BUFET CITARASA THAI DI CHAKRI PALACE SEMPENA RAMADHAN 2018


Sempena bulan Ramadhan 2018 ini, restoran terkemuka Chakri Palace meneruskan tradisinya dengan hidangan juadah berbuka puasa citarasa Thailand. Bertemakan Tantalizing Taste of Thailand, anda akan disajikan dengan seleksi menu masakan Thai yang pastinya memberi kepuasan dalam setiap suapan. Chakri Palace yang meraikan ulang tahun ke 19 pada tahun ini menjanjikan pengalaman berbeza berbuka puasa kepada setiap pelanggan.

Mempunyai dua cawangan restoran di ibukota iaitu di Suria KLCC dan Pavilion KL yang baru sahaja menjalani pengubahsuaian, pihak Chakri Palace sentiasa menitikberatkan akan keselesaan serta hidangan yang bermutu kepada pengunjung khususnya yang menggemari selera Thai. Malah cawangan Pavilion KL yang serba baru ini turut menyediakan sebuah bilik khas yang mampu menampung sehingga 30 orang terutamanya bagi pengunjung yang datang dalam kumpulan kecil.







Bermula 18 Mei 2018, Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa termasuk masakan asli Thai dan lokal. Lebih 50 menu disediakan kepada pengunjung antaranya ulaman, pelbagai seleksi kerabu seperti Thai Mango Salad, Thai Papaya Salad, pembuka selera terkenal Thai iaitu Mieng Kam, Samosa, Popiah Thai Crispy dan Thai Crispy Fried Noodles.










Hidangan utama yang harus dicuba sempena berbuka puasa pula adalah seperti Kambing Masak Kari Hijau Thai, Udang Bersos Butter bersama Telur Asin, Sotong Goreng dengan Telur Asin, Tomyam Seafood, Daging dengan Sos Lada Hitam dan Ikan Masak Masam Manis. Juadah tempatan tidak dilupakan untuk memenuhi selera pengunjung dengan menu seperti Rendang Daging Tok, Masak Lemak Gulai Daging, Ayam Kapitan dan Nasi Briyani.

















Pihak Chakri Palace turut menyediakan gerai dimana Sate Ayam dan Daging, Ikan Bakar dan Mee Tomyam dimasak secara langsung dan ini pasti membuka selera para pengunjung. Pastinya tidak lengkap hidangan tanpa menjamu tekak dengan seleksi pencuci mulut seperti Pulut Mangga Thai, Tub Tim Krob, Bubur Jagung, Pulut Pisang serta pelbagai pilihan kuih muih Melayu. Semuanya past membangkit selera anda di Chakri Palace.









Jangan lepaskan peluang sepanjang Ramadhan 2018 ini dengan merasai keenakkan juadah di Chakri Palace. Bufet berbuka puasa di The Imperial Chakri Palace dan Chakri Palace Pavilion KL bermula pada 18 Mei 2018 jam 7pm ke atas. Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan dan yang paling utama adalah anda dapat merasai kualiti rasa asli masakan Thai di Chakri Palace.



SENARAI HARGA:

IMPERIAL CHAKRI PALACE KLCC

DEWASA: RM98.90++

KANAK-KANAK (6-12 TAHUN) DAN WARGA EMAS (56 TAHUN KE ATAS): RM49.90++



CHAKRI PALACE PAVILION KL

DEWASA: RM88.90++

KANAK-KANAK (6-12 TAHUN) DAN WARGA EMAS (56 TAHUN KE ATAS): RM42.90

KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN PERCUMA!







Itu harga asal TETAPI anda boleh mendapatkan harga diskaun pembelian awal (pembelian minimum 4 orang) bermula dari 8 April 2018 hingga 14 Mei 2018 iaitu RM78.90++ bagi dewasa (KLCC) dan RM68.90++ bagi dewasa (Pavilion). Ada lagi! Tempahan secara berkumpulan juga mendapat promosi BELI 5 PERCUMA 1!

Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila telefon 03-23827788 (KLCC), 03-21431141 (Pavilion) atau 0162277182 atau email ke marketing@chakri.com.my atau layari www.berbuka.chakri.com.my .

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #CHAKRIPALACE

0 Comments