea ni? Angkat tangan! Ramai nya. Saya tak nafikan bahawa fenomena K-pop berjaya membawa dimensi baru kepada senario industri kreatif dunia. Di Malaysia sendiri, fenomena ini menjadi satu gelombang besar kepada masyarakat. Kita boleh lihat dengan kebanjiran drama dan filem Korea malah konsert yang dianjurkan juga full house. Selain itu kita boleh lihat banyak restoran atau kedai makan berasaskan makanan Korea dibuka bagi memenuhi permintaan selera masyarakat. Saya sendiri secara peribadi meminati ramen dan kimchi.

Bila terlalu banyak kedai makan yang menjual authentic Korean food jadi penggemar mulai bosan kerana kebanyakan kedai menjual menu yang sama. Namun anda pernah mendengar makanan Korea yang digabung bersama makanan barat? Ayat mudahnya adalah Korean Fusion food. Ini sesuatu yang cukup berbeza.

Saya berkesempatan berkunjung ke sebuah restoran menjual makanan Korean Fusion iaitu RESTORAN GOFULL yang terletak di Solaris Mont Kiara. Apa yang istimewanya restoran GoFull ini adalah ia merupakan first modern Korean Fusion food restaurant in Hong Kong. Macam mana tu? Pemilik restoran ini sebenarnya berasal dari Hong Kong. Minat yang mendalam terhadap perniagaan makanan maka terhasillah restoran ini. Menu di sini berkonsepkan Koreanized Western Style food (gabungan Asia dan Barat). Sesuatu yang menarik minat saya. Saya diberitahu bahawa kebanyakan bahan mentah yang digunakan adalah di import dari luar bagi menjaga kualiti rasa masakan di restoran ini.

Ketika melangkah masuk ke dalam ruang restoran ini saya lihat dekorasinya cukup sederhana. Barangkali konsep Less Is More menjadi panduan pemiliknya. Saya suka dekorasi yang simple kerana ia memberi suasana lebih santai bila menjamu selera. Kepada mereka yang beragama Islam, jangan risau untuk makan disini kerana walaupun status kedai ini adalah No Pork, tetapi bahan mentah yang digunakan didapati daripada pengedar yang memiliki sijil halal.









Jika ke restoran GoFull Mont Kiara, anda kena cuba Kimchi Chicken Salad with Spicy Dressing. Salad yang diolah bersama kimchi menjadikan rasa masam kimchi dan pedas dari dressing well-blend. Ditambah pula dengan kekacang digaul bersama menjadikan menu ini lengkap sebagai pembuka selera anda.

KIMCHI CHICKEN SALAD WITH SPICY DRESSING

Menu seterusnya adalah Korean Kimchi Fried Rice with Cheese & Beef. Nasi yang digoreng bersama Kimchi dan ditambah dengan kepingan daging lembu dan diletakkan cairan keju di sekelilingnya. Sesuatu yang menarik untuk dicuba KOREAN KIMCHI FRIED RICE WITH CHEESE & BEEF.

KOREAN KIMCHI FRIED RICE WITH CHEESE & BEEF


Seterusnya saya mencuba Kimchi Ramen with BBQ Chicken. Ini antara menu wajib cuba di sini. Ramen dan kimchi dimasak berkuah pedas cukup sedap dan kena dengan selera saya. Tekak Malaysia ini kena ada selera pedas barulah nikmat makan KIMCHI RAMEN WITH BBQ CHICKEN.

KIMCHI RAMEN WITH BBQ CHICKEN


Kalau makan Makanan Korea tak sah tidak mencuba Korean fried chicken. Anda boleh mencuba GOFULL SOY SAUCE FRIED CHICKEN dan GOFULL HONEY BUTTER FRIED CHICKEN. Rangup, juicy, manis, semua nya berpadu dalam satu rasa. Anda boleh pesan dalam bilangan 6 ketul/12 ketul.

GOFULL SOY SAUCE FRIED CHICKEN

GOFULL HONEY BUTTER FRIED CHICKEN

CHEESE TOPOKKI (SPICY RICE CAKE) WITH FRIES adalah antara highlight menu disini. WAFFLE CHICKEN SANDWICH WITH FRIES juga menarik minat saya. Rasa waffle yang manis dijadikan sandwich bersama isi ayam goreng rangup dengan lelehan keju. Pandai pencipta resepi ini.





CHEESE TOPOKKI (SPICY RICE CAKE) WITH FRIES


WAFFLE CHICKEN SANDWICH WITH FRIES


Akhir sekali, anda kena cuba dua jenis milkshake ini iaitu PEANUT BUTTER & SALTED CARAMEL MILKSHAKE dan RAINBOW PARTY MILKSHAKE. Peanut Butter milkshake ini terasa manis dan lemak aiskrim, susu segar, peanut butter dan salted caramelnya. Rainbow Party Milkshake tidak kurang hebatnya.

PEANUT BUTTER & SALTED CARAMEL MILKSHAKE

RAINBOW PARTY MILKSHAKE

Pihak Gofull Restaurant juga ada menyediakan Lunch Set menu kepada anda. Dengan harga RM19.90 (tertakluk kepada 10% caj perkhidmatan) anda boleh pilih MAIN COURSE+FREE DRINKS+DESSERT. Kalau anda nak upgrade drinks kepada milkshake, cuma tambah RM9.90 sahaja. Lunch Set menu ini hanya untuk dine-in sahaja dan tidak sah pada hujung minggu dan cuti umum.







Secara keseluruhannya, pengalaman makan di RESTORAN GOFULL MONT KIARA tidak mengecewakan. Walaupun saya bukan peminat masakan Korea, tapi menu disini memberi citarasa baru kepada selera saya. Gabungan Korea dan Barat dalam masakan benar-benar menjadi! Anda semua wajib mencuba!


RESTORAN GOFULL MALAYSIA
ALAMAT: NO.13, JALAN SOLARIS 2, MONT KIARA, 50480 KUALA LUMPUR (SEBELAH NANDA CHICKEN)

WAKTU OPERASI: 11 PAGI - 11 MALAM (SETIAP HARI)

TEL: 03-62116092







#REEFISM #REEFISMTERRITORY #GOFULLMALAYSIA #KOREANFOOD #KOREANFUSION #MONTKIARA
Go Full Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

0 comments:

BUFFET RAMADHAN 2017 DI RESTORAN NELAYAN GOMBAK –STEAMBOAT, GRILL DAN LEBIH 100 JENIS MENU MENJADI TUMPUAN

May 30, 2017 REEF OMAR 0 Comments


Ramadhan sudah menjengah kita. Saya percaya saat ini ada yang berkira-kira mencari buffet ramadhan yang affordable untuk bawa keluarga dan teman-teman kan? Ada yang menjenguk laman sesawang yang menjual best deal, ada yang beli in advance just untuk dapatkan tawaran harga murah. Saya perasan tahun 2017, most of the hotel ataupun restoran menawarkan harga yang munasabah kepada umum berbanding tahun lepas. Dalam erti kata lain, harga mampu milik! Yelah. Bukan semua orang mampu bukan? Jadi bulan mulia inilah masanya kita patut mengamalkan konsep memberi dan menerima. Harga murah, dan makanan sedap pasti akan menjadi serbuan orang ramai. Salah satu yang menjadi sasaran orang ramai tahun ini adalah Bufet Ramadhan RESTORAN NELAYAN GOMBAK.

Pasti ramai yang yang keliru tentang nama restoran ini. Adakah ia sama dengan restoran yang terletak di Titiwangsa? Itu dulu, kerana mereka telah pun berpindah ke kawasan Gombak sekitar tahun lepas. Lokasi nya tidaklah sukar untuk mencari jika anda familiar dengan area UIA Gombak dan juga kedai makan yang dipanggil 'Kubur' oleh masyarakat setempat. Jika menggunakan navigasi GPS seperti Google Maps sila taip Restoran Nelayan Gombak Kampung Sungai Chinchin 53100 Kuala Lumpur. Pihak pengurusan Restoran Nelayan Gombak akui akan masalah mencari lokasi ini melalui sistem GPS sementara mereka menyelesaikan nya dengan pihak Google. Takpe. Janji tak akan sesat. (Kalau guna Waze boleh taip 68, jalan Gombak). Maaf tempat baru jadi satelit baru nak cam kawasan. Hihihi.

PINTU MASUK

ADA WIFI




JANGAN MEMBAZIR

Berbalik kepada Bufet Ramadhan 2017 oleh RESTORAN NELAYAN GOMBAK. Apa yang istimewanya bufet Ramadhan disini? Pada harga RM49.90, anda akan dapat menikmati lebih dari 100 jenis menu. Antaranya adalah Steamboat and Grill (kambing, ayam, udang, sotong, ketam). Menarik bukan? Sesuai dengan nama Nelayan, pastinya elemen makanan laut dan steamboat wajib ada bagi mendapatkan mood sebenar makan di perkampungan nelayan. Selain itu, pelbagai juadah Masakan Melayu disediakan. Ada yang dimasak secara live seperti Daging Gulai Kawah Tanjung dan Daging Salai Masak Lemak. Saya diberitahu rempah yang digunakan adalah dari jenama Tanjong yang cukup terkenal dengan ramuan rempah asli. 

DAGING SALAI MASAK LEMAK

TEMPTING

DAGING GULAI KAWAH TANJONG

WARNA GULAI SUDAH TAHU SEDAP!

REMPAH JENAMA TANJONG MEMANG TERBAIK!









MACAM-MACAM PILIHAN STEAMBOAT

Juga penyediaan roti jala secara live di adakan menggunakan MAGIC FLOUR keluaran MEGA ZESH SDN BHD. Ini antara highlight menu yang anda tidak patut lepaskan.

GERAI ROTI JALA

TEPUNG AJAIB

ROTI JALA HIPSTER

KUAH PENCICAH ROTI JALA

Bertepatan dengan slogan SAJIAN WARISAN SELERA KITA, restoran ini begitu prihatin dengan selera masyarakat kita yang berpuasa yang pasti ingin berbuka dengan selera kampung seperti ikan goreng, ulam-ulaman bersama sambal belacan, ikan masin dan banyak lagi.

Pihak RESTORAN NELAYAN GOMBAK turut menyediakan seleksi gerai seperti makanan bersup dan berkuah seperti laksa, dan mee kari. Turut disediakan adalah pelbagai pilihan kuih muih melayu yang pastinya membangkit selera anda. Tidak cukup dengan itu, anda boleh ke sudut minuman kerana terdapat cendol dan aiskrim selain minuman panas dan sejuk. Antara highlight adalah Teh Tarik Istimewa.






 







SUP KAKI AYAM

SUP SAYUR





Selain menjamu hidangan berbuka puasa, anda akan dihidangkan dengan persembahan busker yang akan menyampaikan seleksi lagu dakwah dan qasidah. Sesuai dengan halwa telinga sempena bulan penuh keberkatan ini.

Antara kemudahan yang anda boleh gunakan di restoran Nelayan Gombak adalah ruang parkir yang sangat luas (juga disediakan parkir khas untuk bas yang mampu menampung 6 biji bas dalam satu masa), kemudahan surau untuk solat, kemudahan dewan jika ingin mengadakan solat terawih. Malah jika anda merancang ingin buat majlis berbuka puasa atau rumah terbuka Aidilfitri, restoran Nelayan Gombak turut menyediakan kemudahan dewan dan katering. Memudahkan anda bukan!

RUANG PARKIR YANG CUKUP LUAS

Jangan lepaskan peluang berbuka puasa sempena Ramadhan 2017 di RESTORAN NELAYAN GOMBAK kerana dengan pelbagai menu, kemudahan yang disediakan pastinya berbaloi.





 

RESTORAN NELAYAN GOMBAK
BATU 8 ¾, JALAN GOMBAK (DEKAT UIA GOMBAK)

HARGA: RM49.90 DEWASA

50% DISKAUN UNTUK KANAK-KANAK 5-11 TAHUN DAN WARGA EMAS 61 TAHUN KEATAS

KANAK-KANAK BAWAH 4 TAHUN: MAKAN PERCUMA


TEL: 
03-61858400
013-2237228
013-2967228


FACEBOOK RASMI: 




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RESTORANNELAYANGOMBAK #NELAYANGOMBAK #BUFETRAMADHAN2017 #RAMADHANBUFFET2017




0 comments:

Powered by Blogger.