AKU MALU, TARUHAN PERTAMA PENYANYI REMAJA NAUNGAN HURR.TV, AQEESH ALEEYA


Dunia hiburan di Malaysia penuh dengan warna warni. Kehadiran artis baru dalam industri menjadikan dunia hiburan tanahair meriah dengan variasi bakat samada ada dalam bidang lakonan mahupun muzik. Terkini, Juara Bakat Ohsem (BOM) 2017 anjuran HURR.TV, Aqeesh Aleeya tampil dengan single pertama beliau berjudul Aku Malu. Lagu bergenre pop dance ini telah dicipta oleh komposer terkenal, DJ Fuzz dan liriknya ditulis oleh Hez Hazmi. Saya berkesempatan hadir ke majlis pelancaran single terbaru beliau yang telah diadakan di restoran Fook Yeah Empire City, Petaling Jaya baru-baru ini. Majlis ini mendapat tajaan daripada beberapa syarikat korporat antaranya MUCA, SMC Dentalworks, Innowhite Malaysia, Ombak Kitchen dan TGV Cinemas.






Sebagai informasi, HURR.TV merupakan sebuah laman gaya hidup dan platform strim video secara atas talian yang mengkhususkan kandungan asli dan sohor kini tentang hiburan, urban, relevan dan realiti. 

Siapa sebenarnya Aqeesh Aleeya? Anak jati Selangor ini baru berusia 14 tahun. Namun bakat luar biasa yang dimilikinya berjaya menobatkan nya menjadi juara dalam pertandingan bakat atas talian, Bakat Ohsem Malaysia (BOM) 2017 dan seterusnya membawa pulang wang tunai RM 100 ribu dan sebuah kereta Proton Saga 1.3 (A) tajaan MyMotor.

Bakat dan minat Aqeesh Aleeya atau nama sebenarnya Siti Balqis Aleeya Shahrom telah disedari sejak usianya 2 tahun lagi. Pada usia 9 tahun, beliau telah menjuarai pertandingan Bintang Kecil RTM 2013 peringkat Negeri Selangor sekaligus melayakkan beliau bertanding di peringkat akhir Bintang Kecil Kebangsaan RTM 2013.






Usaha beliau tidak behenti disitu. Pada tahun 2014, Aqeesh Aleeya melayakkan diri ke pertandingan Bintang Kebangsaan RTM 2014 dan dinobatkan naib juara keseluruhan. Tahun berikutnya menyaksikan Aqeesh Aleeya tersenarai antara 3 pemenang utama bagi pertandingan bakat P & G dimana beliau berpeluang bertemu dan membuat persembahan dihadapan penghibur antarabangsa, Anggun .

Demi tidak mensia-siakan bakat dan minat Aqeesh Aleeya, keluarganya telah menghantarnya untuk mengembangkan potensi diri di Sekolah Seni Kuala Lumpur pada tahun 2017-2018.

Berbalik kepada lagu single pertama Aqeesh Aleeya yang berjudul Aku Malu. Lagu Aku Malu ini dicipta oleh DJ Fuzz dan liriknya ditulis oleh Haz Helmi ini menceritakan tentang situasi seorang gadis/jejaka yang menyintai dalam diam seseorang yang diminati. Lagu yang berkonsepkan pop dance ini cukup kena dengan karaktor Aqeesh Aleeya yang lincah dan bertenaga.



ANTARA TETAMU YANG HADIR

ANTARA TETAMU YANG HADIR





Pada majlis sama, pihak hurr.tv turut melancarkan video lirik rasmi lagu AKU MALU. Video muzik rasmi lagu AKU MALU akan dilancarkan dalam masa terdekat. Sementara itu, anda boleh menyaksikan disebalik tabir pembikinan lagu Aku Malu menerusi program khas berjudul AQEESH di laman web dan saluran Youtube hurr.tv.

Anda boleh mendapatkan informasi lanjut tentang mengikuti laman media sosial rasmi Aqeesh Aleeya.

KREDIT FOTO: HURR.TV


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AQEESHALEEYA #AKUMALU #HURRTV

1 Comments