MENANGI PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI SYDNEY SEMPENA DISCOVERY AUSTRALIA – A TASTE OF AUSTRALIA ANJURAN THE FEDERAL KUALA LUMPUR

July 19, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Australia. Kembara ke negara di benua Oceania/Australasia yang satu ini adalah antara momen terindah dalam hidup saya. Sejak menjejakkan kaki buat pertama kali di tahun 2014 di bumi Melbourne dan Sydney, saya ibarat jatuh cinta pandang pertama kepada bumi Kangaroo ini (KLIK SINI).

Tahun berikutnya saya sekali lagi bersama ahli keluarga meneroka bumi Perth yang penuh pesona. Negara yang dikelilingi oleh Lautan Hindi dan Lautan Pasifik ini sememangnya mempunyai pelbagai daya tarikan tersendiri. Dari keindahan Great Ocean Road, kemegahan Sydney Opera House, panorama di Blue Mountain, keenakkan dan kesegaran Fish and Chips di Kailis’ Fremantle menjadikan Australia is a MUST VISIT dalam kalendar kembara anda.

Bicara soal makanan, Australia sememangnya kaya dengan hasil hidupan laut yang segar. Ini kerana faktor geografinya yang dikelilingi oleh lautan menjadikan sumber hidupan laut mudah diperolehi. Selain itu, Australia juga cukup terkenal dengan penternakan biri-biri serta lembu kerana faktor cuaca empat musim.

Saya cukup teruja apabila hotel terkemuka The Federal Kuala Lumpur menjadikan sajian Australia sebagai promosi kemuncak sepanjang Julai bertempat di Kontiki Restaurant dan Bintang Lounge & Restaurant. Saya sempat menghadirkan diri ke pelancaran rasmi promosi DISCOVER AUSTRALIA – A TASTE OF AUSTRALIA baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, H.E Mr Andrew Goledzinowski dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab.







Bermula daripada 13 – 29 Julai 2018, pihak The Federal Kuala Lumpur menjalin kerjasama dengan The Grace Hotel Sydney membawakan kepada anda seleksi hidangan lazat dari negara Australia. Promosi ini juga turut mendapat sokongan daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia, AUSTRADE, Tourism Australia, Meat & Livestock Australia (MLA), Hotel Capitol Kuala Lumpur, Australia Unlimited dan Citibank. 











Anda akan terpukau dengan keenakkan dan kelazatan masakan Australia dari air tangan chef yang didatangkan khas dari The Grace Hotel Sydney, Chef Darren Ho yang telah memenangi pelbagai anugerah dalam lapangannya bersama-sama Chef Tang Hou Chin yang merupakan ahli The Australian Culinary National Team. Mereka turut dibantu oleh chef terkemuka daripada The Federal Kuala Lumpur sendiri iaitu Chef Law Weng Seng, Chef Tan Kok Siong dan Chef Abdul Latif Mohamad Noor.








Bagi promosi menu Australia di Kontiki Restaurant, anda akan disajikan dengan bufet menarik yang menghidangkan Sizzling Great Australian BBQ. Sememang barbeku cara Australia satu tradisi yang dibanggakan oleh warga lokal. Antara yang ditonjolkan adalah RACK OF LAMB MARINATED WITH ROSEMARY & GARLIC, SHORT BEEF RIB WITH SMOKEY BBQ LACQUER, RUMP STEAK WITH DEVILLED ONIONS, GOURMET SAUSAGES WITH TOMATO & CHILLI JAM, CHICKEN KEBABS WITH LEMONGRASS, ROASTED BEEF ROOT dan banyak lagi. Jangan ketinggalan merasai kemanisan pencuci mulut seperti Pavlova yang cukup terkenal di bumi Australia ini.

























Sementara promosi yang berlangsung di restoran berputar pertama di Malaysia, Bintang Lounge & Restaurant menawarkan set makan malam gaya mewah sambil menikmati panorama kotaraya dari aras 18. Pihak The Federal Kuala Lumpur menampilkan konsep East Meets West untuk set hidangan di sini.

PEMBUKA SELERA (PILIH SATU) 

AMUSE BOUCHE 

CARAMELISED SEA SCALLOPS 

DE-BONED QUAIL 

VIALONE NANO RISOTTO 

KING PRAWNS 

HIDANGAN UTAMA (PILIH SATU) 

CHAR GRILLED FILLET OF BEEF WITH KETCHUP ‘LEATHER’ ROASTED ESCHALLOT JAM, JUS ON PARIS MASH POTATOES & BROAD BEANS 

PAVE OF SALMON FILLET POACHED IN EXTRA VIRGIN OLIVE OIL WITH A BASIL & MACADAMIA PESTO CRUST SERVED ON A POTATO & CHIVE DUMPLING 

BALLONTINE OF CHICKEN FILLED WITH BLACK WOOD FUNGUS, CORIANDER & PINE NUTS SERVED ON BASMATI RICE, SEASONAL CHOY IN EXTRA VIRGIN OLIVE OIL, LEMONGRASS, GINGER AND GARLIC RELISH 

HANDMADE PAPPARDELLE PASTA WITH WILTED ENGLISH SPINACH, SHAVED FENNEL, KALAMATTA OLIVES IN ROASTED TOMATO SAUCE GARNISHED WITH TORN BASIL LEAVES AND SHAVINGS OF GRANA PADANO PARMESAN 

PENCUCI MULUT 

CARAMELISED LEMON TART WITH COCONUT SORBET 

YING & YANG OF CHOCOLATE 

BUTTERMILK & VANILLA BEAN PANNA COTTA WITH STRAWBERRY & ORANGE SALAD PERFUMED WITH JASMINE 

Melihat kepada senarai menu yang ditawarkan sempena DISCOVER AUSTRALIA – A TASTE OF AUSTRALIA di The Federal Kuala Lumpur cukup mengujakan saya. Tidak perlu kembara jauh sekadar untuk merasai masakan Australia kerana promosi ini menghidangkan seleksi masakan asli dari sana. Jadi apa ditunggu lagi! Nikmati promosi hebat ini kerana ia hanya berlangsung sepanjang bulan Julai sahaja. Anda turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi kempen DINE & WIN termasuk penginapan 3 Hari 2 Malam berserta sarapan pagi untuk dua orang di The Grace Hotel Sydney. Layari http://www.fhihotels.com/federal atau laman media sosial rasmi The Federal KL untuk maklumat lanjut. 


KONTIKI RESTAURANT (ARAS MEZANIN

SETIAP JUMAAT, SABTU DAN AHAD SEPANJANG JULAI 2018 

WAKTU: 
6 PETANG HINGGA 10.30 MALAM 

HARGA:
RM 148 NET (DEWASA) 

RM 55 NET (KANAK-KANAK) 

RM 74 (WARGA EMAS) 


REVOLVING BINTANG LOUNGE & RESTAURANT (ARAS 18) 

AUSTRALIAN GOURMET 3 COURSE SET DINNER 

WAKTU: 
5 PETANG HINGGA 12 TENGAH MALAM 

HARGA: 
RM 118 NET 

*DISKAUN 30% BAGI AHLI GRACIOUS REWARDS & FHI PRIVILEGE CLUB DAN 20% BAGI PEMEGANG KAD CITIBANK (TERPAKAI UNTUK HARGA DEWASA SAHAJA DAN TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT).

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEFEDERALKL #DISCOVERAUSTRALIA #AUSTRALIANCUISINE

0 comments:

Powered by Blogger.