WANG TUNAI BERJUMLAH LEBIH RM10 RIBU MENANTI PESERTA AKHIR SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018

SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018, MBPJ, PEMADAM SELANGOR,

Bulan Ogos merupakan bulan yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Bulan yang menyatukan ukhwah dan menjalinkan semangat jati diri dan sayangi negara tercinta. Bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 61 tahun ini, kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangir akan menganjurkan SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018 (SNPS 2018).

Menariknya, pertandingan nyanyian lagu-lagu bertemakan semangat patriotik ini dianjurkan untuk tahun kedua berturut-turut. Pastinya, selain menyediakan platform kepada bakat-bakat baru, matlamat utama penganjuran SNPS 2018 ini adalah untuk menggalakkan masyarakat khususnya golongan belia untuk berkongsi rasa semangat cintakan negara menerusi nyanyian. Selain itu, dengan wujudnya aktiviti sebegini dapat memberi peluang dan ruang kepada masyarakat untuk mengisi masa dengan program yang berfaedah.

Pelancaran program Sayembara Nyanyian patriotik Selango 2018 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Azizi bin Mohd Zain selaku Datuk Bandar Majlis Perbandaran Petaling Jaya baru-baru ini. Kata beliau, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang memegang mandat sebagai tuan rumah Sayembara Nyanyian Patriotik 2018 bertepatan dengan matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan bandar Petaling Jaya sebagai salah satu Kota Seni di Selangor Darul Ehsan.

SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018, MBPJ, PEMADAM SELANGOR,
YBHG. DATO' MOHD AZIZI BIN MOHD ZAIN, DATUK BANDAR MBPJ

SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018, MBPJ, PEMADAM SELANGOR,
ENCIK SYAHRIZAL ISMAIL WAKIL ATLAS ONE EVENTS

SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018, MBPJ, PEMADAM SELANGOR,
SIDANG Q & A

SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018, MBPJ, PEMADAM SELANGOR,
DARI KIRI: SARAH ISMAIL, AZHARINA, ABANG GEE, JOJIE, DYLEA DAN KORIE.





Tiga kategori dipertandingkan untuk tahun ini iaitu KATEGORI BAWAH 12 TAHUN, KATEGORI BAWAH 18 TAHUN DAN KATEGORI 19 TAHUN KE ATAS. Peserta dalam setiap kategori boleh memilih sama ada ingin bertanding secara solo, duet atau berkumpulan. Setiap peserta wajib memilih lagu yang telah disenaraikan oleh pihak penganjur. Penyertaan adalah PERCUMA dan pendaftaran harus dibuat selewatnya pada 12 Ogos 2018. Borang penyertaan boleh didapati secara dalam talian menerusi laman Facebook rasmi MBPJ atau laman Facebook rasmi PEMADAM atau KLIK SINI.

  SENARAI LAGU PILIHAN:

1. WARNA-WARNA MALAYSIAKU – DATO’ SERI SITI NURHALIZA

2. STANDING IN THE EYES OF THE WORLD – ELLA

3. ANAK MERDEKA – ELLA & THE BOYS

4. DIRGAHAYU TANAH AIRKU – LAGU RAKYAT

5. DIKIR PUTERI – NORANIZA IDRIS

6. ANAK MALAYSIA – ARIS ARIWATAN

7. WARISAN – DATO’ SUDIRMAN

8. HIJAU BUMI TUHAN – XPDC

9. SEJAHTERA MALAYSIA – ZURIN AZIZ & ROY

10. HIJAU – DATO’ ZAINAL ABIDIN

11. LEGENDA – DATO’ SHEILA MAJID

12. SEHATI SEJIWA – ALIF SATAR

13. GEMURUH – FAIZAL TAHIR

14. ARJUNA BETA – FYNN JAMAL

15. BAHTERA MERDEKA – AISHAH

16. ASSALAMUALAIKUM – FAIZAL TAHIR

17. GHAZAL UNTUK RABIAH – DATO’ JAMAL ABDILLAH & DATO’ M. NASIR

18. TERBANG TUNDUK – FYNN JAMAL

19. MALAYSIA – FAIZAL TAHIR

20. MENTERA SEMERAH PADI – DATO’ M.NASIR



Setiap peserta SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018 akan menjalani peringkat saringan yang akan diadakan pada 18 dan 19 Ogos 2018 (Sabtu dan Ahad) bermula 8 pagi bertempat di Pusat Rakan Muda Kompleks Arena Petaling Jaya. Empat peserta terbaik dari setiap kategori akan berentap di peringkat akhir yang dijadualkan pada 22 September 2018 (Sabtu) jam 8.30 malam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. Barisan juri profesional yang terlibat pada tahun ini adalah komposer dan penyanyi Korie, Jojie Aminuddin dan guru vokal Sarah Ismail.

SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018, MBPJ, PEMADAM SELANGOR,

SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018, MBPJ, PEMADAM SELANGOR,

SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018, MBPJ, PEMADAM SELANGOR,





Hadiah yang ditawarkan kepada peserta akhir cukup lumayan. Bagi kategori BAWAH 12 TAHUN, Juara (RM1000), Kedua (RM700), Ketiga, (RM400), Keempat (RM150). Bagi kategori BAWAH 18 TAHUN pula, Juara (RM1500), Kedua (RM1000), Ketiga (RM500), Keempat (RM200). Manakala bagi kategori 19 TAHUN KE ATAS, Juara (RM2500), Kedua (RM1500), Ketiga (RM700), Keempat (RM300).

SAYEMBARA NYANYIAN PATRIOTIK SELANGOR 2018, MBPJ, PEMADAM SELANGOR,





Acara akhir Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2018 ini akan diserikan dengan persembahan istimewa oleh Juara Gegar Vaganza 2016. Azharina Azhar. Majlis juga akan dimeriahkan dengan persembahan oleh penyanyi Dylea dan selebriti media sosial, Fauzi Yusoff atau mesra dengan panggilan Abang Gee. Masuk adalah PERCUMA melalui sistem bertiket. Tiket boleh didapati menerusi talian 016-6806489 atau email di bob@atlasoneevents.com .


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SAYEMBARASELANGOR2018 #SNPS2018

0 Comments