RESTORAN BAIT BANGSAR PELOPOR HIDANGAN MAKANAN LAUT DAN TIRAM SEGAR DI KUALA LUMPUR

August 01, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Bandaraya Kuala Lumpur sememangnya menjadi lubuk bagi pencinta makanan. Anda tidak perlu risau jika kelaparan kerana di bandar metropolitan ini menyajikan variasi makanan mengikut selera anda dari pagi hingga ke larut malam. Kalau bicara soal makan, menu hidupan laut merupakan antara makanan kegemaran ramai tidak kira sama ada warga lokal mahupun pelancong luar. Faktor gerografi Malaysia yang dikelilingi pantai menjadikan sumber hidupan laut mudah didapati dengan harga yang cukup berpatutan. Namun yang menjadi persoalan adalah tidak semua kedai makan menyajikan hidupan laut segar dan berkualiti. Rata-rata kedai menggunakan stok yang disejuk beku.

Antara restoran yang menjadi pilihan menu hidupan laut segar di Kuala Lumpur adalah BAIT BANGSAR. Kedai makan yang berkonsepkan restoran dan bar ini terletak di Jalan Telawi 3 dan betul-betul berhadapan dengan pusat membeli belah Bangsar Village 2. Dari luar premis ia nampak biasa sahaja, namun saat melangkah masuk ke ruang kedai, saya terpesona dengan dekorasi kedai yang cukup minimalis. Mata ini tertumpu pada lampu neon FRESH OYSTER yang tergantung di sudut kaunter bar. Saya percaya sudut ini pasti menjadi kegemaran pelanggan khususnya penggemar laman Instagram.












Tarikan utama restoran Bait Bangsar pastinya menu hidupan laut yang dijual disini. Sesuai dengan namanya yang bermaksud umpan yang sering digunakan untuk menangkap hidupan laut. Barangkali ia juga boleh diertikan sebagai ‘umpan’ kepada pencinta makanan laut segar untuk merasai sendiri seleksi menu di BAIT. Istimewanya di BAIT adalah mereka hanya menggunakan stok hidupan laut yang dibeli segar setiap hari. Restoran Bait Bangsar tidak menggunakan produk sejuk beku mahupun yang dibeli sebagai tambahan stok. Malah jika pihaknya kehabisan stok hidupan laut untuk sesuatu menu, Bait Bangsar akan memberi cadangan menu lain kepada pelanggan. Ini bagi menjamin kualiti dan kesegaran menu di Bait Bangsar dan memastikan pelanggannya mendapat menu yang betul-betul segar dan berkualiti sahaja. Selain itu, restoran Bait Bangsar juga terkenal dengan variasi menu citarasa Mediterranean, Sepanyol, Perancis dan Itali.

Sedikit informasi mengenai Bait Bangsar. Ia mula dibuka pada Disember 2012 dan idea ini timbul setelah pengasas Bait Bangsar mendapat kesukaran mendapatkan makanan berasaskan hidupan laut segar di Kuala Lumpur. Malah restoran Bait merupakan pelopor kepada restoran yang menyajikan hidupan laut segar dan menjadi bar yang PERTAMA di Kuala Lumpur yang menyajikan tiram segar.







Kunjungan saya disini juga secara tidak langsung memberi saya informasi tentang hidupan laut tiram. Chef Kumpulan Eksekutif BAIT, Chef Logan Terence Lopez berkata, tiram yang berkualiti harus di stor pada suhu 4 darjah Celsius dan ia mestilah masih dalam keadaan masih bernyawa. Saya juga baru mengetahui bahawa setiap tiram punyai saiz dan nama berbeza.

OYSTERS (Per Piece)

Tragheanna RM11 , Premium RM13, Gallagher RM20
  

CARA MAKAN TIRAM SAMA ADA DENGAN PERAHAN LEMON, PICKLE ATAU TABASCO

PERTAMA KALI PANDAI MAKAN TIRAM

Chef Logan cukup ramah dalam setiap bicara. Kata beliau, penggunaan bahan berkualiti dan segar mencipta nikmat rasa sebenar. Malah beliau tidak menggunakan banyak rempah ratus dalam setiap menu bagi mengekalkan keaslian dan kesegaran rasa pada hidupan lautnya. Walaupun kepakaran beliau dalam masakan barat, beliau cukup menyokong pembelian produk daripada peniaga pasar tempatan kerana baginya produk tempatan jauh lebih murah dan mempunyai kualiti setanding produk antarabangsa.

Saya sempat mencuba beberapa menu di Bait Bangsar dan saya harus akui bahawa menu disini memang menepati janjinya bila bicara soal keaslian dan kesegaran rasa. Personal favourite? Semua!

AUSTRALIA YABBY

PORCINI MUSHROOM SOUP RM25
Served with parmesan cheese espuma and garlic cheese stick

SQUID INK (NERO DE SEPHIA) RM49

Spaghetti cooked with Spanish pardon pepper, bocarones, cuttlefish and topped with shaved red mullet roe

SEAFOOD SOUVLAKI RM66

Grilled skewer of king prawn, octopus, barramundi fillet, roasted pepper and served with lemon saffron butter

BAIT’S FISH & CHIPS RM49

Choice of beer battered AUSTRALIAN MULLOWAY or NEW ZEALAND BLUE COD fish fillet served with flinders mix salad, sweet potato chips, remoulade dip and grilled lemon 

HONEY GLAZE ANGUS RIBS RM52

With sautéed green peas with bacon and parsnip puree with white truffle oil

(MOJITO NON ALCOHOL)





Restoran Bait Bangsar merupakan antara tempat makan yang wajib dicuba! Ia juga lokasi terbaik untuk lepak santai bersama teman terutama pada hujung minggu. Jangan lupa pada setiap Jumaat dan Sabtu terdapat persembahan langsung dari DJ khas bagi memeriahkan malam minggu anda. Good food and good company makes a great night, every night here at BAIT.


LOKASI BAIT BANGSAR 

65, JALAN TELAWI 3, 
BANGSAR BARU, 
50200 KUALA LUMPUR


TELEFON 
+603 - 22018187


WAKTU OPERASI 
4PM - LEWAT MALAM


EMAIL: 

LAMAN WEB RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 

LAMAN INSTAGRAM RASMI 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BAITKL #FOODIE

0 comments:

Powered by Blogger.