GOOBNE, NO. 1 OVEN ROASTED CHICKEN IN KOREA KINI DIBUKA DI MALAYSIA

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA

Anneyong Haseyo! Saya pasti ramai diluar sana suka makanan Korea. Masakan tidak! Restoran dan kafe yang menyajikan menu dari Korea Selatan ini tumbuh bak cendawan bukan sahaja di ibu kota, malah di serata Malaysia. Terbaru, satu lagi restoran rantaian terkenal di Korea Selatan dibuka di Malaysia iaitu Goobne. Goobne yang mempunyai lebih 1000 cawangan di seluruh Korea Selatan serta diperingkat antarabangsa ini cukup terkenal dengan kaedah memanggang ayam menggunakan ketuhar. Ini yang menjadikan Goobne cukup istimewa. Malah kejayaan merangkul pelbagai anugerah selayaknya ia digelar KOREA's NO. 1 OVEN ROASTED CHICKEN.

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA





Sebagai informasi, Goobne mula menapak dalam bisnes sejak tahun 2005 dengan pembukaan premis pertama di bandar Gimpo. Kini pihak Goobne telah mempunyai lebih 1000 cawangan di Korea Selatan serta mempunyai cawangan di peringkat global seperti di Hong Kong, China, Macau dan Jepun. Atas dasar perkembangan positif kepada jenama ini, pihak Goobne kini melebarkan sayapnya di Malaysia dengan pembukaan rasmi cawangan pertama di pusat membeli belah MyTOWN Cheras.

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA





Goobne atau Goobda dalam bahasa Korea merujuk kepada panggang. Sesuai dengan namanya, ayam yang disediakan di Goobne dipanggang dalam ketuhar pada suhu 195 darjah Celsius selama 13 minit tanpa menggunakan setitik minyak. Ini bagi mengekalkan rasa asli isi ayam tersebut. Malah kaedah ini dapat menghasilkan ayam yang rangup diluar dan isi ayam yang lembut. Ingin saya jelaskan disini bahawa ayam yang disajikan di Goobne tidak digoreng tetapi ia dipanggang. Jadi anda akan dapat menikmati menu ayam yang lebih sihat tanpa minyak, kurang kalori, kolesterol, sodium dan trans-lemak. Sebagai tambahan, ayam di Goobne juga bebas hormon.

Terdapat variasi menu yang boleh dicuba jika anda berkunjung ke cawangan Goobne Malaysia. Dari ayam, ramen, pencuci mulut serta seleksi minuman yang cukup menarik. Jika anda penggemar ayam, beberapa seleksi seperti GOOBNE VOLCANO CHICKEN, PEPPER CRISPY CHICKEN, FRUITY SOY GARLIC CHICKEN, GOOBNE DIP CHEESE CHICKEN dan ORIGINAL CHICKEN.

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA

Setiap ayam mempunyai rasa berbeza. Jika anda sukakan pedas menyengat, Goobne Volcano Chicken pilihan terbaik anda. Jika anda sukakan tahap kepedasan biasa, Pepper Crispy Chicken sesuai untuk anda. Kegemaran saya adalah Goobne Dip Cheese Chicken kerana rasa keju yang tidak terlalu berat serta kerangupan ayamnya. Rasai juga ayam panggang dengan salutan sos soya bawang putih, Fruity Soy Garlic Chicken. Lebih menggemari rasa asli, Original Chicken pilihan untuk anda nikmati. Anda boleh memesan sama ada mahukan whole chicken, half chicken, 8 ketul mahupun 14 ketul bahagian sayap ayam.

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
ORIGINAL CHICKEN

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
DIP CHEESE CHICKEN

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
PEPPER CRISPY CHICKEN

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
FRUITY SOY GARLIC CHICKEN

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
VOLCANO CHICKEN





Selain itu, jika anda penggemar keju, apa kata anda cuba GOOBNE CHEESE FONDUE CHICKEN. Ayam yang dipanggang dimakan bersama salutan keju yang dimasak secara langsung di atas meja. Saya mahupun sajian yang bersup boleh mencuba JJAMPPONG SEAFOOD yang lengkap dengan ayam dan hidupan laut segar.

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
CHEESE FONDUE CHICKEN

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
NIKMAT KEJU DAN AYAM YANG DISALUT

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
JJAMPPONG SEAFOOD

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
MERIAH DENGAN ISI

Antara kegemaran saya di Goobne Malaysia adalah menu VOLCANO CHEESE TTEOK-BOKKI iaitu kek beras Korea, mee samyang dengan sos Volcano pedas dimasak bersama dengan kek ikan, ramen, telur rebus bersama keju.

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
VOLCANO CHEESE TTEOK-BOKKI

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
LAZAT!

Sukakan ikan dan telur, menu FLYING FISH CHEESE EGG ROLL iaitu telur omelette yang digulung bersama inti sayuran segar, keju dan isi ikan. Jika tekak mahupun nasi, CHICKEN FRIED RICE WITH VOLCANO SAUCE pilihan untuk anda nikmati. Nagi goreng bersama sos volcano dan digaul bersama telur yang dimasak di atas pot panas.

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
FLYING FISH CHEESE EGG ROLL

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
CHICKEN FRIED RICE WITH VOLCANO SAUCE

Tidak lengkap sajian anda tanpa memesan minuman. Pilihan saya adalah Goobne Non-Alcohol RITA SHARK BLOOD. Air berperisa dan berwarna biru laut dihias bersama patung ikan jerung. Jika anda mengangkat ikan jerung tersebut, jangan terperanjat apabila melihat titisan seperti darah. Ia hanyalah cecair perasa rasberi.

KOREAN FOOD, GOOBNE MALAYSIA
RITA - SHARK BLOOD (NON-ALCOHOL)





Jika anda mahupun pengalaman menikmati masakan Korea yang sihat dan enak, Goobne Malaysia adalah pilihan tepat untuk anda bersama teman dan seisi keluarga. Jom nikmati hidangan di Goobne Malaysia kerana Goobne is always H.O.T (HEALTHY, ORIGINAL, TRENDY).

LOKASI GOOBNE MALAYSIA
Lot L3-043A, Level 3,
MyTOWN Shopping Centre,
Cheras, Maluri,
55100 Kuala Lumpur 
(SEBELAH GSC)

-

WAKTU OPERASI:
ISNIN- AHAD (10 PAGI – 10 MALAM)

-

LAMAN WEB RASMI

-

LAMAN FACEBOOK RASMI

-

LAMAN INSTAGRAM RASMI



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #GOOBNE #GOOBNEMALAYSIA #GOOBNEISNOTFRIEDCHICKEN

1 Comments