PAK NIL DUTA RASMI LOLA & BABA KIDS FESTIVAL 2018


Selebriti terkenal Malaysia, YBhg. Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi atau mesra dengan panggilan Pak Nil telah dilantik menjadi duta rasmi kepada LOLA & BABA KIDS FESTIVAL 2018 yang bakal berlangsung pada Oktober ini. Festival ini bakal menjadi festival kanak-kanak pertama dan terbesar di Malaysia dan dijangka menerima kunjungan lebih 200 ribu orang. Pengumuman Pak Nil sebagai duta rasmi telah dibuat sempena Hari Terbuka Lola & Baba Kids Festival 2018 yang telah berlangsung di Kajang baru-baru ini.

Pemilihan Pak Nil tepat memandangkan nama beliau cukup dekat di hati kanak-kanak. Menariknya, ini merupakan penglibatan pertama beliau dalam festival. Pak Nil berkata sejak kecil lagi beliau memasang impian untuk mempunyai satu ruang khas untuk menghiburkan kanak-kanak dan akhirnya impian beliau menjadi nyata dengan kewujudan Lola & Baba Kids Festival 2018.

PENGACARA MAJLIS, ENCIK MEOR ADDELAN

BARISAN TETAMU KEHORMAT

MERIAH DENGAN KEHADIRAN TETAMU

DATUK SABIAMAD ABDUL AHAD, PENGERUSI BINSABI SDN. BHD.

PAK NIL SELAKU DUTA RASMI LOLA & BABA KIDS FESTIVAL 2018

NIK BAIZURA DATUK SABIAMAD, PENGARAH URUSAN EVENTIOUS GLOBAL SDN. BHD.





Harapan pak Nil agar Lola & Baba Kids Festival 2018 ini bukan sahaja menjadi platform kepada para peniaga menjana pendapatan, malah ia menjadi lokasi terbaik hujung minggu buat seisi keluarga beriadah. Bukan itu sahaja, Pak Nil juga optimis bahawa Lola & Baba Kids Festival 2018 ini mampu memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenal potensi diri menerusi aktiviti yang disediakan sepanjang festival ini berlangsung.

Pada majlis sama, Pak Nil turut melancarkan Fun Park Nil iaitu zon khas tertutup dan berhawa dingin untuk aktiviti riadah kanak-kanak di festival ini. Pak Nil turut menggesa kepada mana-mana organisasi terutama kepada pihak sekolah atau pun taksa untuk mengambil peluang atas penganjuran festival ini untuk membawa rombongan kanak-kanak hadir dan menyertai beberapa aktiviti berbentuk ilmiah seperti sesi motivasi.











 
Lola & Baba Kids Festival 2018 adalah ilham EVENTIOUS GLOBAL SDN BHD dengan kerjasama BINSABI EVENT SOLUTION. Menjadikan sepasang biri-biri iaitu Lola (oren) dan Baba (kuning) sebagai logo rasmi, festival kanak-kanak yang julung kali diadakan ini turut menerima penyertaan daripada organisasi dan syarikat seperti Eduvasia, Universiti Putra Malaysia (UPM), AMPAC, Temerloh Catering, Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) serta lebih 600 usahawan. Malah, Lola & Baba Kids Festival 2018 ini bakal menerima penyertaan selebriti terkenal tanahair, serta rakan media seperti Hot FM dan Astro. Tidak dilupa juga penglibatan pihak WAZAN (WAQF & ZAKAT UPM) dimana pihak WAZAN akan mengendalikan gerai khas yang bakal menjadi ONE STOP CENTRE pemberian barangan kanak-kanak seperti buku, barang mainan, stroller dan sebagainya secara PERCUMA dan pada masa sama menerima barangan baru/preloved untuk diagihkan kepada insan yang memerlukan.

Pada majlis Hari Terbuka Lola & Baba Kids Festival 2018, ramai peniaga dan vendor telah hadir bagi mendengar lebih lanjut tentang festival ini serta mendapatkan harga istimewa dan lokasi pilihan bagi jerayawara dan tapak gerai.






Lola & Baba Kids Festival 2018 akan dibahagikan kepada 4 zon dimana selain gerai dan trak jualan, terdapat pelbagai aktiviti menarik bakal menarik minat pengunjung. Antaranya;

Kehadiran maskot animasi tanahair

• Persembahan artis terkenal tanahair

• Hot air ballons

• Petting zoo

• Pony rides

• Sand art

• Giant bubble

• Bouncing castle

• Pertandingan Bayi Comel

• Pesta Lampu

• Kids Fun Run – Cute Run

• Zumba

• Pesta Lampu

• Ampac Pidato

• Kids & Mom Award dan banyak lagi.








Lola & Baba Kids Festival 2018 bakal diadakaan selama 3 hari iaitu dari 26 hingga 28 Oktober 2018 bertempat di MAEPS Serdang bermula 10 pagi – 10 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk menyemarakkan Lola & Baba Kids Festival 2018 Oktober ini. Kepada para peniaga dan vendor yang ingin menjadi sebahagian kepada festival kanak-kanak terbesar ini, anda boleh mendapatkan informasi lanjut dengan melayari laman sesawang di www.lolababa.com , media sosial rasmi LOLA & BABA KIDS FESTIVAL 2018 atau telefon 019-9569205/019-9569001.







LAMAN FACEBOOK RASMI

www.facebook.com/lolababamalaysia


LAMAN INSTAGRAM RASMI

www.instagram.com/lolababa.my


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LOLABABAKIDSFEST2018 #MAEPSSERDANG #FUNPARKNIL

0 Comments