SPOTIFY LANCAR CIRI BARU MUDAHKAN ARTIS, SYARIKAT RAKAMAN, PENGGIAT SENI MUZIK KONGSI KARYA TERKINI

July 25, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Spotify, peneraju penstriman muzik digital dunia mempunyai matlamat agar setiap pendengar dapat memadankan muzik yang sesuai dengan citarasa mereka. Oleh sebab itulah Spotify mempunyai sebuah pasukan yang dianggotai lebih 100 editor di seluruh dunia yang terdiri daripada pakar muzik serta duta kebudayaan yang bertanggungjawab menyebarkan khabar gembira penemuan-penemuan muzik tidak kira di mana sahaja, dari Brazil ke Jepun hinggalah ke Turki. Hari ini, Spotify ingin memperkenalkan satu lagi ciri beta yang menjadi sebahagian daripada ciri Spotify for Artists dan Spotify Analytics yang direka untuk memudahkan para artis serta label berkongsi muzik yang masih belum dilancarkan dengan pasukan editorial mereka supaya mereka dapat mencipta playlist lagu yang terbaik dan membuka peluang kepada artis untuk disenaraikan dalam salah satu playlist berkenaan.  Kiranya ciri beta Spotify yang baharu ini memudahkan artis, label serta kumpulan untuk menghantarkan karya muzik yang belum dilancarkan kepada pasukan editorial kami untuk dipertimbangkan kemasukan ke dalam playlist.

Kini, semua orang boleh mencuba ciri baharu tersebut, tidak kira sama ada anda seorang artis, label, pengurus atau ahli pasukan bagi mana-mana artis. Anda hanya perlu log masuk ke dalam akaun Spotify for Artists milik anda atau terus pergi ke Spotify Analytics jika anda berkhidmat untuk mana-mana label. Di situ, anda akan diberi pilihan untuk memilih salah satu daripada lagu-lagu yang masih belum dilancarkan untuk dipertimbangkan ke dalam playlist dan mengemukakannya kepada pasukan kami.

Adalah penting untuk anda memberikan sebanyak mungkin maklumat berkaitan lagu berkenaan kepada kami seperti genre, mood dan data-data utama lain yang dapat membantu kami untuk meletakkannya di dalam playlist yang sesuai. Data yang anda kongsi akan memantapkan lagi maklumat yang kami ada mengenai anda seperti apakah lagu-lagu lain yang didengari oleh peminat anda, apakah playlist lain yang pernah anda muncul dan sebagainya.

Para editor akan menyemak semua permohonan yang telah diserah berdasarkan kepada maklumat yang dikongsi oleh anda bagi mencari muzik yang masih belum dilancarkan untuk dipertimbangkan ke dalam playlist. Lagu dan segala maklumat tambahan mengenainya turut akan mempengaruhi cadangan peribadi Spotify. Sebagai contoh, sekiranya anda telah menyerahkan lagu dan meletakkan tag padanya tujuh hari lebih awal, lagu yang anda pilih itu akan muncul secara automatik di dalam salah satu playlist Release Radar para pengikut anda. Melalui cara itu anda kini mempunyai kuasa untuk mengawal single mana yang akan anda promosikan kepada para peminat.

Di sini, kami ingin menegaskan bahawa: tidak ada seorang pun yang boleh membayar untuk dimasukkan ke dalam mana-mana playlist editorial Spotify. Editor kami membuat pilihan lagu dengan mengutamakan citarasa para pendengar. Mereka akan membuat keputusan berdasarkan data-data berkaitan kehendak komuniti pendengar mereka.

Pengenalan ciri beta ini adalah langkah pertama. Dengan lebih daripada 75,000 artis yang dipaparkan di dalam senarai lagu editor setiap minggu, dan 150,000 lagi di dalam Discover Weekly, Spotify amat memahami tentang betapa pentingnya untuk memastikan ia dibuat dengan betul. Mereka akan terus berusaha untuk mengembangkan lagi ciri asas berkenaan berdasarkan maklum balas daripada anda, supaya para artis, label, pengurus dan rakan kongsi dapat membantu mencipta senarai lagu yang lebih baik untuk para pendengar Spotify.





#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SPOTIFY #SPOTIFYMALAYSIA

0 comments:

Powered by Blogger.