PELANCARAN RASMI 20th CENTURY FOX WORLD STUDIO STORE DI SKYAVENUE RESORTS WORLD GENTING


Semua sedia maklum bahawa taman tema pertama didunia 20th Century Fox akan dibuka di Resorts World Genting. Malah ada ura-ura menyatakan ia bakal dibuka pada tahun 2018. Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menjadi yang terawal untuk menikmati keseronokkan berada di Taman Tema 20th Century Fox ini termasuk saya sendiri.

Masakan tidak! Taman tema yang diangkat daripada filem-filem blockbuster terbitan 20th Century Fox sememangnya dinanti kerana selain menggantikan taman tema terdahulu, ia bakal menjadi sejarah kerana ia merupakan taman tema pertama di dunia dibawah jenama 20th Century Fox. Namakan sahaja filem-filem seperti Rio, Ice Age, Titanic, Planet of The Apes, A Night At Museum dan banyak lagi mempunyai peminat tersendiri di seluruh dunia.

Bagi menyemarakkan lagi kehangatan pembukaan taman tema 20th Century Fox ini, pihak Resorts World Genting telah membuka secara rasmi premis barangan khas taman tema ini yang diberi nama 20TH CENTURY FOX WORLD STUDIO STORE yang terletak di Aras 2 SkyAvenue. Saya cukup teruja dan berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada tetamu yang hadir di majlis pelancaran rasmi Fox World Studio Store. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Operasi Resorts World Genting Paul Baker, General Manager (Design and Constriction) 20th Century Fox World Malaysia Jules Vallier dan Senior Vice President 20th Century Fox World Theme Park Brian Machamer.














Anda boleh mendapatkan barangan khas Fox World ini dengan berkunjung sendiri ke premis sulung mereka yang terletak di Aras 2 SkyAvenue (berhampiran dengan premis Uniqlo). Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan terdapat variasi barangan yang dijual disini. Ada baju, cawan, patung, alat tulis dan banyak lagi yang boleh dibeli sebagai koleksi peribadi ataupun sebagai cenderamata.

DARI KIRI: Mr. Brian Machamer, Senior Vice President of Theme Park, Mr. Paul Baker, Deputy Chief Operating Officer of Genting Malaysia Berhad and Mr. Jules Vallier, General Manager of Design and Construction for the 20th Century Fox Global Live & Location Based Entertainment.





























Premis yang berkeluasan 3 ribu kaki persegi ini menempatkan hampir 700 variasi barangan edisi terhad daripada filem-filem keluaran 20th Century Fox ini bakal menjadi tarikan penting di Resorts World Genting.

Layari www.rwgenting.com atau telefon 03-61011118 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RESORTSWORLDGENTING #20THCENTURYFOXWORLDSTUDIOSTORE

0 Comments