AISKRIM PREMIUM FRUITI KING DIPERBUAT DARIPADA BUAH-BUAHAN SEBENAR


Anda seorang penggemar pemanis mulut (dessert)? Anda sukakan aiskrim? Anda sukakan buah-buahan seperti Durian, Musang King, Durian Belanda, Cempedak, Jagung Manis, Mango? Jika anda suka kesemua tersenarai di atas, anda cukup bertuah kerana FRUITI KING baru sahaja melancarkan enam jenis aiskrim premium yang diperbuat daripada buah-buahan sebenar.

Fruiti King merupakan 100% jenama milik anak tempatan baru sahaja membuka stor sulung mereka bertempat di Sunway Pyramid. Istimewanya aiskrim Fruiti King ini adalah ia diperbuat daripada buah-buahan sebenar, tidak menggunakan bahan pengawet tambahan, pewarna dan perasa tambahan. Apa yang menjadikan aiskrim Fruiti King ini special berbanding jenama lain dipasaran adalah anda akan dapat merasai keaslian rasa buah-buahan pada setiap gigitan atau suapan aiskrim. Malah jangan terkejut jika anda sedang menggigit isi durian mahupun cempedak di dalam aiskrim Fruiti King.







Menurut pengasas jenama Fruiti King Encik Max Teh, aiskrim Fruiti King merangkumi keaslian dan nilai nutrisi daripada buah sebenar. Tidak seperti jenama aiskrim lain, Fruiti King memberi anda kenikmatan buah-buahan sebenar dalam setiap gigitan aiskrim. Idea ini timbul pada 2016 apabila Encik Max Teh mencuba aiskrim potong yang dibelinya di sebuah gerai kecil di Ipoh, Perak. Saat beliau menggigit aiskrim potong tersebut, beliau terpesona dengan rasa aiskrim tersebut yang rasanya tidak tumpah seperti buah-buahan sebenar cuma dalam bentuk ais.


Bagi Encik Max Teh, Malaysia cukup terkenal dengan pelbagai jenis buah-buahan tropika malah ada sebilangannya menjadi kegemaran di serata dunia. Jika strawberi boleh dibuat aiskrim dan menjadi kegilaan ramai, kenapa tidak buah-buahan seperti Cempedak, Durian, Musang King, Mango, Durian Belanda dan Jagung Manis? 

Jangan khuatir atau ragu-ragu dengan keaslian buah-buahan yang digunakan kerana pihak Fruiti King menggunakan kaedah khas penyimpanan dan pemprosesan bagi memastikan kualiti terpelihara. Saya sendiri telah mencubanya dan akui memang rasa buah-buahan sebenar dalam kandungan aiskrim Fruiti King. Malah anda mempunyai pilihan samada untuk menikmati aiskrim dalam bentuk scoop, aiskrim potong, aiskrim bar, fruiti shake atau makan bersama wafel.












Selepas kejayaan pembukaan stor pertama di Sunway Pyramid, pihak Fruiti King akan menyembangkan sayapnya di 30 tempat lain antaranya adalah di KLIA 2 menjelang penghujung 2018. Malah pihaknya juga merancang untuk membawa jenama Fruti King ini menembusi pasaran global seperti Singapore, Hong Kong dan China.





Kepada anda yang tidak sabar untuk mencuba aiskrim buah-buahan premium daripada Fruiti King, anda boleh terus singgah ke stor pertama mereka di aras LG2, Sunway Pyramid (bertentangan dengan Kenny Rogers Roasters).

LAMAN WEB RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FRUITIKING #ENJOYITLIKEABOSS

0 Comments