KAFE SUDS AND LATTES MUTIARA DAMANSARA DENGAN MENU BARU SEAFOOD BONANZA

March 16, 2018 REEF OMAR 0 Comments

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE

Di Lembah Klang sememangnya banyak pilihan kafe dan restoran untuk anda kunjungi. Boleh saya katakan tumbuh bak cendawan. Namun yang menjadi persoalan samada sedap, dekorasi menarik dan mesra poket sahaja. Jika anda tanya saya apakah kafe kegemaran, pastinya kafe SUDS AND LATTES yang terletak di Mutiara Damansara. Premis yang menggabungkan kafe dan kedai dobi ini cukup simple dari segi hiasan dalaman namun masih mampu memberi getaran hipster. I should say love the concept of laundry café. Anda boleh makan sambil menghantar pakaian untuk dicuci. Unik.

The most important part is I always love the food here. Setiap menu mempunyai kekuatan tersendiri dari segi rasa. Malah yang mengagumkan saya adalah bahan yang digunakan dalam penyediaan masakan disini adalah berkualiti premium dan homemade. Jika bercakap soal premium, anda pasti menjangkakan harga makanan disini pasti mampu tengok sahaja. Anda silap! Sebenarnya harga yang ditawarkan bagi kebanyakan menu disini cukup murah dan berbaloi jika dibandingkan dengan kafe yang setaraf dengannya. Bayangkan harga bagi menu Chicken Grill cuma RM12.90. Seriously murah tapi kualiti rasa tetap bertaraf hotel banyak bintang. Apa yang lebih memeranjatkan saya kafe Suds and Lattes pernah membuat bufet Ramadhan dengan harga RM29.90 dan antara menunya adalah Kambing Panggang.

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE

KLIK SINI: http://www.thisisreef.com/2017/05/kafe-suds-and-lattes-mutiara-damansara.html

Setelah satu tahun beroperasi, pihak Suds and Lattes boleh berbangga dengan pencapaian nya kerana mereka suka mempunyai ramai pelanggan setia. Malah dengan teknologi aplikasi di telefon pintar, para pelanggan boleh terus memesan menu kegemaran untuk dihantar ke lokasi anda menerusi servis penghantaran Uber Eats dan FoodPanda.

Saya selalu juga lepak di kafe ini. Nama pun kafe kegemaran. Namun kunjungan saya baru-baru ini agak berbeza kerana kafe ini mempunyai banyak pilihan menu baru. Antaranya adalah menu Seafood Bonanza Nasi Lemak dengan pilihan Mini Lobster (Sitrus Sauted), Soft Shell Crabs (Golden Fried) dan Mixed Seafood (Sambal Grilled). Rasanya? Nasinya memang cukup lemak dan rasa. Authentic taste! Setiap menu ini didatangkan dengan minuman PERCUMA!

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
NASI LEMAK WITH MINI LOBSTER

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
NASI LEMAK WITH SOFT SHELL CRABS

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
NASI LEMAK WITH MIXED SEAFOOD

Jika ke Suds and Lattes tidak sah jika tidak mencuba menu CHICKEN CHOP, CHICKEN GRILL, LAMB CHOP dan FISH & CHIPS. Harga serendah RM11.90, anda akan terpukau dengan portion yang besar serta rasa bertaraf kafe mewah bagi setiap hidangan. Seleksi pasta juga tidak mengecewakan. AGLIO OLIO WITH GRILLED CHICKEN, BOLOGNESE WITH HOMEMADE MEATBALL, CARBONARA WITH PEPPERONI DAN LEMON SPICY WITH FRIED DORY FISH. Harga? RM15.90 sahaja sekali dengan minuman. Murah bukan!

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
CHICKEN GRILLED

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
FISH & CHIPS

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
LEMON SPICY WITH FRIED DORY FISH

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
BOLOGNESE WITH HOMEMADE MEATBALL





Pilihan Finger food yang wajib cuba adalah FISH FINGER WITH TARTAR SAUCE dan ROASTED CHICKEN WINGS WITH HONEY GLAZED. Semua ini adalah homemade ya. Dari awal penyediaan sehingga ke meja pelanggan adalah hasil resepi kafe Suds and Lattes. Jadi anda tidak perlu ragu akan keenakkan hasil air tangan chef disini.

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
ROASTED CHICKEN WINGS WITH HONEY GLAZED

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
FISH FINGER WITH HOMEMADE TARTAR SAUCE

Kalau namapun kafe tidak sah kalau tak cuba seleksi pastri dan pencuci mulut bukan? Menu kek juga telah bertambah senarai baru. Anda wajib cuba CARROT CAKE WITH WALNUT kerana ia sangat moist. Selain itu, kek wajib cuba adalah SALTED CARAMEL CHOC CAKE DAN PEPPERMINT OREO CHOC CAKE.


SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
CARROT CAKE WITH WALNUT

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
PEPPERMINT OREO CHOC CAKE

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE
SALTED CARAMEL CHOC CAKE





Satu lagi menu tambahan yang wajib dicuba di Suds And Lattes adalah SET IKAN PATIN TEMPOYAK TEMERLOH yang disediakan khas oleh PATIN BACKYARD. Kesedapan ikan patin ini sehingga saya menghirup habis kuahnya yang likat. Ikan Patin tidak hanyir, segar dan berlemak manis. Berbaloi sungguh dengan harga serendah RM12 bagi satu set sekali dengan nasi putih dan ulam-ulaman.

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE, PATIN BACKYARD
PATIN TEMERLOH OLEH PATIN BACKYARD


Jadi, apa yang anda tunggu lagi! Jika anda self-claimed foodie, kafe Suds and Lattes yang terletak di Mutiara Damansara ini harus berada dalam senarai tempat makan anda. Lokasi kafe ini berdekatan dengan pusat pembeli belah The Curve dan jika anda menaiki MRT, turun sahaja di stesen Mutiara Damansara dan menapak dalam 10 minit sahaja. Trust me! You will be amazed.

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE

SUDS AND LATTES, KAFE, FOODIE





LOKASI KAFE SUDS AND LATTES MUTIARA DAMANSARA
3-1, Jalan PJU 7/7A,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor

WAKTU OPERASI: 
11 PAGI HINGGA 11 MALAM (TUTUP ISNIN)

TELEFON: 03-7732 1771

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SUDSANDLATTES #MUTIARADAMANSARA #FOODIE

0 comments:

Powered by Blogger.