HARIZ FAYAHET JUARA BINTANG RTM 2018

bintang RTM 2018

Akhirnya sudah diketahui siapa penyambung legasi juara Bintang RTM apabila para juri sebulat suara memilih Hariz Fayahet atau Hariz untuk edisi tahun 2018 ini. Beliau telah mengalahkan 5 lagi pesaing hebat iaitu Ferona, Heidi, Hafiz, Yasser dan Anna pada acara yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras baru-baru ini.

Penuntut Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Seni Persembahan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini berjaya mencuri perhatian menerusi dendangan 3 lagu termasuk lagu single terbaru ciptaan Manusia Putih, Yang Terbaik. Kemenangan berganda kepada Hariz apabila beliau turut dinobatkan sebagai Vokal Terbaik. Beliau membawa pulang hadiah trofi serta wang tunai RM20 ribu untuk juara dan RM5 ribu untuk kategori vokal terbaik.

Menurut Hariz, selama 3 bulan tidak pulang ke rumah demi memberi tumpuan pada pertandingan ini ternyata berbaloi. Beliau tidak menyangka kemenangan berpihak padanya memandangkan peserta akhir yang lain juga tidak kurang hebatnya. Cukup mengagumi Allahyarham Dato' Sudirman, beliau berharap agar penggemar muzik Malaysia dapat menerima kehadiran beliau dalam industri. Sebagai rekod, beliau pernah menyertai pertandingan nyanyian anjuran RTM iaitu Dendang Rakyat pada 2015.

Tempat kedua telah dimenangi oleh Heidi dengan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM15 ribu manakala tempat ketiga berjaya dimiliki oleh Hafiz dengan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM10 ribu. Hafiz juga turut memenangi Persembahan Terbaik dengan menerima hadiah berupa trofi dan wang tunai RM5 ribu. Yasser, Ferona dan Anna tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima hadiah saguhati berupa trofi dan hadiah wang tunai RM1 ribu setiap seorang.

Konsert akhir Bintang RTM 2018 menyaksikan para peserta diberikan tugasan dan bersaing dalam tiga pusingan. Pusingan pertama menyaksikan semua peserta akhir perlu berduet dengan vokalis terkenal secara battle & mash up. Ferona dan Epul Drama Band membawakan lagu Simply The Best vs Babak Pertama, Hariz dan Mel Sakura Band (Fantasy vs Polaroid), Anna dan Projector Band (Kalau Mencari Teman vs Aisyah), Hafiz dan I Am Neeta (Hello vs Sakit), Yasser dan Ameer Sofazr (Pelesit Kota vs Duit), Heidi dan Arul Sevendays (Akad vs Memori).

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

Pusingan kedua pula setiap finalis diberikan lagu baru dimana Ferona menyampaikan lagu ciptaan AG Coco berjudul Idola. Turut membawakan lagu ciptaan AG Coco adalah Heidi (Kata Hati) dan Anna (Erti Cinta). Hafiz pula menyanyikan lagu ciptaan Hang Nadim berjudul Percaya Kasihmu dan Yasser membawakan lagu Lumrah Cinta ciptaan Syamel.

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018





Pada pusingan ketiga pula, setiap peserta lelaki dan perempuan beradu dalam pusingan battle dimana Ferona, Anna dan Heidi menyampaikan lagu One Moment In Time manakala Yasser, Hariz dan Hafiz menyanyikan lagu Sejati.

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018





Bintang RTM 2018 masih mengekalkan format penjurian tetap dimana kesemua finalis telah diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada Adibah Noor, Dato' Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Dato' Mokhzani Ismail.

Pada tahun ini, peserta Bintang RTM 2018 telah dikumpulkan dalam sesi pembelajaran selama 3 bulan. Tenaga pengajar terdiri daripada Dato' Syafinaz Selamat (vokal), Dato' Awie (persembahan dan pementasan), Alam Wakaka (tarian), Atilia Haron dan Zawen (kecergasan).

Pentas akhir Bintang RTM 2018 diserikan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi cilik Putera dan Dina serta persembahan selingan oleh Sufian Suhaimi dengan membawakan lagu Terakhir dan Di Matamu secara medley. Turut menggegarkan pentas akhir Bintang RTM 2018 adalah Dato' Awie menerusi persembahan lagu Keluhan Perantau dan ratu rock Malaysia, Ella dengan lagu Puteri Kota dan Ku Sedia.

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018

bintang RTM 2018





Konsert Akhir Bintang RTM 2018 telah diacarakan oleh Misha Omar dan Aqasha.

SENARAI PEMENANG BINTANG RTM 2018

JUARA: HARIZ
KEDUA: HEIDI
KETIGA: HAFIZ
VOKAL TERBAIK: HARIZ
PERSEMBAHAN TERBAIK: HAFIZ

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BINTANGRTM2018AKHIR

0 Comments