WEDDING HOMESTAY OLEH RNN CEM SDN BHD TARIKAN TERKINI BAKAL PENGANTIN


Musim orang kahwin sekarang tidak perlu tunggu masa cuti sekolah. Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja majlis kahwin disana sini. Ini pastinya memberi keseronokan kepada perunding perkahwinan dan mereka yang berkhidmat dalam bidang ini. Sudah tentu saban tahun mereka ini harus menjadi kreatif dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan khususnya bakal pengantin di luar sana. Terkini, satu lagi trend yang bakal menjadi pilihan ramai bakal pengantin pada tahun 2018/2019 iaitu Wedding Homestay.

Wedding Homestay merupakan cetusan idea RNN CEM SDN BHD dan diuruskan oleh RNN Catering & Event Management ini bekerjasama dengan beberapa pemilik rumah inapan (homestay) dengan menjadikan rumah inapan ini lokasi majlis perkahwinan. Menarik bukan! Saya sempat hadir di majlis pelancaran di salah sebuah rumah inapan (homestay) yang terpilih iaitu sebuah rumah mewah yang terletak di Twenty 7, Temasya Glenmarie Shah Alam. Idea ini timbul setelah pihak RNN Catering & Event Management mendapati bahawa ramai pengantin yang suka membuat majlis di rumah kerana lebih selesa dan mudah untuk menghimpunkan sanak saudara di bawah satu bumbung. Namun isunya adalah apabila usai majlis, keluarga pengantin terpaksa mengemas semula rumah mereka. Jadi dengan memilih konsep weddin homestay ini, mereka tidak perlu lagi bersusah payah mengemas rumah dan memeningkan kepala. Malah dengan keluasan rumah inapan yang besar dan luas, setiap pelanggannya dapat menjalankan 3 majlis utama sekaligus iaitu Akad Nikah, Malam Berinai dan Resepsi. Anda juga tidak perlu khuatir untuk mencari penginapan untuk sanak saudara kerana rumah inapan yang dipilih mempunyai bilangan bilik yang banyak. Selain itu, halaman luar rumah cukup luas dan dianggarkan boleh memuatkan 500 orang dalam satu masa.














Sebagai informasi, RNN Catering & Event Management di uruskan penuh oleh RNN CEM SDN yang beroperasi di Jalan Sentul Kuala Lumpur. Syarikat ini berpengalaman lebih 15 Tahun dalam industri katering & pengurusan majlis. Selain itu, RNN Catering & Event Management turut mengendalikan perkhidmatan katering untuk majlis kecil kecilan mahupun besar seperti akikah, seminar, keraian, dan lain lain lagi.

Konsep Wedding Homestay ini pada pengamatan saya cukup menarik kerana pihak bakal pengantin tidak perlu memenatkan diri untuk menguruskan majlis mereka kerana pihak RNN Catering & Event Management akan menyediakan kesemua keperluan daripada kerusi, meja, pelamin, hiasan bilik pengantin. Kiranya dari A hingga Z diuruskan oleh pihak RNN Catering & Event Management. Menariknya lagi, hiasan dekorasi mendapat sentuhan daripada pereka dalaman terkenal, Pak Abu.











Pakej yang ditawarkan mengikut bajet dan kehendak pelanggan. Jadi anda boleh pilih pakej yang sesuai dengan keperluan majlis anda. Harga yang ditawarkan untuk pakej adalah serendah RM12.50/seorang. Masakan anda akan disediakan oleh chef terkenal, Chef Yang Jamil.



























Apa majlis sama, turut diadakan sambutan MAJLIS RUMAH TERBUKA TERLAJAK RAYA RNN CEM SDN BHD BERSAMA CHEF YANG JAMIL dengan menerima kehadiran ramai tetamu kehormat termasuk YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Puan Seri Hajah Dayang Normala (isteri Allahyarham Tan Seri Elyas Omar, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Shah Rezza dan beberapa rakan artis veteren lain. Malah pihak penganjur turut meraikan kehadiran anak-anak yatim daripada Rumah Amal Kebajikan Persatuan Islam Peribadi Mulia Sungai Kantan, Kajang dan pelajar Akademi Tahfiz Al Abrar.














Sempena dengan kejayaan pelancaran Wedding Homestay by RNN CEM SDN BHD ini, mereka membuka tawaran kepada 10 pelanggan bertuah untuk menikmati potongan harga iaitu diskaun sehingga RM8000. Ayuh apa ditunggui lagi! Raikan Hari Bahagia anda bersama RNN Catering & Event Management sekarang!



WEDDING HOMESTAY BY RNN CEM SDN BHD 

TELEFON: 
016-873 4032 /012-325 2383 

LAMAN RASMI 

LAMAN FACEBOOK RASMI 
www.facebook.com/hotcatering2u

LAMAN INSTAGRAM RASMI 
www.instagram.com/hotcatering


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #WEDDINGHOMESTAYBYRNN #HOTCATERING #HOTCATERING16

0 Comments