ULTRON MALAYSIA LANCAR PROJEK TEE4TEEN BERSAMA YAYASAN GENERASI MALAYSIA


Ultron Malaysia. Sebuah jenama lokal yang khusus dalam pembuatan pakaian sukan bermutu tinggi. Tahun ini melakar sejarahnya tersendiri dengan kejayaan yang dikecapi pada usia hanya 3 tahun. Sejak penubuhan jenama ini pada 2015, pelbagai anugerah telah diraih dan yang terkini pihak Ultron telah menerima anugerah daripada The Superbrand Malaysia’s Choice 2018. Pihak Ultron Malaysia sendiri telah berkolaborasi dengan lebih 1500 acara sukan terbesar menjadikan ia antara jenama unggul dalam pasaran dengan penglibatan terbanyak dalam acara sukan pada tahun 2017.

Bersempena dengan bulan Ramadan, pihak Ultron Malaysia telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa bertempat di hotel KL Journal baru-baru ini. Pada majlis sama, pihak Ultron turut melancarkan projek tanggungjawab sosial korporat, TEE4TEEN hasil kolaborasi bersama YAYASAN GENERASI MALAYSIA.

Projek Tee4Teen ini bertujuan bagi membantu rumah-rumah kebajikan dari segi ekonomi dengan mengagihkan pakaian sukan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik. Pengagihan secara berperingkat ini diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada golongan istimewa ini.

Encik Mark Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Ultron Malaysia berkata pihaknya mengadakan majlis berbuka puasa setiap tahun bagi menyemarakkan lagi semangat muhibbah.

ENCIK HARRISON JUB

ENCIK MARK CHUA

ENCIK LATIFI BAKHRA

SESI MEMOTONG KEK SEMPENA ULANGTAHUN ULTRON YANG KE TIGA





Pada majlis sama, para tetamu turut menyaksikan penyampaian anugerah Superbrands serta kejayaan penghasilan 2 juta pakaian sukan yang tekah disempurnakan oleh Pengarah Jenama Superbrands Malaysia, Encik Latifi Bakhra. Majlis turut melancarkan baju khas untuk Petaling Jaya Half Marathon 2018 kepada penganjur Puncak Ventures SRA.

PENYAMPAIAN ANUGERAH SUPERBRANDS

PENYERAHAN BAJU RASMI LARIAN PJ HALF MARATHON 2018





Antara tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa ini adalah wakil Malaysia Book Of Record, Pertubuhan Atlit Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pertubuhan Usahawan Digital Selangor, beberapa ahli kelab larian terkemuka di Malaysia. Majlis turut dimeriahkan dengan kerjasama rakan penaja seperti MOMA Water, Vitahealth, Watsons, Perskindol, BH Fitness dan Ego Pharmacy.

 











Untuk pengetahuan anda semua, pada tahun 2018 pihak Ulltron bakal menaja 8 acara sukan terbesar di Malaysia termasuk acara larian MBSA. Anda boleh layari http://ultron.co/ atau laman media sosial rasmi Ultron Malaysia untuk maklumat lanjut.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ULTRONMY #ULTRONKL #ULTRONAPAC #CHANGETHEGAME

0 Comments