UP CLOSE AND PERSONAL BERSAMA MR MATHIEU PALOMBINO, PENGASAS MOTORINO PIZZA DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING


Pusat membeli belah SkyAvenue merupakan antara tarikan terkini yang terdapat di Resorts World Genting, Genting Highlands. Gedung terbesar yang berada 6000 kaki dari aras laut menyajikan pengalaman membeli belah dan menikmati makanan yang cukup berbeza. Berbicara soal makanan, SkyAvenue boleh dikatakan syurga makanan kerana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis masakan dari seluruh pelusuk negara disini. Dari makanan tempatan, Asia dan Barat semua terdapat di bawah satu bumbung. Antara yang menjadi kegemaran saya jika ke SkyAvenue adalah menikmati Neopolitan pizza di Motorino Pizza yang terletak di Aras 1. Anda boleh membaca pengalaman saya menikmati pizza di sini dengan KLIK DI SINI .

Kunjungan kali ini agak berbeza dan mengujakan saya kerana saya berpeluang bertemu secara langsung dengan pemilik jenama ini iaitu Mr. Mathieu Palombino, seorang chef kelahiran Belgium- Itali dan kini menetap di Brooklyn, New York. Pertemuan ini memberi saya satu pengalaman yang cukup bermakna kerana inilah saat dimana saya boleh mengetahui lebih dekat apakah rahsia disebalik kewujudan dan kejayaan Motorino Pizza ini.

motorino pizza
ADA IRAS AKTOR MARK RUFALLO KAN?

Pizza sememang adalah makanan kegemaran di kawasan kejiranan Brooklyn. Nama Motorino ini diambil secara spontan. Ia mempunyai dua maksud sebenarnya. Motorino dalam bahasa Itali bermaksud enjin kecil dan nama ini adalah jenama bagi sebuah basikal dam skuter elektrik yang terkenal di Vancouver. Perkataan rino juga merujuk kepada budak lelaki. Ketika Mathieu sedang memikirkan nama yang sesuai untuk restoran pizza beliau, secara tiba-tiba sebuah skuter jenama Motorino melintasi beliau. Nama ini kekal menjadi nama rasmi restoran pizza beliau hingga kini.

Di awal penubuhan jenama ini 10 tahun dahulu, ekonomi di New York tidak begitu baik. Beliau mempunyai keinginan untuk membuka sebuah restoran dan di minda beliau hanya inginkan pizza. Walaupun beliau memiliki pengalaman dalam masakan Perancis. Jadi beliau merasakan dengan membuka kedai pizza yang mampu milik, menggunakan dapur kayu, dengan suasana kedai yang ceria menjadikan idea ini satu sukses sehingga kini.



mathieu palombino motorino pizza





motorino pizza



Bermula di Williamsburg Brooklyn, kini beliau telah memiliki 8 cawangan di 5 bandar besar seluruh dunia iaitu di New York dengan 3 cawangan, Manila 2 cawangan, Hong Kong 2 cawangan manakala Singapura dan Malaysia masing-masing 1 cawangan. Beliau tidak mempunyai perancangan untuk menambah cawangan restoran pizza nya kerana beliau selesa dengan bilangan sekarang. Bagi beliau, kuantiti restoran dan saiz kedai bukanlah keutamaan kerana bagi Mathieu, pizza terbaik dinikmati dalam suasana kedai pizzeria yang kecil. Yang paling penting, kualiti pizza dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.



Antara kelebihan pizza Motorino jika dibandingkan dengan jenama di luar sana adalah resepinya. Pihak Motorino Pizza menggunakan tepung, tomato paste dan minyak zaitun yang diimport khas dan digunakan di kesemua cawangan. Ia bertujuan bagi mengekalkan keaslian rasa pizza di Motorino Pizza. Malah ketuhar kayu api yang digunakan diimport terus dari Naples, Itali. Kenapa beliau tidak menempah di pasaran tempatan sahaja? Ini bagi memastikan suhu yang digunakan untuk memasak pizza adalah tepat dan sama. Jadi jika anda berkunjung ke mana-mana cawangan Motorino Pizza, anda akan merasai rasa pizza yang sama. Kualiti rasa tidak berubah sama sekali.


 



Pada usia 40 tahun, beliau boleh berbangga dengan pencapaian Motorino Pizza kini. Saya cukup kagum dengan usaha beliau menjanjikan impian beliau menjadi realiti. All the best in your future undertakings sir! Anda boleh melayari www.rwgenting.com bagi mendapatkan informasi terkini mengenai apa yang berlaku di Resorts World Genting.





mathieu palombino motorino pizza
THANK YOU FOR HAVING ME!

PHOTO SESSION WITH RWG INFLUENCERS SQUAD


FAKTA MENARIK TENTANG MOTORINO PIZZA

CRAZY HOT - The pizza is cooked in a special wood-fired oven at 800-900 degrees Fahrenheit.

EXPRESS PIZZA - The small mouth and low dome of the oven gets the pizza cooked in 60 to 90 seconds.

SOFT AND CHEWY - Unlike crispy American pizza, the Neapolitan is soft and chewy, thanks to a specific finely milled pure wheat flour with no additives.

LIKE A FRISBEE - A typical Neapolitan pizza is about 12 inches in diameter. Just nice for one.

BALANCE TRIO - Minimally topped, the Neapolitan strikes a careful balance among crust, sauce and cheese. Forget over-the-top cheesiness.

mathieu palombino motorino pizza

LAMAN WEB RASMI MOTORINO PIZZA

LAMAN FACEBOOK RASMI MOTORINO PIZZA MALAYSIA

LAMAN INSTAGRAM RASMI MOTORINO PIZZA MALAYSIA


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MOTORINOPIZZA #SKYAVENUE #RESORTSWORLDGENTING #EXCITINGTHINGSAREHAPPENING 




2 Comments