BALM TASNEEM NATUREL SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR

balm bayi, balsam, salap, krim balsam

Saya percaya ramai dikalangan kita yang wajib mempunyai stok balm atau balsam atau salap untuk kegunaan di waktu kecemasan terutama bagi kaum ibu. Yalah. Kadangkala bila anak-anak diserang selsema, sesak nafas, batuk, atau kembung perut, balm adalah ubat ‘wajib’ yang dicari oleh kaum ibu untuk anak mereka. Bagi anda yang tidak tahu balm atau balsem ini adalah krim sapuan yang biasa digunakan untuk meredakan atau mengurangkan ketidakselesaan pada badan kita seperti contoh yang saya nyatakan diatas. Saya sendiri sentiasa membawa balm kemana sahaja tidak kira ke pejabat mahupun ketika mengembara kerana ia seperti essential item bila saya berada diluar. Kadangkala bila on the road dan melalui jalan bersimpang siur mulalah pening-pening lalat dan loya tekak seperti hendak muntah. Jadi bila ada balm, sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan gejala ini.

Cuma yang menjadi isu pada saya bila hendak membeli balm yang sesuai. Ini kerana ada sesetengah balm bila disapu ia boleh menyebabkan kulit terasa pedih dan panas seperti terkena haba. Barangkali kandungan bahan kimia yang terdapat dalam balm tersebut. Kalau orang dewasa pun tidak tahan dengan kesan sapuan balm inikan pula jika disapu pada anak-anak kecil.

Baru-baru ini, sedang asyik melayari media sosial saya terjumpa satu produk balm ini. Tasneem Naturel namanya. Saya pun sajalah belek-belek sebab saya tengok macam menarik. Bukan satu tapi ada 4 jenis balm Tasneem Naturei ini. Lagilah saya curious untuk tahu kebaikan produk ini. Setiap jenis mempunyai kebaikan tersendiri. Jadi setiap produk balm Tasneem ini memfokuskan kepada gejala atau penyakit tertentu. Menarik bagi saya sebab pada pandangan saya ia lebih mujarab. Kebanyakan balm dipasaran lebih kepada kegunaan secara am. Balm itulah untuk batuk, kembung perut, selsema, sesak nafas dan pening kepala. Sampai balm itu pun pening nak rawat penyakit mana satu. Hihihi.

balm bayi, balsam, salap, krim balsam






Satu lagi yang menarik minat saya tentang balm Tasneem ini ia juga mempunyai campuran essential oil yang bemutu tinggi. Semua maklum akan kebaikan essential oil yang bukan sahaja menghasilkan bau wangi malah ia ada faktor untuk menenangkan si pemakai. Essential oil biasa digunakan dalam industri minyak wangi dan harga nya cukup mahal di pasaran.

Jadi saya ambil keputusan untuk membeli balm Tasneem Naturel ini. Istimewanya balm Tasneem ini ia bukan hanya untuk kegunaan anak-anak tapi orang dewasa pun boleh guna. Saya beli keempat-empat jenis balm iaitu CF-Rub (Pink), Calm Time (Light Green), Sleep Time (Purple) dan Tummy Time (Yellow). Jadi saya bolehlah berkongsi balm ini bersama anak buah saya.

balm bayi, balsam, salap, krim balsam
BALM JENIS F-RUB

balm bayi, balsam, salap, krim balsam
BALM JENIS CALM TIME

balm bayi, balsam, salap, krim balsam
BALM JENIS SLEEP TIME

balm bayi, balsam, salap, krim balsam
BALM JENIS CF-RUB

Macam saya maklumkan tadi, setiap jenis mempunyai kelebihan masing-masing. Balm CF-RUB untuk demam, batuk dan selsema kerana ia mengandungi eucalyptus oil, cypress, tea tree dan lemon yang bagus untuk melegakan pernafasan dan batuk, mencairkan kahak, dan mengurangkan suhu badan. Balm CALM TIME pula khusus untuk memberi keselesaan pada badan. Kadangkala anak-anak ini suka menangis dan merengek sebab badan tak selesa. Balm ini boleh membantu melegakan ketidakselesaan mereka kerana ia mempunyai kandungan lavender, bergamot, frankinsense dan marjoram.

Bagi balm SLEEP TIME pula khas untuk anak-anak yang susah tidur terutama pada waktu malam. Kandungan pati tumbuhan seperti Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile dan Ylang-ylang sememangnya bagus untuk merelakskan minda dan badan. Anak-anak kecil ini kadangkala suka terjaga waktu malam. Jadi sapukan balm ini pada mereka inshaAllah lena tidur mereka dan pastinya ibu bapa pun dapat tidur yang berkualiti bukan!

Balm TUMMY TIME pula khusus jika anda dan anak anda mengalami sembelit, kembung perut dan lebihan angin dalam badan. Kiranya ia alternatif kepada minyak telom yang anda selalu sapu pada pada perut anak. Satu lagi kalau anak mengalami masalah penghadaman pun boleh guna balm ini. Kandungan Fennel, Ginger, Lemongrass dan Anise memang sesuai untuk masalah badan berangin ini. Sambil sapu pada perut dan tapak kaki anak tu buatlah urutan I LOVE YOU supaya anak anda lebih selesa. Anda nak sapu pada pasangan dengan urutan I LOVE YOU pun boleh. Hihihihi.

Sejak saya dan keluarga kakak saya (ada 3 orang anak) menggunakan produk balm Tasneem Naturel ini Alhamdulliah anak-anak buah saya nyenyak tidur dan jarang merengek. Anak yang nombor dua memang suka balm SLEEP TIME sebab dia kata baunya sedap dan sebelum tidur dia mesti nak kena sapu pada badan. Anak yang bongsu pula selalu mengalami badan tidak selesa jadi sejak sapu balm CALM TIME dia dah jarang merengek. Anak yang sulung pula senang jaga sebab dia tahu bila masa tidur, bila masa bangun, bila masa main, bila masa makan. Anak sulung lah katakan. Jadi kena bagi contoh baik kepada adik-adik. Hihihi.

Bau-baru ini saya pulang kampung bersama keluarga kakak saya. Sepanjang perjalanan tiba-tiba anak yang nombor 2 mengadu pening-pening. Nasib baik masa tu saya ada bawa balm Tasneem Naturel. Lepas sapu kat dada dia, terus lena sampai tiba depan rumah di kampung. Hebat juga penangan balm Tasneem Naturel ini.

balm bayi, balsam, salap, krim balsam
KUSYUK BEBUDAK NI MENYAPU BALM TASNEEM


Pasti anda semua macam tak percaya akan keberkesanan produk balm Tasneem Naturel sebab ia nya produk keluaran tempatan bumiputra bukan? Biasalah tanggapan macam tu saya dah biasa dengar. Tidak semua produk tempatan tak bagus malah lebih bagus daripada produk antarabangsa tau! Seperi Tasneem Naturei ini, saya sendiri sudah menggunakannya dan saya harus akui produk ini antara produk tempatan yang berkualiti. Malah produk balm ini bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Paling penting ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibuat dikilang OEM bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).

Satu lagi yang buat saya jatuh cinta sebab balm ini tak panas, tak melekit dan tak pedih macam sesetengah balm dipasaran. Bau pun sedap sebab ada campuran essential oil kan. Kadang-kadang sebelum tidur saya suka bau yang SLEEP TIME tu sebab ada bau lavender. Setakat ini saya dan anak buah dah guna dalam sebulan lebih dan masih banyak lagi. Kiranya jimat jugalah balm ini. Boleh tahan berbulan-bulan. Satu sahaja nasihat saya iaitu kalau anak anda jenis kulit sensitif atau eczema ke sebaik-baiknya cuba dulu sapuan di pelipat tangan sebelum guna. Takut juga sebab ada yang tak sesuai bukan.

balm bayi, balsam, salap, krim balsam






Selebihnya produk balm Tasneen Naturel ini memang harus dimiliki oleh setiap isi rumah. Produk tempatan yang bertaraf antarabangsa saya boleh katakan. Harga pun tidaklah mahal mana. Kalau beli dalam kuantiti banyak ada potongan harga lagi. Jimat dan berkesan!

LAMAN WEB RASMI TASNEEM NATUREL

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TASNEEMNATUREL #PRODUK #KESIHATAN

1 Comments