RESTORAN BERKONSEPKAN MODEN KLASIK DI OLD SPICE CAFE AMPANG

December 27, 2017 REEF OMAR 2 Comments

OLD SPICE CAFE AMPANG

Lembah Klang boleh dianggap sebagai “lubuk” bagi pencinta makanan. Namakan saja jenis makanan apa yang anda mahukan semua ada di sini. Kerna itu Malaysia secara amnya terkenal di mata dunia sebagai syurga makanan. Terbaru, saya telah menemui satu lagi foodie place yang saya kira agak menarik untuk dikongsikan bersama anda. Old Spice Café nama diberi. Kenapa nama Old Spice? Saya kurang pasti. Barangkali pemilik kafe ini ada sebab tersendiri memilih nama tersebut.

Terletak di bangunan residen terbaru M-City, Ampang, kafe ini mengikut pengamatan saya adalah kombinasi kafe dan restoran dimana anda boleh menikmati heavy meal mahupun lepak santai di bar yang terdapat di sudut hadapan kafe. Cuba mencari kelainan, Old Spice Cafe menyuntik elemen fusion dalam setiap menunya bagi memenuhi selera pelbagai lapisan masyarakat. Istimewanya di Old Spice Café ini, setiap menu nya mempunyai sentuhan peribadi dari pemilik kafe ini sendiri iaitu Puan Hani yang pernah bermastautin di London. Pengalaman menetap disana memberikan beliau idea dalam pengolahan resepi dan akhirnya membawa kepada penubuhan Old Spice Café. Saya dimaklumkan bahawa kafe ini juga boleh menyediakan masakan mengikut selera pelanggan. Menarik bukan!

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG






Apabila saya melangkah masuk ke dalam restoran ini, saya melihat hiasan dalamannya cuba mengetengahkan konsep East Meets West. Konsep bar seperti yang bisa dilihat di bandar Eropah digabungkan bersama atap nipah yang biasa dilihat di kawasan kampung memberi satu impak berbeza kepada dekorasi restoran ini. Idea moden kotemporari yang agak unik tapi menarik bagi saya. Malah restoran ini juga mempunyai ruang makan bersila di bahagian atas bagi anda yang ingin menjamu selera.

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

Setiap restoran pastinya mempunyai signature dishes masing-masing. Begitu juga dengan Old Spice Café. Antara menu yang harus anda cuba jika berada di sini adalah Lamb Soy Sauce, Chili Chicken dan Chili Prawn yang dihidangkan bersama nasi putih. Selain itu, Grill Chicken Chop with Peri-Peri Saice dan Fajita Wrap juga wajib dicuba. Bagi menu pencuci mulut, Pengat Pisang dan Nigt of Passion menjadi pilihan saya manakala minuman yang harus diberi perhatian adalah Virgin Mojitos, Iced Sea Coconut with Longan dan Irresistable Ferrero Rocher menjadi kegemaran saya.

OLD SPICE CAFE AMPANG





LAMB SOY SAUCE

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

Menu ini yang didatangkan bersama nasi putih adalah my personal favourite. Kalau dalam bahasa melayunya kambing masak kicap cuma istimewanya menu ini rasa lemak, pedas, manis yang cukup rasa ditambah pula kelembutan daging kambing nya berjaya membunuh diet saya. Must-Try!


CHILI CHICKEN

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

Pertama kali merasai menu ini saya ternyata-nyata apakah ia rending atau masak lemak. Satu menu yang saya rasa unik dari segi rasa. Ia merupakan resepi ciptaan Puan Hani sendiri. Wajib cuba!


CHILI PRAWNS

OLD SPICE CAFE AMPANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

Menu ini juga merupakan resepi Puan Hani sendiri. Udang yang digunakan segar dan besar dan dimasak bersama terung. Rasa seperti kari tapi bukan kari. Macam mana tu? Kenalah cuba sendiri!


GRILLED CHICKEN CHOP WITH PERI PERI SAUCE

OLD SPICE CAFE AMPANG

Saya bukanlah seorang peminat chicken chop namun menu ini agak menepati selera tekak saya. Ayam dipanggang serta ditambah dengan sos peri peri bersama hidangan sampingan kentang putar, lobak merah dan kacang peas menjadi pelengkap kepada menu ini. Daging ayamnya agak juicy!


FAJITA WRAP

OLD SPICE CAFE AMPANG

Menu ini cuba membawa elemen makanan arab seperti kebab. Roti digulung bersama inti daging lembu yang lembut menjadikan menu ini sedap dan sihat.


VIRGIN MOJITOS

OLD SPICE CAFE AMPANG

Terasa masam masin apabila menikmati minuman ini. Masam daripada buah limau dan masin pada garam yang disapu dikeliling mulut gelas ini. Minuman ideal setelah menikmati hidangan berat sebagai penenang perut. Jangan risau! Ianya halal diminum.


ICED SEA COCONUT WITH LONGAN

OLD SPICE CAFE AMPANG

Air gabungan air kelapa laut bersama buah longan. Sedap!


IRRESISTIBLE FERRERO ROCHER

OLD SPICE CAFE AMPANG

Boleh saya katakan minuman ini berada dalam kategori susu kocak (milkshake). Istmewanya minuman ini ia mewah dengan rasa koko dan dikisar bersama coklat Ferrero Rocher. My favourite!


PENGAT PISANG

OLD SPICE CAFE AMPANG

Menu pencuci mulut ini tidak perlu sebarang pengenalan. Antara pencuci mulut tradisi Melayu yang menjadi menjadi kegemaran ramai. Old Spice Café berjaya mengekalkan rasa asli pada pengat pisang ini. Manis gula Melaka, lemak santan dan pisang serta pekat dari buah sagu membuat saya jatuh cinta! Rindu pada masakan ibu dibuatnya.


NIGHT OF PASSION

OLD SPICE CAFE AMPANG

Jika dilihat ianya hanya aiskrim vanilla biasa. Namun apa yang menjadikan ianya istimewa adalah apabila ia dimakan bersama buah Markisa (passion fruit), terasa kenikmatannya. Masam, manis dan lemak berpadu menjadikan ia menu pencuci mulut yang wajib dipesan disini.


Secara peribadi, Old Spice Café adalah antara restoran baru yang harus diberi perhatian kepada pencinta makanan. Kelainan yang cuba ditampilkan baik dari segi rasa dan hiasan dalaman memberi suasana baru pada restoran yang terdapat di Lembah Klang. Tidak susah untuk mencari restoran ini. Bangunan M-City terletak berhadapan Jalan Ampang dan bersebelahan dengan bangunan RISDA.

OLD SPICE CAFE AMPANG







LOKASI OLD SPICE CAFÉ
R 05-G, M- CITY AMPANG, 
NO. 326 JALAN AMPANG, 
50450 KUALA LUMPUR.

TELEFON
019-6912815
03-27158123

WAKTU OPERASI
ISNIN-SABTU: 10 PAGI – 12 TENGAH MALAM
AHAD: 11 PAGI – 11 MALAM


LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #OLDSPICECAFE #AMPANG #FOOD

2 comments:

  1. Harga mesti mahal kan. Lazat-lazat makanan di atas. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suprisingly harga dia mampu milik. Mesra poket dan dompet...hihi

      Delete

Powered by Blogger.