AKSI MAGIS SUPERHUMANZ SECARA LANGSUNG MEMUKAU 250 KANAK-KANAK DI KUALA LUMPUR


Seramai 250 kanak-kanak dari pelbagai rumah kebajikan terhibur melihat aksi dan persembahan yang mengujakan dari Superhumanz Live di Kuala Lumpur baru-baru ini. Superhumanz Live menampilkan beberapa ahli silap mata terkemuka di dunia yang pernah meraih pelbagai anugerah serta pernah muncul sebagai peserta separuh akhir di Britain’s Got Talent, America’s Got Talent dan pemegang Guinness World Record. Gabungan mereka menjadikan persembahan yang padat dengan aksi silap mata yang mengagumkan di samping selingan aksi komedi yang menghiburkan. Sebanyak 4 persembahan telah diadakan di The Gardens Theatre and Dance Studio, Mid Valley City pada 27 Julai 2018 hingga 28 Julai 2018 dengan kesemua tiket habis dijual.







Persembahan ini diadakan bertujuan memberi satu pengalaman luar biasa kepada penonton melalui gabungan persembahan silap mata dengan aksi yang mempesonakan secara langsung di depan mata. Selain itu, ia juga bertindak mempromosikan silap mata sebagai alat kepada kanak-kanak untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran baru.












David Lai selaku penerbit dan penganjur menyatakan persembahan ini bertujuan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengejar impian mereka. Tambah David Lai, beliau mengambil masa hampir 4 tahun mempersiapkan diri serta menjayakan persembahan bertaraf dunia ini kepada penonton.

Sesi khas turut diadakan bersama lebih 250 kanak-kanak dari pelbagai rumah kebajikan seperti Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Bodhi Homecare Centre, Padmasambhava Children Living Association Klang Selangor, House of Joy, Persatuan Kebajikan Damai Cempaka KL, Sweet Care Home, Makarios Home, PKYMS Welfare Home dan Rumah Charis. Lebih istimewa, persembahan turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa ahli silap mata dari Korea Selatan, Hu Yo Jin yang merupakan Johan Dunia pada 2012 Blackpool XXV World Championship.

Sebagai informasi, Superhumanz Live menampilkan 4 ahli silap mata bertaraf dunia iaitu Aaron Crow (The Mentalist), Demian Aditya (The Illusionist), Jeffrey Tam (The Jester) dan Mark & Pinky (The Chameleons). Ini merupakan antara gabungan terungul ahli silap mata dunia yang pastinya menjanjikan sebuah persembahan hebat dan terkini kepada penonton secara langsung.

DARI KIRI: Jeffrey Tam, Aaron Crow, Yu Ho Jin, Demian Aditya, Pinky AND Mark

DAVID LAI (BAWAH 3 DARI KIRI) BERSAMA TEAM SUPERHUMANZ

AKTOR DAN PELAWAK TERKENAL HARITH ISKANDER TURUT HADIR






Melihat kepada sambutan penonton, pasti menyemarakkan lagi semangat Superhumanz kerana selepas Kuala Lumpur, Superhumanz akan meneruskan penjelajahan ke Budapest, Kaherah dan paling hampir di Nusa Indah Theater, Jakarta pada 11 Ogos 2018.. Dengan menjanjikan pelbagai aksi silap mata di luar minda, penonton pasti akan ternanti-nanti aksi seterusnya dari Superhumanz.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.superhumanz.online .

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SUPERHUMANZ #SUPERHUMANZLIVE

0 Comments