ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE MEMBERI DIMENSI BARU KEPADA PERMAINAN PAPAN DAN KAD

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE


Jika anda lahir di antara tahun 1980-2000 pasti tahu akan permainan papan dan kad seperti Scrabble, Saidina, Sahibba, Monopoly, Old Maid, UNO dan banyak lagi. Pada zaman kini, jarang kita lihat anak-anak muda bermain permainan sebegini. Zaman millenia lebih tertumpu kepada permainan secara digital dan alam maya sehingga saya lihat ada yang terlalu taksub dan leka. Zaman telefon pintar dan gajet sememanya memberi satu impak besar kepada dunia permainan. Saya pernah juga terbaca di akhbar ada yang meninggal dunia dek leka bermain permainan alam maya. Takut juga mendengarnya. Saya secara jujur bukanlah seorang penggemar permainan secara digital ini walaupun era DOTA mampu menjana pendapatan luar biasa jika kena dengan caranya.

Walaupun teknologi mampu merubah gaya hidup masyarakat, tapi saya secara peribadi lebih menggemari permainan papan dan kad yang agak old school kerana permainan sebegini mampu merapatkan ukhwah bersama pemain lain. Walaupun secara asasnya permainan sebegini dicipta untuk keseronokan, namun secara tidak langsung aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim dan menguji minda.

Saya diberitahu bahawa terdapat lebih 60 ribu permainan papan diseluruh dunia dan ini menunjukkan bahawa permainan cara lama ini masih diminati ramai. Di Malaysia, terdapat sebuah pusat yang dipanggil All Aboard Community Gaming Centre yang ditubuhkan khusus bagi mereka yang passionate dalam pelbagai genre permainan berbentuk fizikal. Malah pusat ini bukan sahaja menjual pelbagai jenis permainan papan dan kad, malah ia turut menyediakan ruang untuk komuniti ini bertukar idea dan pendapat selain tempat untuk bermain dan mengadakan kejohanan.

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

Terletak di Damasara Jaya, All Aboard Community Gaming Centre ini merupakan lokasi terbaik kepada anda untuk mendapatkan macam-macam bentuk permainan secara fizikal yang pastinya bukan sahaja menyeronokkan malah mampu menggalakkan interaksi dan membina perhubungan akrab sesama penggemar permainan sebegini.

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE





Pusat permainan ini juga pernah menjalankan bengkel khas untuk beberapa syarikat korporat seperti Intel dan AMD bertujuan meningkatkan penguasaan minda dan fizikal setiap pekerja. Ia bukan hanya sekadar permainan papan dan kad, malah aktiviti ini mampu mengasah kebolehan pengurusan dan ketika membuat sesuatu keputusan dalam bidang pekerjaan.

Antara permainan yang menjadi pilihan adalah Warhammer, iaitu sebuah permainan perang secara fantasi dalam bentuk papan dan patung kecil. Selain dapat mempelajari teknik mengusun serangan, permainan ini juga memerlukan pemain untuk menyusun dan mewarnakan sendiri figura yang mewakili bala tentera, raksasa dan juga peralatan perang.

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE
 
ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE





ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

Ditubukan pada tahun 2013, All Aboard Community Gaming Centre merupakan sebuah pusat permainan yang harus diberi perhatian. Mereka menyediakan pelbagai betuk permainan samada secara papan, kad malah miniature dari seluruh dunia. Saya sendiri cukup teruja kerana permainan sebegini masih mempunyai peminat dan mendapat tempat di zaman serba canggih. Jika anda ke sini, jangan lupa dapatkan sebuah permainan kad yang saya kira cukup menarik iaitu The Lepak Game. Best giler! Kelakar dan pasti buat anda ketawa. Cubalah hari ini!

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE

ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE







LOKASI ALL ABOARD COMMUNITY GAMING CENTRE
40B- JALAN SS 22/25, DAMANSARA JAYA, 
47400 PETALING JAYA, SELANGOR.


TELEFON: 03-74971485


WAKTU OPERASI
ISNIN, RABU HINGGA JUMAAT (6 PETANG – 11 MALAM)
SABTU DAN AHAD (2 PETANG – 11 MALAM)
SELASA CUTI


LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ALLABOARDCGC

3 Comments

  1. GV tak tahu pula ada komuniti untuk permainan cmnie. Teringat zaman main shahibba dan jutaria dulu2x. Huhu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ingat zaman game macam ni dah pupus tapi masih mendapat tempat dalam masyarakat..

      Delete
  2. Video games give in to our fantasies. Gaming is a lot of fun. The goal is to balance the gamers fantasy life with the life they are living in the now. The problems start when there is little to no division.
    Gigabyte X470 AORUS Ultra Gaming review

    ReplyDelete