SHINSEGAE MAMEE MEMUDAHKAN PENGUSAHA MAKANAN DENGAN FOODSERVICE

SHINSEGAE, MAMEE DOUBLE DECKER,

Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan Rojak Buah adalah diantara menu yang cukup sinonim dengan industri makanan di Malaysia khususnya pengusaha kedai makanan. Sekiranya ia di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.

Industri ini juga mampu membantu masyarakat yang tergolong dalam “Bottom 40%” (B40) iaitu mereka yang berpendapatan kuran daripada RM3,900 seisi rumah untuk menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan isu golongan B40 ini mampu berjaya dalam bidang pengusahaan makanan.

Shinsegae Mamee merupakan sebuah gabungan usahasama diantara syarikat tempatan, Mamee-Double Decker bersama syarikat penyedia makanan terkemuka Korea Selatan, Shinsegae Food.

SHINSEGAE FOOD, MAMEE DOUBLE DECKER
DARI KIRI: Md. Zawawi bin Md Isa, Ketua Seksyen Komposit Bahagian Perlesenan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Chef Faizul Hazly Ghazali, Executive Chef Shinsegae Mamee, Jamal Nasir bin Othman, CEO GIATMARA, Omar Farook Ali bin Seeni Abdul Kadir, Jawatankusas (Hal Ehwal Majlis Setempat) Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Dato’ Chef Ismail, Mamee Chef and Malaysian Tourism Ambassador for Gastronomy





Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata terdapat keperluan untuk 91,000 pekerja mahir dalam Makanan & Minuman menjelang 2020.

“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri”

Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan kewujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).

“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%)” 

Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekerjasama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang terdiri daripada pelbagai ramuan bentuk serbuk cukup menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

SHINSEGAE FOOD, MAMEE DOUBLE DECKER
DARI KIRI: Chef Faizul Hazly Ghazali, Dato’ Chef Ismail





Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.

“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan”

Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan. Ia merangkumi produk seperti serbuk limau, stok ayam, rempah ratus dan kentang lenyek.

"Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita adalah tak 'original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas"

Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SHINSEGAEMAMEE

0 Comments