KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA

Ramadhan Al Mubarak bakal menjelma tidak lama lagi. Namun kehangatan Aidilfitri sudah mula terasa dengan kemeriahan pelbagai pertunjukan fesyen raya di sekitar ibukota. Antara acara fesyen yang dinantikan adalah Gaya Koleksi Raya 2018 yang dibawakan khas oleh Andrews Models bersama FashionValet selaku penaja rasmi. Selama 4 hari acara ini berkampung di Publika, saya sempat hadir ke salah satu pertunjukan fesyen sempena lebaran oleh pereka fesyen terkenal tanahair, WOO/FIZIWOO.

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA
SUT DARIPADA TOMAZ

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA
BERSAMA BLOGGER FESYEN MALAYSIA PIQA DAN SUZAI

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA
DATIN ARIANE ABIDIN TURUT HADIR






Sempena Aidilfitri 2018, WOO/FIZIWOO meneruskan semangat raya dengan koleksi yang diberi nama THE BREAD WINNER. Koleksi kali ini diinspirasikan daripada sejarah perjuangan golongan wanita semasa Revolusi Perancis 1780 an. Kumpulan wanita daripada golongan kelas bawah dan pertengahan ketika itu telah berarak menentang Monarki Perancis akibat masalah kekurang roti. Perarakan bersejarah The Women’s March On Versailles ini menjadi peristiwa penting dan menyaksikan kuasa wanita berpadu dalam revolusi ini. Kesan kepada Revolusi Perancis ini turut memberi impak kepada fesyen kepada masyrakat terutamanya fesyen wanita. Perubahan revolusi akhirnya menjadi pencetus dan simbol kepada kemodenan fesyen wanita.

Kisah kekuatan wanita pada era tersebut menjadi ilham kepada jenama WOO/FIZIWOO untuk menghasilkan koleksi WOO/FIZIWOO EID-UL-FITR 2018 dengan menerapkan sentuhan klasik melalui penekanan siluet dan pemotongan tepat baju kurung tradisi Melayu khusus untuk golongan wanita masakini.

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA





WOO/FIZIWOO untuk koleksi Aidilfitri tahun ini memfokuskan kepada pengenalan asimetri peplum, bell sleeves and folds, diambil daripada jenama utama FIZIWOO untuk diaplikasi pada koleksi READY-TO-WEAR. Sedikit sebanyak ia memberi peluang kepada pencinta busana beliau untuk merasai sentuhan mewah Made-To-Measure pada rekaan WOO/FIZIWOO Eid-Ul-Fitr 2018.

Koleksi WOO/FIZIWOO Eid-Ul-Fitr 2018 menggunakan fabrik Poly-blend Woven Cotton dan hadir dengan variasi warna pastel dan palet mewah. Antara warna pastel seperti Dusty Pink, Sky Blue, Powder Lilac serta palet mewah seperti Dark Olive Green, Maroon dan Hitam menjadikan koleksi kali ini antara busana wajib ada di almari anda. 

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA

KOLEKSI WOO/FIZIWOO X FASHIONVALET SEMPENA AIDILFITRI 2018 #GAYAKOLEKSIRAYA





Anda boleh mendapatkan koleksi WOO/FIZIWOO di seluruh cawangan FashionValet di Malaysia, Brunei dan Singapura atau secara atas talian menerusi laman sesawang www.fashionvalet.com sepanjang Ramadhan dan Aidilftri 2018. Harga bermula daripada RM 490 hingga RM 650.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #GAYAKOLEKSIRAYA #WFXFV #FVRAYA2018 #FIZIWOO

0 Comments