RASAI PENGALAMAN BERBUKA PUASA DI NEGARA THAILAND BERSAMA STREAT THAI JAYA ONE, PETALING JAYA.


Sawadeekap! Hampir setiap hotel dan restoran menyediakan buffet ramadhan dengan sajian makanan melayu. Apa kata untuk bulan Ramadhan tahun ini kita ubah sedikit selera kita dengan sajian bufet citarasa negara jiran kita, Thailand. Thailand sendiri cukup terkenal dengan pelbagai menu hebat seperti tomyam, som tum, Nasi pulut bersama Mangga dan banyak lagi. Di Malaysia sendiri terdapat banyak restoran dan kedai makan yang menyediakan masakan ala Thai. Namun, agak sukar untuk mencari masakan dari Thailand yang benar-benar ‘original’ di Lembah Klang.

Kini, anda tidak perlu lagi terbang ke Bangkok untuk menikmati Tomyum Kha Kai mahupun Pad Thai kerana semuanya ada di STREAT THAI JAYA ONE, PJ – AUTHENTIC THAI STREET EATS!





Dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2015, restoran STREAT THAI JAYA ONE, PJ menjanjikan pengalaman menarik kepada anda yang sukakan masakan dari negara Thailand. Diilhamkan daripada makanan jalanan yang banyak terdapat di sana, STREAT THAI Jaya One PJ adalah pilihan tepat kepada penggemar masakan Thailand.

minced chicken with herbs

pad pet beef

tom yum fried rice

green curry chicken and ball

tofu soup with minced chicken

cabbage chicken soup

thai chicken rice

fried squid

hor mok chicken

Melangkah masuk ke dalam restoran STREAT THAI PETALING JAYA terus terasa seperti berada di Bangkok kerana dari dekorasi kedai hingga ke pekerja yang diimport khas dari Thailand sendiri berjaya mencipta suasana itu. Bukan itu sahaja, tukang masak STREAT THAI JAYA ONE, PJ ini diimport khas dari setiap pelusuk daerah di sana.



red ruby

kanom tom

coconut jelly

Pada tahun ini, pihak STREAT THAI JAYA ONE, PETALING JAYA akan mengadakan BUFET RAMADAN bermula dari 27 Mei sehingga 24 Jun 2017. Ada lebih 60 hidangan juadah berbuka puasa citarasa Thailand dapat anda nikmati di sini. Banyak pilihan tu! Harga yang ditawarkan cukup mampu milik. Hanya RM49.90++ bagi dewasa dan RM19.90++ bagi kanak-kanak (6-12 tahun). Jika anda membuat tempahan seminggu lebih awal, anda boleh mendapatkan tawaran harga istimewa iaitu *RM39.90++ untuk dewasa. Sudahlah murah, banyak pilihan makanan pula tu. Ditambah pula dengan ruang restoran yang luas, pastinya mampu memberi keselesaan kepada anda untuk menikmati juadah berbuka puasa.




































Secara peribadi, saya suka akan rasa masakan disini kerana keaslian resepinya. Makan di STREAT THAI JAYA ONE, PJ ini benar-benar mengimbau pengalaman saya ketika melancong ke Bangkok.









HARGA:

RM 49.90++ (DEWASA)
RM19.90++ (KANAK-KANAK 6 HINGGA 12 TAHUN)

MASA: 7PM – 9.30PM


LOKASI: 
STREAT THAI JAYA ONE, PJ, 100 G.001, THE SCHOOL (JAYA ONE), NO 72A, JALAN UNIVERSITI, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR.

TEL: 

03-74961297
012-9073581


LAMAN WEB RASMI: www.eatatstreat.com




*tertakluk kepada terma dan syarat






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #STREATTHAI #BUFFETRAMADHANSTREATTHAI #THAIFOOD #RAMADHANBUFFET2017 #THAIBUFFET #BUFFETRAMADHANTHAI

0 Comments