ANGELI AUTUMN SKY 2017 DARI ANGELI ESSENTIALS PRODUK TEMPATAN BERTARAF ANTARABANGSA

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS

Tahukah anda bahawa minyak gaharu berkualiti yang biasa digunakan dalam industri minyak wangi dijual pada harga USD 50 ribu sekilogram? Jadi tidak hairan kenapa harga bagi sesebuah botol haruman mampu mencecah ratusan ringgit walaupun hanya beberapa titis sahaja pati minyak gaharu yang digunakan. Gaharu sememangnya terkenal kerana ciri-ciri anti oksidan, anti-penuaan, anti-stres, antimikrobial, anti-ashmatik dan aphrodisiak. Secara saintifik, minyak gaharu juga bersifat bahan penetap bermaksud minyak wanginya akan kekal lama pada kulit.

Namun bukan mudah untuk mendapatkan minyak gaharu asli yang berkualiti. Banyak faktor yang menentukan gred minyak ini seperti keadaan cuaca semasa menuai, kehidupan organisme di dalam pokok, struktur tanah dan proses distilasi mempengaruhi hasil kualiti minyak asli gaharu dan bau. Oleh kerana perubahan ini bertukar dari semasa ke semasa, setiap kelompok distilasi minyak gaharu adalah berbeza antara satu dengan yang lain.

Bertitik tolak daripada itu, syarikat Forestry Assets yang memiliki ladang pokok gaharu di Malaysia menerusi anak syarikatnya Forestry Oudh telah menghasilkan produk penjagaan kulit, badan dan minyak wangi menerusi jenama ANGELI. Syarikat ini turut memiliki makmal penyelidikan dan pembangunan produk minyak dan pokok gaharu yang terletak di Damansara Perdana serta memiliki kilang gaharu di Semenyih, Selangor. Bermula dari menyediakan sumber minyak gaharu kepada beberapa syarikat besar dunia, Forestry Oudh optimis untuk menghasilkan produk keluaran sendiri bagi memenuhi permintaan yang tinggi baik di pasaran tempatan mahupun global.

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS





Jenama ANGELI yang berasal dari perkataan Latin yang bermaksud angel memperkenalkan koleksi sulungnya iaitu ANGELI AUTUMN SKY 2017 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Dato' Dr. Jalaluddin Harun. Menurut beliau pada tahun 2016, jumlah keseluruhan eksport gaharu hanya RM15 juta. Jadi beliau mensasarkan dengan kelahiran jenama Angeli dapat melonjakkan lagi eksport gaharu secara tidak langsung selain dagangan serpihan pokok gaharu. Pada masa ini, pokok-pokok gaharu dikategorikan sebagai spesies terancam dibawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar (CITES) dan minyak gaharu dilabel sebagai minyak asli paling bernilai tinggi di dunia disebabkan sumbernya yang terhad.

Sebanyak 17 produk penjagaan kulit buatan tangan yang diberi nama sempena tempoh tuaiannya yang unik. Koleksi artisanal eksklusif ini merangkumi oudh-based eau de parfum bagi lelaki dan wanita, dan produk penjagaan kulit asli termasuk sabun buku, gel mandian, bombs mandian, minyak pelembab badan, wap badan, losyen tandan dan badan, sapuan lumpur dan garam.

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS
PENGACARA MAJLIS

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS
ENCIK ESHMAEL RAO SOOSAY DASS, PENGASAS BERSAMA FORESTRY GROUP OF COMPANIES

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS
UCAPAN OLEH DATO' DR. JALALUDDIN HARUN

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS
 
ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS





Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Forestry Oudh, Pn. Ariza Norhalim, setiap produk dalam produk Angeli dicipta menggunakan ramuan asli dan mempunyai fungsi khusus sama ada mengurangkan stres, penyucian kulit atau manfaat-manfaat lain. Setiap produk mengandungi minyak gaharu yang sangat dicari-cari, yang datang dari pokok gaharu atau agarwood. Umum mengetahui bahawa penggunaan serpihan gaharu untuk tujuan perubatan dan kecantikan telah diketahui beribu tahun dalam kalangan kerabat di raja dari dinasti Moghul, kerabat Jepun, Raja Louis XIV di Perancis selain tokoh-tokoh dihormati dari pelbagai agama.

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS
GARAM SKRUB MENGANDUNGI ROSELLE SEED OIL, SUMBER ANTIOKSIDAN TERBAIK

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS
WANGIAN CAMPURAN VANILLA, TURKEY ROSE DAN JASMIN

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS
TERDAPAT 4 PILIHAN IAITU FRANKINSENCE, LAVENDER, BERGAMOT DAN JASMINE.
   
ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS
PATI ASLI YANG DIPAMERKAN

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS
PRODUK TEMPATAN BERKUALITI DUNIA

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS
PUAN ARIZA NORHALIM, CEO/ PENGASAS BERSAMA FORESTRY GROUP OF COMPANIES

Ariza juga menjelaskan bahawa minyak gaharu menjadi matang berubah mengikut masa dan suhu badan menjadikan ia minyak asli yang unik. Disebabkan itu, setiap koleksi yang diperkenalkan oleh Angeli akan menjadi koleksi edisi terhad. Setiap produk Angeli adalah buatan tangan bagi memastikan nilai dan bauan gaharu dan lain-lain ramuan minyak asli di dalam produk ini kekal dan tidak hilang akibat haba dan proses kimia disebabkan mesin pengeluaran yang besar. Produk-produk Angeli juga dijamin selamat daripada kimia berbahaya seperti sodium lauryl sulphate (SLS) dan paraben.

Koleksi Angeli direka cipta oleh Roman Abdullah yang merupakan seorang pakar minyak wangi dan menariknya disini adalah beliau merupakan waris generasi kelima keluarga yang telah berkhidmat dengan kerabat Moghul.

Kepada anda yang ingin mendapatkan produk Angeli ini, ia boleh didapati menerusi pembelian dalam talian (online) sahaja. Pihak Forestry Oudh tidak bercadang untuk menjualnya di mana-mana kedai fizikal. Anda boleh melayari LAMAN INSTAGRAM RASMI ANGELI ESSENTIALS bagi mendapatkan informasi terkini berkenaan produk hebat ini.

ANGELI AUTUMN SKY 2017 BY ANGELI ESSENTIALS






TELEFON:  (+603) 7845 7890

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ANGELI #ANGELIESSENTIALS #FORESTRYOUDH

0 Comments