4 FILEM HEBAT DARI ITALI DI TGV CINEMAS SEMPENA ITALIAN FILM FESTIVAL 2017

ITALIAN FILM FESTIVAL 2017

Buongiorno! Jika anda tiada idea filem apa untuk ditonton pada minggu ini, apa kata anda ikut saya untuk menyaksikan 4 tayangan filem hebat dari negara Itali yang akan berlangsung sepanjang minggu ini sempena Festival Filem Itali 2017. Inilah masa sesuai untuk anda menyaksikan keindahan dan kesenian bahasa Itali dan budaya menerusi layar lebar dan tayangan ini adalah PERCUMA!

Tayangan filem ini telah dianjurkan bersama The Embassy of Italy Kuala Lumpur, The Italian Trade Agency Malaysia, Italy Malaysia Business Association (IMBA) dan TGV Cinemas bagi meraikan Italian Film Festival 2017. Penganjuran ini adalah sebahagian daripada kalendar Italian Festival bagi sesi 2017/18 dimana pelbagai aktiviti telah dirangka bagi mengeratkan hubungan diantara negara Itali dan Malaysia. Inisiatif ini diharapkan dapat memberi penghargaan dan pengetahuan tentang budaya dan filem Itali disamping menarik minat umum terhadap kepelbagaian filem yang dihasilkan dari negara ini. Acara ini turut mendapat sokongan dan penajaan daripada TGV Cinemas, CONSOLI, LAZZARONI AMARETTO, Wine Express, Toselli dan DCG Malaysia.

ITALIAN FILM FESTIVAL 2017




Majlis perasmian festival ini telah dilangsungkan di INDULGE Lounge TGV Cinemas One Utama dengan kehadiran ramai jemputan serta wakil daripada kedutaan besar Itali di Kuala Lumpur. Majlis perasmian ini telah diserikan dengan tayangan filem LA MAFIA UCCIDA SOLO D'ESTATE (The Mafia Kills Only In Summer) yang diarah dan dilakonkan oleh Pierfranccesco Diliberto. Untuk pengetahuan semua, filem yang diinspirasi dari kisah benar penah memenangi filem komedi terbaik di 27th European Film Awards.

ITALIAN FILM FESTIVAL 2017

ITALIAN FILM FESTIVAL 2017

ITALIAN FILM FESTIVAL 2017


ITALIAN FILM FESTIVAL 2017




Bermula 6 Nov sehingga 12 Nov 2017, anda boleh menyaksikan bukan satu, tetapi 4 filem hebat dari Itali sempena Italian Film Festival 2017. Selain filem LA MAFIA UCCIDA SOLO D'ESTATE, filem yang dipilih khas untuk tayangan khas ini adalah filem ITALO, FAIRY TALE (a.k.a The Hauntung of Helena) dan PAZZE DI ME. Anda boleh menyaksikan filem-filem hebat ini di 3 cawangan TGV Cinemas iaitu di Suria KLCC, Sunway Velocity dan One Utama secara PERCUMA. Tempahan tiket boleh dibuat menerusi laman sesawang www.tgv.com.my .

ITALIAN FILM FESTIVAL 2017

Selain itu, anda boleh melengkapkan pengalaman menonton filem dari Itali ini dengan menikmati hidangan bufet masakan Itali pada harga RM25 sahaja (RM20 untuk pemegang kad ahli TGV Movie). Bufet ini hanya terdapat di TGV One Utama dan Sunway Velocity.




#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ITALIANFILMFESTMY #TGVCINEMAS

0 Comments