KONSERT PERMATA SENI 2018 SERLAH KEHEBATAN BAKAT MUDA DI PENTAS BERTARAF DUNIA

11:01 pm REEF OMAR 0 Comments


Semua sedia maklum akan kewujudan Program PERMATA di bawah Jabatan Perdana Menteri berfungsi sebagai platform untuk generasi baru mencurah bakat terpendam. Antara cabang dibawah program ini adalah PERMATA SENI yang khusus mencungkil bakat seni anak-anak muda. Program ini tidak secara menonjol bakat mereka malah ia mampu membentuk sahsiah, jati diri dan disiplin agar dapat melahirkan anak-anak muda cemerlang dalam bidang seni, matang, yakin dan berketerampilan serta berpotensi menjadi pemimpin masa hadapan yang hebat.

Saya berkesempatan menyaksikan sebuah persembahan khas anjuran Bahagian PERMATA dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC). Konsert PERMATA SENI 2018 yang bertemakan MENGGILAP BAKAT MUDA, MEMBENTUK GENERASI PERKASA ini telah diadakan di Panggung Sari Istana Budaya selama 2 hari iaitu pada 28 dan 29 April 2018.

SAYA BERSAMA RAKAN MEDIA






Persembahan selama hampir 2 jam ini menerima penglibatan seramai 342 orang peserta yang telah membuat persembahan selama 3 sesi. Konsert terbuka ini cukup istimewa kerana ia memberi peluang kepada khalayak umum untuk menyaksikan persembahan anak-anak Permata Seni bergandingan dengan penggiat seni tanahair.

Konsert PERMATA Seni 2018 ini menyaksikan penglibatan anak-anak dari PERMATA Seni Koir, PERMATA Seni Muzik dan PERMATA Seni Tari dan berkonsepkan muzikal. Ia dibahagikan kepada 4 segmen iaitu BIBIT BAKAT MUDA, MEMBENTUK KECEMERLANGAN, HEBAT DAN GEMILANG dan PEWARIS SENI.







Antara artis terkenal Malaysia yang turut terlibat dalam Konsert Permata Seni 2018 ini adalah Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Man Kidal, Hael Husaini, Sherry Al-Hadad dan Azrul Zaidi Raja Lawak selaku pengacara majlis. Konsert Permata Seni 2018 turut diserikan dengan kehadiran Tok Dalang paling muda, adik Baihaiqi.

DATUK SYAFINAZ MENYETUAI KUMPULAN KOIR

BERBAKAT BESAR

COMEL DAN MENYERLAH

HAEL HUSAINI MENYAMPAIKAN DUA BUAH LAGU

TAHNIAH KEPADA SEMUA!





Saya cukup terpukau dengan bakat yang ditonjolkan oleh anak-anak muda ini. Kehebatan bermain biola, mengalunkan suara harmoni dalam koir, menari tarian zapin serta menampilkan aksi lakonan dan tarian moden membuatkan saya terpaku dan kagum. Antara yang menjadi tarikan adalah tarian zapin dengan iringan lagu Permata Hati nyanyian Nabila Razali.

Sebagai informasi, PERMATA Seni telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negeri. Antaranya adalah Juara Keseluruhan Grand Prix dan Absolute Winner of Winter Stars of Dresden 2016 di 16th International Arts Festival Winter Stars di Jerman. Selain itu, adik Len Zhi Yi dari PERMATA Seni Koir pernah menerima pingat emas dan Johan bagi kategori Vokal Berkumpulan dan pingat emas dan Johan Koir Campuran di 4th Bali International Choir Festival.

Adik Wong Jun Xiang dari PERMATA Seni Muzik menerusi instrumen biola telah menerima Biasiswa ASEAN dari Tingkatan 1 hingga A'Level oleh Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Pendidikan Singapura serta adik Nisa Addina Mohammad Taufik telah mengharumkan nama negara setelah memenangi World Grand Championship for Junior Instrumententalist di World Championship of Performing Arts (WCOPA) Hollywood, USA.

Banyak lagi kejayaan yang berjaya diraih hasil daripada Program PERMATA ini sekaligus membuktikan bahawa program sebegini memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia khususnya generasi muda.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan KONSERT PERMATA SENI 2018 dan PROGRAM PERMATA.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #KONSERTPERMATASENI2018

0 comments:

Powered by Blogger.