DASHING MALAYSIA INGIN MEMBAWA PEMBELI BERTUAH KE MANCHESTER UK

PERADUAN, CONTEST,

Bola sepak diakui adalah antara sukan yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Sukan ini mempunyai aura tersendiri dalam menyatukan masyarakat. Anda boleh lihat bila ada perlawanan bola sepak secara langsung, stadium menjadi sesak malah hingga ada yang bergaduh berebut untuk mendapatkan tiket. Belum lagi lihat di kedai mamak yang pasti full house bila ada sahaja perlawanan bola sepak tempatan mahupun antarabangsa. Sebut tentang bola sepak antarabangsa, pasti ramai yang mengetahui kemasyhuran dua kelab bola sepak gergasi Manchester City Football Club (MCFC) dan Manchester United (MU). Saya percaya ramai peminat setia kedua kelab ini sentiasa mengimpikan untuk melihat perlawanan secara live di stadium terkemuka dunia. Liga Perdana Inggeris adalah salah satu liga bola sepak yang terkenal dengan mempunyai pengikut yang ramai termasuk dari Malaysia. Peluang dapat menyaksikan liga ini di stadium tersohor dunia adalah ibarat mimpi menjadi kenyataan kepada peminat sukan bola sepak ini.

Anda boleh merealisasikan impian anda kerana Dashing Malaysia akan menjadikan impian itu satu realiti. Siapa yang tidak kenal akan jenama penjagaan lelaki Dashing. Jenama ini telah lama bertahan dan menjadi kegemaran jejaka Malaya. Memahami bahawa lelaki dan bola sepak ibarat irama dan lagu, pihak Dashing buat kali ketiga mengadakan peraduan Let's Go Manchester.

PERADUAN, CONTEST,





Peraduan Let's Go Manchester ini bakal membawa 6 orang pemenang bertuah ke Manchester United Kingdom selama 4 hari 3 malam dengan tiket penerbangan pergi balik dan penginapan secara percuma. Bukan itu sahaja! Pemenang bukan sahaja akan menonton 2 daripada kelab bola sepak terbesar di dunia menentang satu sama lain menerusi tempat duduk VIP di Stadium Etihad tetapi juga bakal mendapat peluang melawat Muzium dan Stadium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Para pemenang juga berpeluang untuk berinteraksi dan meminta autograf daripada beberapa Legenda MCFC. Ini menarik bukan! Di samping itu, para pemenang peraduan Let's Go Manchester akan dibawa ke satu lokasi yang berkaitan dengan kumpulan muzik terkenal, The Beatles menerusi Magical Mystery Tour. Kalaulah saya lah pemenang yang bertuah itu alangkah indahnya!

PERADUAN, CONTEST,






Bagaimanakah caranya untuk anda mendapatkan hadiah hebat ini? Cukup mudah!Apa yang perlu anda lakukan ialah membeli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit, ambil gambar resit pembelian itu dengan jelas dan Whatsapp ke nombor + 6016-9972373 beserta Nama Penuh, No Kad Pengenalan/No Passport dan lokasi kedai anda membeli produk tersebut. Mudah bukan!

PERADUAN, CONTEST,





Sertai sekarang dan jadikan impian anda satu kenyataan. Bayangkan anda menyaksikan 50,000 peminat dan DASHING, jenama penjagaan lelaki terkemuka di Malaysia! Peraduan ini berakhir pada 31 Januari 2018. Sebarang maklumat lanjut anda boleh melayari www.dashing.com.my dan Laman Facebook Rasmi www.facebook.com/Dashing.MY or www.dashing.com.my atau telefon 03-80238311. Good Luck!

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DASHINGMALAYSIA #DASHINGMY

0 Comments