LIPTON GREEN TEA ICE TEA HADIR DENGAN PERISA MANGO PANDAN DAN JASMINE LYCHEE DENGAN 31% KURANG GULA

7:42 pm REEF OMAR 0 Comments


Jenama teh nombor satu dunia, LIPTON sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia. Saya sendiri merupakan antara jutaan peminat produk teh keluaran jenama ini kerana menyukai kualiti rasa dan variasi produk yang dihasilkan oleh Lipton. Malah Lipton Ice Tea juga menjadi minuman sedia diminum kegemaran ramai di lebih 100 buah negara. Kalau di tanya kegemaran saya, pastinya perisa Ice Lemon Tea, Green Ice Tea Lemon dan Green Ice Tea Peach & Pear!

Sedarkah anda bahawa minuman teh juga sering dikaitkan dengan kesihatan. Ini kerana ia mengandungi sifat antioksida serta mampu menguatkan daya tahan tubuh. Selain itu, manfaat minum teh juga mampu menguatkan gigi kerana unsur flourida yang terkandung di dalamnya, menyegarkan tubuh badan dan sebagainya.

Bercakap dengan kesihatan, saya lihat ramai rakyat Malaysia kini sedar akan kepentingan penjagaan kesihatan. Ini dibuktikan menerusi banyak penglibatan masyarakat dalam aktiviti kecergasan dan riadah. Malah ramai yang mulai peka akan pengambilan makanan sihat bagi menjaga kesihatan tubuh badan.

Bagi menyokong dan menyahut semangat budaya sihat, Lipton Green Ice Tea telah menghasilkan dua perisa baru yang unik iaitu Mango Pandan dan Jasmine Lychee. Menariknya, kedua-dua perisa ini mengandungi 31% kurang gula* dan menggunakan pemanis Stevia yang kita sedia maklum mengandungi pemanis semulajadi dan kosong kalori. Malah kombinasi minuman teh hijau sebenar dengan buah-buahan Asia seperti mangga dan laici adalah sesuatu yang segar dan kena dengan selera tekak masyarakat Asia khususnya.

*31% KURANG GULA INI DIBANDINGKAN DENGAN PRODUK LIPTON ICE TEA PEACH & PEAR YANG MENGANDUNGI 8.5G GULA BAGI SETIAP 100ML.

Lipton Green Ice Tea perisa Mango Pandan dan Jasmine Lychee ini hanya mengandungi 5.8 g gula untuk setiap 100ml dan ini melayakkan kedua-dua perisa ini mendapat HEALTHIER CHOICE LOGO (HCL) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Logo ini penting dalam membantu dan memberi keyakinan kepada pengguna memilih produk yang lebih sihat.







Bagi menyemarakkan lagi budaya sihat dikalangan rakyat Malaysia, pihak Lipton turut melancarkan kempen #LETSMOVE, sebuah kempen bagi memotivasikan masyarakat untuk terus mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Sesuai dengan kandungan Lipton Green Icea Perisa Mango Pandan dan Jasmine Lychee yang kurang gula, kempen #LETSMOVE diharap dapat memberi suntikan semangat kepada masyarakat untuk kekal sihat dalam kehidupan harian.






Tidak kira samada anda berlari, berjalan 10 ribu kaki sehari, menaiki tangga, bersenam di gim, berzumba, mendaki bukit, berbasikal malah menari boleh menjadi pilihan gaya hidup sihat anda. Namun aktiviti sihat ini haruslah seiring dengan pengambilan gizi yang seimbang agar anda kekal sihat. Jika anda sering mengambil minuman bergula, kini anda boleh beralih kepada Lipton Green Ice Tea perisa Mango Pandan dan Jasmine Lychee yang mengandungi 31% kurang gula*.


Anda boleh menyertai kempen #LETSMOVE ini dengan beberapa langkah mudah. 

  • LAKUKAN IKRAR ANDA DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM DAN TAG 3 ORANG RAKAN

  • JANGAN LUPA UNTUK MELETAKKAN TANDA PAGAR (HASHTAG) #LETSMOVE #myLITMOVE

  • PASTIKAN FB DAN INSTAGRAM ANDA DISETKAN PUBLIC.

Anda boleh mendapatkan Lipton Green Ice Tea perisa Mango Pandan dan Jasmine Lychee ini di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Harga yang ditawarkan cukup mampu milik iaitu hanya RM2.50 – RM2.80 sebotol berisipadu 450ml.







Saya sudah mencuba dan saya harus akui bahawa kedua-dua perisa baru ini menjadi kegemaran saya. Jadi anda bila lagi? Dapatkan Lipton Green Ice Tea perisa Mango Pandan dan Jasmine Lychee sekarang!

Layari laman Facebook Lipton Ice Tea MY untuk mendapatkan informasi lanjut.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LIPTONICETEAMY #LIPTONMALAYSIA #LETSMOVE #MYLITMOVE

0 comments:

Powered by Blogger.