DASHING KINI HADIR DENGAN 2 IN 1 FACE & BODY WASH KHAS UNTUK LELAKI


Lelaki zaman kini sudah semakin prihatin akan penjagaan diri. Gaya hidup, kerjaya dan kesedaran akan kebersihan diri menjadi faktor peningkatan kepada kesedaran diri. Namun saya percaya, kebanyakan kaum lelaki tidaklah secerewet wanita dalam pemilihan produk penjagaan diri. Malah ada juga dikalangan lelaki yang menjadikan sabun mandi sebagai pencuci rambut dan muka walaupun sebenarnya ia tidak disarankan kerana kandungan dalam sabun mandi tidak sesuai untuk kulit wajah mahupun rambut.

Tapi kini anda tidak perlu khuatir kerana Dashing kini hadir dengan produk DASHING 2 INI 1 FACE & BODY WASH terbaru dengan formulasi yang direka khas untuk mencuci muka dan badan sekaligus. Ia bukan sahaja dapat menjalankan fungsinya, malah ia juga menjimatkan wang. Tidak perlu membeli dua produk sedangkan anda hanya memerlukan DASHING 2 IN 1 FACE & BODY WASH untuk memberikan kebersihan menyeluruh serta memberi kesegaran berpanjangan tanpa sebarang masalah iritasi.

Dashing 2 IN 1 Face & Body Wash terbaru ini hadir dalam 4 variasi iaitu COOL, ACTIVE, HATTRICK dan ULTIMATE KICK. Menariknya, ia diformulasikan dengan pewangi DASHING EDT yang mampu memberi kesegaran dan haruman maskulin sepanjang hari.







COOL dicipta khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman cukup sesuai sebagai penyerlah personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE menjadi pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK wangian sebenar seorang juara. Ia menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK adalah simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Sitrus, berserta dengan haruman Amber.






Buih mandian DASHING 2 in 1 Face & Body Wash variasi Cool dan Hatttrick mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.






Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Buih mandian DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml diseluruh Malaysia. Layari http://www.dashing.com.my untuk maklumat lanjut.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #DASHINGMY #DASHINGMALAYSIA

0 Comments