WP HOTEL KUALA LUMPUR MENYAJIKAN HIDANGAN DESA SEMPENA BUFET RAMADHAN 2018

May 16, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Sepanjang bulan Ramadhan, pasti bufet Ramadhan di hotel dan restoran menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Ini kerana selain kekangan masa untuk ke pasar Ramadhan dan memasak dirumah, pilihan bufet Ramadhan yang penuh variasi serta harga yang berpatutan menjadi tarikan utama orang ramai. Jika anda berada di Kuala Lumpur atau yang sekitar dengannya, barangkali anda mencari bufet Ramadhan yang bukan sahaja murah tetapi memberi pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa. Jika itu concern anda, WP Hotel Kuala Lumpur adalah pilihan terbaik anda.

WP Hotel Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Lokasi hotel ini cukup strategik kerana ia berada di berdekatan dengan kawasan tumpuan orang ramai membeli belah barangan dan kelengkapan raya. Malah ia juga berhampiran dengan stesen monorel Chow Kit dan Medan Tuanku serta stesen LRT Sultan Ismail. Jadi selesai membeli beli baju dan kelengkapan menyambut Syawal boleh singgah ke WP Hotel Kuala Lumpur ini untuk berbuka puasa.

Tahun ini pihak WP Hotel Kuala Lumpur menerusi Restoran Lemongrass menghidangkan seleksi juadah bertemakan Hidangan Desa untuk bufet Ramadhan 2018. Ada banyak pilihan menu menarik yang enak dan pasti menepati selera anda. Antaranya adalah seleksi lauk seperti Asam Pedas Ikan Pari, Sambal Udang, Kari Kepada Ikan Jenahak, Tumis Pucuk Paku, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api serta ulam-ulaman untuk membangkit selera anda berbuka puasa.


















Ada lagi! Jangan lupa mencuba signature Kambing Bakar yang memang sedap, dagingnya lembut dan cukup rasa rempah ratus. Selain itu, pilihan Nasi Briyani dengan Rendang Daging harus dicuba. Satu lagi personal favourite saya adalah Mee Kari Kerang di WP Hotel Kuala Lumpur memang terbaik! Menu Rojak Pasembor, Sate dan Lemang, Sup Tulang Rusuk juga menjadi hidangan sempena bufet Ramadhan 2018 di WP Hotel Kuala Lumpur. 













Selain menu berat, terdapat juga seleksi kuih muih, pencuci mulut seperti Pengat Pisang dan Pesang Pisang dan Sagu, Bubur Kacang Hitam, ABC, wafel untuk berbuka puasa. Jangan risau! Air panas dan sejuk juga anda untuk membasahi tekak anda setelah seharian berpuasa. Selesai berbuka puasa, apa kata sebelum pulang anda singgah di tingkat Rooftop kerana anda pasti akan terpesona dengan panorama malam Kuala Lumpur dari WP Hotel Kuala Lumpur.















Harga yang ditawarkan sememangnya berpatutan iaitu cuma RM68 net (dewasa), RM58 net (warga emas berumur 60 tahun ke atas) dan RM34 net (kanak-kanak berusia 4-12 tahun) dan ia antara yang termurah di sekitar Kuala Lumpur. Malah jika anda membuat tempahan sebelum 20 Mei 2018, anda layak menerima 20% diskaun.

Apa tunggu lagi! Telefon 03-26181188 sambungan 3 (Restoran Lemongrass) atau 018-9872050 untuk membuat tempahan anda. Layari laman web atau media sosial rasmi WP Hotel Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut.

 
LOKASI WP HOTEL KUALA LUMPUR

362, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, 
50100 KUALA LUMPUR 

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #WPHOTEL #WPHOTELKL #HIDANGANDESA #BUFETRAMADHAN2018 #RAMADHANBUFFET2018


0 comments:

Powered by Blogger.