BEBAS KUMAN DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN

10:09 am REEF OMAR 1 Comments

AIKEN MALAYSIA

Kuman dan bakteria adalah musuh utama kepada kesihatan kita. Sifat kedua-duanya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar memerlukan kita lebih peka tentang penjagaan kebersihan diri. Ia boleh membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai gejala penyakit. Tahukah anda bahawa tangan merupakan bahagian badan yang mempunyai banyak bakteria. Antaranya adalah  Staphylococcus, Streptococci, Haemophilus. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti demam dan selsema. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit. Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap troli barangan serta pemegang bakul ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.

AIKEN MALAYSIA


Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia mudah dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.

AIKEN MALAYSIA






Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PERLINDUNGAN EKSTRA


AIKEN MALAYSIA

Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA


AIKEN MALAYSIA






Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alkohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

AIKEN MALAYSIA

AIKEN MALAYSIA

Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini boleh didapati pada harga RM 6.50 (Semenanjung)/ RM 6.80 (Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya besar dan farmasi di seluruh negara.




LAMAN FACEBOOK RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AIKENMALAYSIA #AIKEN #AIKENMY

1 comment:

  1. I was attracted to the price of this and the fact that it had received good reviews. A box of 100 wipes is around six dollars, the postage will run you about the same. I've become more aware of germs since a health-care professional passed on something disgusting to me merely through touch. Now, the first thing I do when I get home, no matter where I've been, is to wash my hands. I saw a news report that tested everyday items for germs, and e-coli was found in high concentrations on gasoline nozzels, shopping cart handles, etc. If I've touched one of these, I sanitize my hands. By the way, I wouldn't use these on kids or on your face, because they sting sensitive skin. But on hands, doorknobs, etc. they're fine.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.