SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE PAKAR PEMULIHAN MASALAH KAKI

4:13 pm REEF OMAR 1 Comments


Sebut rehabilitasi pasti ramai yang terpinga akan maksudnya. Sebenarnya bahasa mudahnya bermaksud pemulihan. Menyentuh soal kaki, saya percaya ramai sana tidak begitu ambil serius akan penjagaan kesihatan kaki. Paling mudah kita dengar kalau sakit kaki adalah dengan hanya ke pusat urutan. Sebenarnya untuk pengetahuan anda, kaki yang tidak dipelihara dengan baik boleh mengundang kepada masalah sakit tulang belakang, sakit tumit, sakit lutut, sakit pinggang dan ketidakseimbangan badan. Mengurut kaki hanya sekadar memberi kelegaan pada kaki bersifat sementara sahaja.

Bukan itu sahaja. Jika pembentukan kaki tidak dipelihara sejak kecil, ia boleh menyebabkan kepada beberapa isu besar seperti Toe In Gait, Heel Vagus dan Knock Knee.

Selain itu, jenis tapak kaki juga memainkan peranan kepada isu kesihatan pinggang dan tulang belakang. Terdapat beberapa jenis tapak kaki iaitu NORMAL, PRONATED, FLAT, SEVERE FLAT, HIGH ARCH.






Kunjungan saya ke Sunfeet International Rehabilitation Centre yang terletak di Seksyen 19 Petaling Jaya baru-baru merubah persepsi saya tentang kaki. Saya tidak pernah menyangka sama sekali bahawa saya mempunyai masalah kaki. Saya sangkakan tapak kaki saya adalah jenis Normal namun setelah melakukan analisis kaki secara PERCUMA menerusi imbasan tapak kaki 3D di Sunfeet, saya cukup terkejut yang keputusan imbasan menunjukkan tapak kaki adalah jenis Low Arch. Jenis Low Arch ini jika tidak dirawat dan dijaga boleh membawa kepada Flat Feet. Flat Feet boleh menyebabkan kepada ketidaksetabilan badan dan tapak kaki tidak berupaya menyokong bebanan badan dengan baik dan akhirnya membawa kepada masalah sakit tulang belakang dan pinggang.

















Sedikit informasi tentang Sunfeet International Rehabilitation Centre dan Dato’ Dr Edmund Lee. Pusat Rehabilitasi Sunfeet telah diasaskan oleh Mr Lee Joo Wee bagi memenuhi hasrat mendiang ayahnya, Mr. Lee Yen yang menginginkan sebuah pusat pemulihan orthotic dan prosthetic bagi membantu ramai pesakit yang mempunyai isu musculoskeletal dan kecacatan fizikal. Pusat ini telah melalui fasa selama 3 generasi keluarga sejak tahun 1978. Kini ia telah diuruskan oleh Dato’ Dr. Edmund Lee, seorang pakar Orthotik dan juga merupakan pengasas jenama MyORTHO iaitu sebuah jenama penjagaan kaki yang telah wujud sejak tahun 2010. Malah Dato’ Dr. Edmund telah berjaya merawat lebih 30 ribu pasang kaki di Malaysia.




Menurut Dato' Dr. Edmund Lee, tapak kaki memberi peranan penting kepada postur badan manusia. Ini kerana jika anda mempunyai tapak kaki seperti Flat dan Severe Flat iaitu tapak kaki yang rata, badan tidak mampu menyokong bebanan badan dengan baik. Ini boleh menyebabkan masalah sakit tulang belakang dan pinggang. Sebab itu pekerjaan seperti askar dan pramugari tidak boleh memiliki tapak kaki jenis ini kerana kerjaya ini memerlukan kita berdiri lama dan mempunyai kestabilan badan yang baik.

Walaupun hakikatnya masalah tapak kaki yang tidak normal tidak boleh diperbaiki apabila sudah dewasa, namun ia boleh dicegah dari terus parah dengan penggunaan insole atau lapik dalaman kasut yang betul. Sunfeet International Rehabilitation Centre adalah penyelesaian kepada pencarian insole yang betul untuk kaki anda agar ia bukan sahaja dapat menyokong kestabilan badan, malah menyerap tekanan yang diberikan badan kepada kaki kita. Anda boleh mendapatkan insole samada yang sedia dijual atau secara custom made disini. Terdapat perbezaan insole yang dijual di pasaran dengan yang terdapat di Sunfeet ini. Insole yang dijual diluar sana hanya untuk memberi keselesaan pada kaki bersifat sementara. Manakala insole yang dibuat di Sunfeet ini bukan sahaja memberi kenyamanan pada tapak kaki, ia juga membantu memperbaiki postur dan keseimbangan badan agar tidak memberi kesan kepada tulang belakang, pinggang dan lutut kita.









Anda akan melalui beberapa peringkat sebelum penghasilan CUSTOM MADE ORTHOTIC INSOLE yang sesuai dapat dibuat.

1. FOOT BIO MECHANICAL ASSESSMENT

2. FOOT ALIGNMENT CHECKING

3. FARE FOOT AND REAR FOOT CHECKING

4. 3D FOOT SCANNING

5. 3D PLASTER CASTING

6. GAIT ANALYSIS

7. OTRHOTICS FITTING

8. SUNFEET SHOE FITTING


Sekiranya anda tidak mempunyai masalah tapak kaki yang kronik, anda boleh sahaja mendapatkan kasut dan sandal yang dijual di Sunfeet International Rehab Centre ini. Ada pelbagai jenis kasut dan sandal yang bagus untuk kaki anda serta mempunyai pelbagai stail dan rupa bentuk. Sempena sambutan Syawal, pihak Sunfeet International Rehabilitation Centre menawarkan potongan harga sebanyak 10% bagi kasut jenama ORTHO LADY & GENT BY Schein Germany dan juga Custom Made Orthotic Insole.







Jadi apa anda tunggu lagi! Sila periksa kaki anda sebelum keadaan menjadi semakin parah. Mencegah bukanlah lebih baik daripada merawat. Layari www.sunfeet.com.my atau laman media sosial rasmi Sunfeet (Instagram dan Facebook) bagi mendapatkan informasi lanjut. 






LOKASI SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE 

BLOK C, 18 JALAN 19/1, 
SEKSYEN 19, 
46300 PETALING JAYA, 
SELANGOR 


WAKTU OPERASI 
10 PAGI – 7 MALAM 


TELEFON: 
013-5283939 
013-9122939 


LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SUNFEETMY #DREDMUNDLEE #SUNFEETINTERNATIONAL


1 comment:

  1. Wow~ semoga lebih ramai org ambil peduli pasal kaki. Kesihatan kaki selalu org ambil mudah padahal kaki tu penting!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.