KINI ANDA BOLEH BELI BARANGAN DI MR. D.I.Y SECARA DALAM TALIAN!


Saya percaya rakyat Malaysia cukup kenal akan nama MR. D.I.Y. Boleh saya katakan hampir semua produk pelbagai kegunaan ada dijual di sini. Setiap kedai MR. D.I.Y mempunyai lebih daripada 2 ribu jenis produk yang terdiri daripada barangan perkakas rumah, barangan elektrik, aksesori kereta, perkakas untuk berkebun dan bertukang, sehingga ke mainan kanak-kanak ada dijual di MR. D.I.Y. Ia terkenal kerana penawaran harga yang cukup murah berbanding dengan harga yang dijual di pasaraya sesuai dengan slogannya ALWAYS LOW PRICES. Pada awalnya saya agak ragu-ragu akan kualiti produk yang dijual di sini kerana semua sedia maklum bahawa produk murah sering dikaitkan dengan kualiti rendah. Namun MR. D.I.Y berjaya menepis persepsi ini kerana ternyata kualiti barangan yang dijual menepati piawaian dan kepuasan pengguna.

Sejajar dengan era e-dagang, pihak MR. D.I.Y tidak mahu melepaskan peluang untuk menggunapakai saluran teknologi dengan melancarkan laman portal jualan MR. D.I.Y secara dalam talian. Walaupun jenama peruncit khusus untuk perkakasan terbesar di Malaysia serta mempunyai lebih 550 kedai di seluruh Asia Pasifik, pihak MR. D.I.Y optimis medium pembelian secara dalam talian dapat mencapai rangkaian pelanggan secara lebih meluas selain berkongsi matlamat dan visi jenama ini untuk masa depan.








Sejujurnya, ramai pengguna di luar sana sudah mulai selesa dengan pembelian dalam talian kerana kaedah ini dapat menjimatkan masa serta wang. Anda tidak perlu bersesak, menghadap kesesakan lalulintas, mencari parkir hanya untuk membeli sesuatu barangan kerana kaedah pembelian dalam talian memudahkan urusan harian anda.

Pada pelancaran laman e-dagang MR. D.I.Y di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini, pihak MR. D.I.Y turut menerangkan beberapa keistimewaan membeli barangan menerusi laman dalam talian MR. D.I.Y iaitu PENGHANTARAN PERCUMA, MR. D.I.Y EXPRESS, COLLECT @ MR. D.I.Y dan JAMINAN MR. D.I.Y. Pada majlis sama, pihak MR. D.I.Y turut memperkenalkan Adibah Noor sebagai duta rasmi MR. D.I.Y untuk tahun kedua.

ENCIK ANDY CHIN, KETUA PEMASARAN MR. DIY TRADING SDN. BHD.

ADIBAH NOOR BERSAMA PENGACARA MAJLIS

SELEBRITI MEDIA SOSIAL TURUT HADIR MEMERIAHKAN ACARA





Pelanggan di Semenanjung Malaysia dapat menikmati PENGHANTARAN PERCUMA ke rumah tanpa kuantiti minumun untuk pesanan belian di bawah 5KG. Jika anda mahupun pesanan anda segera, hanya tambah sedikit bayaran dan MR. D.I.Y EXPRESS akan menghantar produk anda dalam masa 24 jam. Selain itu, jika pelanggan membeli secara dalam talian namun ingin mengambil sendiri produk yang dibeli, anda boleh COLLECT @ MR. D.I.Y di mana-mana kedai daripada 25 buah kedai terpilih di Lembah Klang. Jangan risau jika produk yang dibeli mempunyai masalah kerana menerusi JAMINAN MR. D.I.Y akan diberi masa 7 hari untuk menukar produk baru atau wang anda dikembalikan tertakluk kepada terma dan syarat.










Sebagai penghargaan dan pengenalan kepada portal jualan dalam talian MR. D.I.Y, bermula dari Jun sehingga Ogos 2018 setiap pelanggan yang membeli di www.mrdiy.com.my akan menikmati penjimatan RM 5 untuk pembelian pertama dengan pembelian minimum RM 10 (penghantaran percuma). Selain itu, setiap pembelian pada tempoh ini melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah dengan ganjaran hadiah bernilai lebih RM 68,888 berupa iPad, iPhone X, MacBook Pro. Hadiah harian berupa baucer MR. D.I.Y bernilai RM 50 turut ditawarkan kepada 4 pemenang bertuah dengan pembelian barangan terpilih.

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG BULAN JUN 2018






Sepanjang bulan Julai 2018, pihak MR. D.I.Y bekerjasama dengan syarikat P&G dengan menawarkan tawaran diskaun sehingga 35% ke atas produk ekslusif P&G untuk pembelian di kedai dan dalam talian. Bukan itu sahaja, anda boleh menikmati potongan harga sehingga 40% produk jenama MR. D.I.Y dan beberapa jenama lain seperti WD-40, Shamood Anakku, Coido, OHOYO, Pritech, Staedler, GAP, IVON dan Eveready. Jom membeli belah di MR. D.I.Y kerana ALWAYS LOW PRICES! Habislah… MR. D.I.Y Boleh Beli Online!



LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BELIONLINEMRDIY #MRDIY #ALWAYSLOWPRICES

0 Comments