PRODUK MANDIAN ASIANIC KIDS HEAD TO TOE WASH SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA

August 08, 2018 REEF OMAR 0 Comments

PRODUK MANDIAN, ASIANIC, ASIANIC HALAL,

Penjagaan kesihatan kanak-kanak bermula dari rumah. Ini merangkumi penggunaan produk penjagaan diri khusus untuk golongan cilik ini. Pemilihan produk yang betul amat penting disebabkan kanak-kanak mempunyai keupayaan daya tahan badan yang rendah berbanding dewasa. Penggunaan produk mandian yang sesuai dengan kulit kanak-kanak harus dititiberatkan kerana kondisi kulit mereka yang sensitif dan mudah mendapat penyakit.

Bertitik tolak dari itu, jenama Asianic telah melancarkan produk mandian khas untuk kanak-kanak serta kegunaan seisi keluarga. Produk Asianic Kids Head To Toe Wash merupakan produk yang bukan sahaja sesuai untuk pencucian badan, malah ia juga mesra digunakan pada rambut.

Dilema bagi ibu bapa masakini adalah mendapatkan produk mandian yang sesuai untuk kanak-kanak kerana kebanyakan produk dipasaran mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Namun apa yang menariknya tentang produk mandian Asianic Kids Head To Toe Wash ini adalah ia bebas paraben dan SLES (Sodium laureth sulphate).

PRODUK MANDIAN, ASIANIC, ASIANIC HALAL,






Sebagai informasi, Sodium laureth sulfate (SLES) dan sodium lauryl sulfate (SLS) adalah dua bahan kimia yang sering diginakan dalam pembuatan bahan cucian seperti sabun, syampu, pencuci pakaian. Bahan yang membantu proses pencucian ini dipanggil surfactant. Apabila ia bertindakbalas dengan air, ia akan menghasilkan buih untuk proses pencucian. Walaupun ia diakui selamat, namun penggunaan yang panjang mampu mengundang kepada masalah kerengsaan kulit.

Paraben pula merujuk kepada bahan kimia yang sering digunakan sebagai bahan pengawet terutamanya dalam produk rawatan dan penjagaan kulit. Ia juga berfungsi mencegah pertumbuhan bakteria dan kulat. Paraben adalah asid benzoik sintetik. Kebiasaannya pada label botol ia menggunakan nama Ethylparaben, butylparaben, Methylparaben, propylparaben, bahan-bahan lain yang berakhir dengan – paraben. Penggunaan paraben dalam produk tertentu adalah bagi menghasilkan cecair yang lebih likat seperti syampu dan losyen.

Kenapa paraben ini berbahaya? Struktur molekul paraben mudah diserap oleh kulit, darah dan sistem percernaan. ni kerana mampu mengganggu fungsi hormon dalam badan dan menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara serta peranakan wanita.

PRODUK MANDIAN, ASIANIC, ASIANIC HALAL,

PRODUK MANDIAN, ASIANIC, ASIANIC HALAL,





Produk mandian Asianic Kids Head to Toe Wash ini turut diperkaya dengan ekstrak lidah buaya dan Vitamin E yang mampu melembapkan kulit dan merapikan rambut. Formulasi daripada haruman buah-buahan dapat memberi kesegaran selepas mandi.

Produk Asianic Kids Head to Toe Wash ini didatangkan dengan 4 pilihan iaitu MILK, PEACH, BERRIES DAN FRUITY CANDY. Label pada botol produk mandian Asianic Kids ini cukup menarik dengan rekaan kartun dan warna khas bagi menarik perhatian kanak-kanak. Jadi mereka dapat menikmati mandian dengan penuh keriangan. Produk ini juga sesuai digunakan seisi keluarga.

PRODUK MANDIAN, ASIANIC, ASIANIC HALAL,
SERONOKNYA RAIHANAH!

PRODUK MANDIAN, ASIANIC, ASIANIC HALAL,
AMBOI ADAM DAN UMAIRAH!





Produk Asianic Kids Head To Toe Wash ini didatangkan dengan botol berisipadu 750ml dan boleh didapati di seluru pasaraya dan pasaraya besar seluruh negara dengan harga RM16.90 sebotol. Produk Asianic yang dijamin halal ini juga boleh dibeli dalam talian menerusi laman sesawang www.wonderlandprimary.com , laman Facebook rasmi Asianic Halal dan juga di premis KK Mart seluruh negara. Pihak Asianic Kids juga merancang untuk mengeluarkan produk mandian Asianic Kids dalam bentuk pek kembara dalam masa terdekat.

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #ASIANIC #ASIANICHALAL

0 comments:

Powered by Blogger.