CM3 PREMIUM MEMPERKENALKAN SABUN PERBAGAI GUNA DIAMOND SAPINDUS SOAP



Di zaman mellinia, banyak ciptaan baru yang kadangkala bila difikirkan tidak logik dek akal. Bayangkan satu produk mampu digunakan untuk membersihkan satu anggota badan. Mustahil bukan kerana setiap anggota badan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza. Seperti saya katakan, kini tiada yang mustahil. Terbaru, sebuah sabun pelbagai guna telah dicipta bagi memenuhi keperluan harian manusia. Ia mampu membasmi kuman serta memudahkan urusan harian anda. Anda pasti tidak pernah menjangkakan bahawa sebuah sabun boleh berperanan sebagai pencuci rambut, badan, muka, pembersih wanita dan pencuci gigi, malah boleh digunakan kepada semua peringkat usia.

Itulah kelebihan produk DIAMOND SAPINDUS SOAP yang dibawakan khas dari Taipei Taiwan.

KLIK SINI: http://www.thisisreef.com/2018/02/diamond-sapindus-soap-produk-sabun.html

Saya berkesempatan sebuah sesi khas yang diberi nama DIAMOND SAPINDUS SOAP MEET & GREET yang telah di anjurkan oleh syarikat CMS PREMIUM DISTRIBUTION. Syarikat ini merupakan pengedar tunggal di Malaysia bagi produk sabun ini.




INILAH BUAH DARIPADA POKOK SAPINDUS

Sesi dimulakan dengan ucapan dan penerangan oleh pengasas CM3 Premium Distribution, Encik Carlos Yong. Pada awalnya, beliau diperkenalkan dengan produk ini oleh seorang rakan setelah menghidapi penyakit kulit yang sangat serius. Walaupun telah mendapatkan rawatan daripada doktor pakar, penyakit kulit beliau sukar diubati. Akhirnya setelah menggunakan produk DIAMOND SAPINDUS SOAP, hasilnya cukup mengejutkan. Hasil mendapati bahawa dalam masa beberapa hari sahaja sudah nampak perubahan kepada penyakit kulit yang dihadapinya.









Ini membuatkan Encik Carlos teruja untuk membawa produk ini ke Malaysia. Ini kerana, ia diperbuat menggunakan 100% ramuan semulajadi dengan melalui kajian terperinci. Kelebihan utama sabun ini adalah ia anti bakteria, anti kegatalan dan anti keradangan. Produk ini juga sesuai digunakan kepada bayi kerana selain nilai pH cuma 7.5, kandungan minyak kelapa yang terdapat dalam sabun Diamond Sapindus ini mempunyai kesan anti fungul. Ia membantu mengatasi masalah ruam yang dihadapi pada bayi terutama ketika memakai lampin.

Minyak kelapa mempunyai kandungan anti oksida yang sangat tinggi serta Vitamin E yang berupaya menguatkan tisu kulit serta folikel rambut. Asid laurik dan caprilik yang terdapat mampu mengatasi masalah jerawat dan jangkitan kulit.

Selain itu, kandungan utama dalam DIAMOND SAPINDUS SOAP adalah Glycerin. Kandungan ini biasa digunakan untuk merawat masalah kulit berminyak, kedutan dan garisan halus pada kulit.

Penggunaan sabun ini keatas sabun boleh mengatasi masalah kelemumur, rambut gugur dan kegatalan kulit kepala. Sabun ini boleh digunakan sebagai pencuci gigi dimana ia mampu mengatasi masalah gusi berdarah dan sensitif.

Acara ini dimeriahkan lagi kehadiran DR CHUNG selaku pencipta produk DIAMOND SAPINDUS SOAP. Beliau telah diterbangkan khas dari Taiwan bagi berkongsi mengenai kehebatan produk sabun pelbagai guna ini. Menurut Dr. Chung yang juga merupakan seorang Gynecologist, beliau telah melakukan kajian terhadap keberkesanan pokok Sapidus bertahun-tahun lamanya. Sabun ini diakui berkesan sebagai bahan pembersih seluruh badan terutamanya di bahagian sulit wanita dan lelaki. Untuk pengetahuan anda, kulit pada bahagian sulit sangat sensitif dan ia menyumbang kepada 42% kuman dan bakteria pada tubuh. Jadi produk Diamond Sapindus Soap ini tidak hanya membasmi kuman malah ia juga menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan selain dapat merawat masalah keputihan. Beliau cuba membuktikan bahawa buah pada pokok Sapindus ini selamat dan berkesan kepada tubuh badan manusia. Pokok ini tumbuh di hemisfera timur dan barat namun banyak terdapat di India dan Nepal. Pokok ini turut dkenali dengan nama Reetha dalam bahasa Hindi. Ia mempunyai elemen yang dipanggil saponin yang menjadi alternatif kepada pencuci kimia.







Pokok Sapindus ini telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan pembersihan. Jadi keberkesanan nya telah terbukti. Pokok sapindus ini mempunyai ramuan anti bakteria, anti keradangan dan juga anti kegatalan.

Bagi membuktikan bahawa produk DIAMOND SAPINDUS SOAP ini adalah 100% produk semulajadi dan mesra ekosistem, Encik Carlos telah menjalankan sesi demontrasi dimana beberapa sabun jenama lain termasuk sabun DIAMOND SAPINDUS ini telah dibakar. Hasil ujikaji ini mendapati bahawa produk sabun jenama lain menghasilkan jelaga hitam akibatkan tindakbalas api dan bahan kimia namun tidak bagi DIAMOND SAPINDUS SOAP. Kagum!

 

DARI KIRI: ENCIK CARLOS YONG, CR CHUNG DAN SAYA





Saya sendiri telah menggunakan sendiri produk ini untuk mendapatkan kebenaran samada ia benar-benar berkesan atau sebaliknya. Hasilnya cukup mengujakan saya dimana kulit muka saya lembap dan tegang. Malah rambut saya juga semakin lembut dan kurang kelemumur berbanding dulu.

KLIK SINI UNTUK TESTIMONI SAYA:
http://www.thisisreef.com/2018/02/diamond-sapindus-soap-produk-sabun.html

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk DIAMOND SAPINDUS SOAP, telefon 013-3683051. Ikuti kemaskini terkini berkenaan produk ini di laman Facebook rasmi CM3 PREMIUM DISTRIBUTION.
 

#REEFISM #REEFISMTERRITOY #CM3PREMIUM #DIAMONDSAPINDUSSOAP

0 Comments