NUVALANCONONE PRODUK HERBA UNTUK PESAKIT SENDI TERBUKTI BERKESAN DAN SELAMAT

10:27 am REEF OMAR 0 Comments

LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,

Antara isu yang sering menjadi perhatian kepada warga emas adalah penyakit sendi. Boleh saya katakan ia umpama mimpi ngeri apabila mengidap masalah ini. Sukar bergerak dan melakukan aktiviti harian kerana sakit sendi akan menyukarkan pergerakan terutama di bahagian lutut. Anda akan sukar berdiri, berjalan, menaiki dan menuruni tangga. Sebenarnya sakit sendi tidak hanya menyerang warga emas. Pengerakan yang terlalu aktif terutama yang aktif dalam sukan juga mudah menghidapi masalah sendi. Sakit sendi atau artritis merupakan penyakit keradangan sendi. Tahukah anda bahawa wanita yang belum mengalami putus haid pula adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit arthritis ini berbanding kaum lelaki.

Terdapat beberapa jenis artritis namun yang paling umum dihidapi adalah osteoartritis (OA).

Osteoarthritis
Osteoarthritis mempengaruhi lapisan tulang rawan sendi yang akan menyebabkan rasa sakit dan menjadi masalah untuk bergerak bagi pesakit ini. Dalam kondisi lebih kronik, kehilangan tulang rawan dapat menyebabkan tulang saling bergeseran, mengubah bentuk sendi dan memaksa tulang keluar dari posisi asal. Osteoarthritis sering menyerang di bahagian sendi tangan, tulang belakang, lutut, pinggul. Jenis arthritis ini biasanya berlaku kepada golongan berusia lewat 40-an.

Jika anda seorang yang berduit, pembedahan merupakan pilihan namun ia tidak menjamin masalah sendi anda pulih sepenuhnya. Bagi kebanyakan orang, ubat penahan sakit menjadi alternatif kepada sakit sendi. Namun tahu kah anda bahawa pengambilan ubat penahan sakit boleh mengakibatkan risiko kepada penyakit usus, ginjal dan jantung? Kesan sakit sendi juga boleh mempengaruhi mental dan fizikal anda seperti tekanan perasaan.

LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,

LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,

LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,

Menurut kajian, pengambilan ubat tahan sakit seperti NSAID (ibuprofen, naproxen, celecoxib, etoricoxib) atau Anti-Radang Tanpa Steroid mampu mempercepatkan perkembangan artritis dan memberi kesan sampingan lain seperti kegagalan ginjal, pendarahan gastrik dan serangan jantung. Malah pada tahun 2006, Osteoarthritis Research Society International (OARSI) telah melakukan kajian dan mendapati pengambilan jenis ubatan ini menjadikan fungsi sendi semakin merosot dan peningkatan keperluan penggantian pinggul dan lutut pada pesakit osteoarthritis. Jawatankuasa ini telah menasihatkan untuk tidak menggunakan NSAID untuk rawatan jangkamasa panjang.

Bertitik tolak daripada itu, Datin Swanee Teh, Pengurus Unit Perniagaan Nuvanta Sdn Bhd telah berkerjasama dengan Enovate Biolife dari India menghasilkan formulasi herba untuk pesakit sendi yang dikenali sebagai NuvaLanconone. Satu majlis khas telah diadakan baru-baru ini bagi memperkenalkan produk ini kepada umum serta merungkai isu yang dihadapi berkaitan sakit ini.

LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,
DATIN SWANEE TEH

Lanconone® merupakan produk herba yang telah dikaji secara klinikal. Malah produk ini telah diuji keberkesanannya berbanding ubat tahan sakit NSAID ibuprofen (menurut jurnal Trials 2016) dan hasil ujian mendapati ubat herba ini berfungsi dengan cepat melegakan sakit dan menyokong pemulihan sendi selepas 12 minggu. Ia diperbuat daripada gabungan 7 herba Ayurvedik menjadi satu formula. Produk ini mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ekstrak bahan mentahnya diimport dari India dan dikilangkan di sebuah kilang OEM di Kuala Lumpur.

7 JENIS HERBA TERSEBUT ADALAH:
  • Commiphora mukul
  • Pluchea lanceolata
  • Boswella serrata
  • Withania somnifera
  • Oroxylum indicum
  • Smilax china
  • Zingiber officinale

INFO PENTING TENTANG NUVA LANCONONE® :
  • MUDAH LARUT AIR
  • BEBAS GLUTEN
  • BEBAS RACUN PEROSAK
  • NON-IRRADIATED
  • NON-GMO (GENETICALLY MODIFIED ORGANISMS)
  • CALIFORNIA PROP 65 COMPLIANT
  • ISO 22000 BUREAU VERITAS CERTIFICATION
  • HALAL
  • INTERNATIONAL KOSHER COUNCIL
  • CERTIFIED VEGAN BY AMERICAN VEGETARIAN ASSOCIATION





Pengambilan 2 biji pil kapsul Lanconone® setiap hari selepas makan akan melegakan kesakitan sendi. Ianya selamat dan terbukti efektif serta ia berupaya menyokong penyembuhan sendi anda. Produk Lanconone ini disarankan diambil oleh sesiapa sahaja yang mengalami masalah sakit sendi, mereka yang allergi kepada ubat tahan sakit NSAID, pesakit sendi yang mempunyai masalah sakit usus, jantung, buah pinggang dan hati. Malah bagi mereka yang sedang mengambil ubat diabetis, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, gastrik juga boleh mengambil ubat herba Lanconone® ini.


LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,










Turut hadir pada majlis ini adalah Amol Pathak, Pengarah Bersekutu Enovate Biolife dan penyelidik produk Lanconone, Dr Shalini Srivastava yang diterbangkan khas dari India. Amol Pathak yang juga seorang ahli farmasi berdaftar telah memperjuangkan produk asli India selama hampir dua dekad di hampir 40 buah negara. Beliau yang menjadi sebahagian evolusi produk Ayurvedik dalam pelbagai produk kesihatan.

LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,
MR AMOL PATHAK

LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,
DR SHALINI SRIVASTAVA

Bagi Dr Shalini, beliau telah mendedikasikan sebahagian masanya untuk kajian ini. Pemegang ijazah pasca siswazah dalam Penyelidikan Klinikal (MSc) daripada Cranfield University, UK mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam bidang ini. Beliau juga pernah menerima latihan kedoktoran dari Universiti Perubatan Negeri Rusia, Moscow dan juga menjadi ahli aktif Kolej Perubatan Amerika.

LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,
SESI Q & A BERSAMA MEDIA DAN TETAMU






Turut hadir pada majlis ini adalah selebriti Serena C bersama bapanya serta aktor Hafidz Roshdi dan datuknya. Kehadiran mereka bagi berkongsi kesan pengambilan produk Lanconone® ini.

Encik Mohd Jabar @ Ibrahim, datuk kepada Hafidz Roshdi dahulu mempunyai kesukaran untuk melakukan aktiviti seharian. Pada usia 72 tahun, beliau menghadapi masalah sakit sendi hampir 3 tahun. Apabila diperkenalkan produk Lanconone® ini, Alhamdulillah sakit sendi semakin berkurangan dan ia memudahkan urusan solat dan aktiviti harian.

Encik Eddie Choong, bapa kepada Serena juga berhadapan dengan masalah sakit belakang hampir 1 tahun dan ini menyukarkan beliau terutamanya ketika hendak bangun dari katil. Setelah mencuba produk ini, sakit belakang yang dialami beransur baik.

LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,
DARI KIRI: SERENA C, ENCIK EDDIE CHOONG, ENCIK MOHD JABAR @ IBRAHIM, HAFIDZ ROSHDI

LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,
PRODUK HERBA YANG DIPATENKAN PENYELAMAT KEPADA MASALAH SENDI

LANCONONE, SAKIT SENDI. OSTEOARTHRITIS,
ME AND HAFIDZ ROSHDI

NuvaLanconone sudah berada dalam pasaran Malaysia sejak Januari 2018 dan dijual dengan harga RM160 sebotol (50 kapsul). Ia boleh didapati di semua rangkaian farmasi terkemuka di seluruh Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi +603-56363758 atau email pharmacist@nuvanta.com .


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NUVALANCONONE #LANCONONE #NUVACEUTICALS

0 comments:

Powered by Blogger.