KOLEKSI TUDUNG BERTATAH SWAROVSKI INSPIRASI MUSIM BUNGA OLEH TRACYNC DI #GAYAKOLEKSIRAYA 2018

FASHIONVALET, TRACYNC,

Pertunjukan fesyen GAYA KOLEKSI RAYA 2018 menampilkan koleksi sempena Aidilfitri telah berlangsung di pusat membeli belah terkemuka Publika baru- baru ini. Acara yang dikendalikan oleh Andrews Model dengan kerjasama FashionValet selaku penaja rasmi menampilkan rekaan hebat daripada pereka tempatan khas sempena lebaran. Antara yang mencuri tumpuan adalah koleksi tudung oleh Tracync.

Walaupun ini merupakan pertunjukan sulung oleh Tracync, namun koleksi yang diperagakan berjaya mencuri tumpuan. Jenama yang dibangunkan oleh Tracy Yong sejak 2014 ini mencipta kelainan dengan menghasilkan handmade hijab dengan sentuhan elemen Swarovski. Pastinya setiap rekaan oleh Tracync memberi releksi kepada gaya hidup wanita muslim masakini.

FASHIONVALET, TRACYNC,

FASHIONVALET, TRACYNC,


FASHIONVALET, TRACYNC,










Bagi menyemarakkan sambutan Aidilfitri tahun ini yang jatuh pada penghujung musim bunga, Tracync menampilkan 24 koleksi tudung bertemakan A Tale of Spring. Koleksi khas lebaran ini diinspirasikan daripada pelbagai lokasi menarik musim bunga di seluruh dunia. Dari motip bangunan di Timur Tengah, keindahan sari di India hingga kecantikan bunga Agapanthus, kesemua koleksi tudung Tracync ini cuba menampilkan keindahan dunia menerusi rekaan dan warna. Tudung Tracync direka dengan teliti dan secara handmade bagi memberi ekslusifiti kepada si pemakai.












Sempena Syawal 2018, lengkapi gaya lebaran anda khususnya wanita berhijab dengan koleksi tudung daripada Tracync. Anda boleh mendapatkannya secara atas talian atau boleh terus ke Twiq Label Boutique yang terletak di Bangi Sentral.

FASHIONVALET, TRACYNC,







LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #TRACYNC #ATALEOFSPRING #THETWIQLABEL #GAYAKOLEKSIRAYA

0 Comments