ULTRON MALAYSIA DAN KLCC RUNNERS GROUP (KLCCRG) BAKAL BEKERJASAMA DALAM ACARA KL CAR FREE MORNING RUN 2018

May 15, 2018 REEF OMAR 0 Comments

 
Jenama pakaian sukan keluaran tempatan, ULTRON MALAYSIA harus berbangga dengan pencapaian yang kini berusia 3 tahun berada dalam industri. Ini juga mencipta satu revolusi kepada industri produk pakaian sukan lokal dimana Ultron Malaysia berjaya menghasilkan variasi pakaian sukan berkualiti tinggi setaraf dengan jenama antarabangsa hasil rekaan tempatan dengan harga yang cukup berpatutan. Terkenal dengan produk pakaian sukan menggunakan fabrik Micro-Dry, Ultron Malaysia bukan sahaja mempuyai pilihan pakaian sukan yang selesa ketika bergerak aktif, malah ia sesuai dipakai untuk kegiatan harian.

Kejayaan menempatkan jenama Ultron dalam pasaran didorong oleh kesedaran pihak Ultron Malaysia sendiri dalam meningkatkan budaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia seiring dengan slogan #ChangeTheGame.


















Malah, pihak Ultron Malaysia sendiri begitu aktif melibatkan diri dalam pelbagai bentuk aktiviti kesukanan dan kecergasan seperti Ironman Malaysia, Asia Trail Master, XTERRA APAC dan Kejohanan Dualthon Asia.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan tahun ke-3 ini, pihak Ultron telah sudi untuk bekerjasama dengan kelab larian yang mempunyai pengikut di laman facebook terbesar di Malaysia, KLCC Runners Group untuk menaja 5 acara larian 7KM KL CAR FREE MORNING RUN yang dijadualkan akan bermula pada Jun 2018. Ia dijangka akan menarik hampir 10 ribu penyertaan dengan jangkaan pengikut di media sosial bakal mencecah 1 juta orang.

Menurut Encik Mark Chua selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ultron Malaysia berharap dengan kerjasama strategik dengan penganjur acara sukan serta penghasilan produk pakaian sukan berkualiti tinggi dapat menyukuhkan lagi jenama Ultron di peringkat Asia Pasifik. Hasil kerjasama dengan pihak KLCC Runner Group, sebuah kelab larian yang paling aktif di Malaysia dengan bilangan ahli melebihi 32 ribu orang ini memberi isyarat bahawa Ultron Malaysia serius dalam mengembangkan sayapnya dan menyokong penuh kearah gaya hidup sihat dan aktif.

Hadir sama pada majlis khas ini adalah Mr. Matthew Barsing selaku pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KLCC Runners Group. Kata beliau, hasil kerjasama Ultron Malaysia bersama KLCC Runners Group diharap dapat menarik minat ramai lagi ahli komuniti ini menerusi aktiviti dan kempen yang dijalankan. Pihak KLCC Runners Group mensasarkan meraih penyertaan 100 ribu ahli menerusi Laman Facebook menjelang Disember 2018. Mr. Harrison juga melahirkan rasa syukur diatas sambutan yang diterima sejak penubuhan kelab ini 2 tahun yang lalu dimana visi dan misi dalam melahirkan masyarakat yang aktif dan sihat berada pada landasannya.

ENCIK HARRISON JUB

ENCIK MARK CHUA

MR. MATTHEW BARSING

TERMETERAI MEMORENDUM PERSEFAHAMAN DIANTARA ULTRON MALAYSIA DAN KLCCRG

ENCIK SURESH KUMAR








Pihak Ultron Malaysia berharap dengan penajaan dalam acara sukan seperti ini dalam meraih lebih banyak usahasama dengan banyak lagi kejohanan dan acara sukan serta mampu mencapai sasaran penghasilan hampir 3 juta pakaian sukan tempahan khas berkualiti tinggi untuk pasaran serantau selewat nya penghujung tahun 2018.

Sudah mempunyai dua buah premis yang terletak di Nu Sentral dan Glo Damansara, pihak Ultron juga dijangka akan menyembangkan sayapnya dengan pembukaan premis nya di Sarawak dan juga di Alor Setar, Kedah. Malah, pihak Ultron Malaysia juga merancang untuk menyembangkan pasaran ke beberapa negara luar seperti Thailand, Indonesia, Brunei, Filipina, Korea, Australia, Kuwait dan Maldives.


LAMAN WEB RASMI ULTRON MALAYSIA 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 

LAMAN WEB RASMI KLCC RUNNERS GROUP 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ULTRONMALAYSIA #ULTRONMY #CHANGETHEGAME #KLCCRG #KLCCRGFAMILY


0 comments:

Powered by Blogger.