SHOPEE TAWAR PERKHIDMATAN PENGHANTARAN KEESOKAN HARI DENGAN INTEGRASI SISTEM DHL eDAGANG

ONLINE SHOPPING, PERKHIDMATAN, PORTAL DALAM TALIAN, SERVIS, SHOPEE, shopping

DHL eDagang, bahagian perniagaan eDagang syarikat logistik terkemuka dunia, Kumpulan Deutsche Post DHL (DPDHL) pada hari ini mengumumkan usahasama dengan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan untuk menawarkan servis penghantaran domestik kepada peruncit dan pembeli dalam talian Shopee di seluruh Malaysia. Tindakan ini merupakan langkah mengukuhkan lagi kerjasama erat antara DHL eDagang dan Shopee di rantau ini susulan kejayaan pengintegrasian perkhidmatan logistik e-dagang DHL di platform Shopee Thailand.

Dengan ini peruncit dalam talian Shopee Malaysia dapat memilih untuk menghantar produk mereka menerusi DHL dan membolehkan pelanggan mereka menerima barangan yang dibeli pada hari berikutnya di kebanyakan lokasi di Malaysia dan antara dua hingga tiga hari bagi destinasi-destinasi luar bandar. Para peruncit Shopee juga boleh meninggalkan bungkusan yang ingin dihantar kepada pelanggan mereka di mana-mana satu DHL ServicePoint yang terletak di lokasi-lokasi strategik di seluruh Malaysia. Selain itu, penjual yang mempunyai jumlah bungkusan yang besar boleh mendapatkan perkhidmatan pengutipan bungkusan depan pintu dari pihak DHL.

ONLINE SHOPPING, PERKHIDMATAN, PORTAL DALAM TALIAN, SERVIS, SHOPEE, shopping
Esten Mok, Head of Operations, Shopee Malaysia and Kiattichai Pitpreecha, MD DHL eCommerce SEA and Vysia Yong Vee Ysia, Head of Digital & Ecommerce – CPD, L’Oreal Malaysia






“Dalam perniagaan e-Dagang, sistem penghantaran memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pengalaman khidmat pelanggan yang menyeluruh. Pada hakikatnya, 80% pelanggan eDagang menyatakan bahawa sistem penghantaran merupakan sebahagian daripada pengalaman membeli-belah dalam talian dan 70% lagi tidak akan membeli daripada peruncit dalam talian setelah mengalami pengalaman penghantaran yang kurang positif. Kami teruja dapat berusahasama dengan Shopee di Malaysia untuk menawarkan pengalaman penghantaran yang mudah dan lancar. Sejajar dengan hasrat kami untuk menjadi syarikat logistik e-dagang pilihan utama, kami berusaha untuk memudahkan proses peruncit dalam talian membuat penghantaran dan bagi pelanggan atas talian untuk menerima pembelian mereka,” kata Kiattichai Pitpreecha, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, DHL eDagang.
“Industri e-dagang tidak mungkin wujud tanpa sistem logistik yang kukuh dan cekap kerana ia merupakan elemen penting dalam keseluruhan proses membeli-belah dalam talian. Sebagai platform yang mempunyai lebih daripada 10 juta pengguna dan pengkalan data yang semakin berkembang, kami perlu terus meningkatkan keupayaan untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, usahasama ini terjalin untuk mengukuhkan tawaran nilai kami dan kami yakin pengguna akan menikmati manfaat daripada rangkaian perkhidmatan dan ciri-ciri yang ditawarkan oleh DHL eDagang. Bersama-sama dengan DHL eDagang, kami akan meneroka lebih banyak usahasama dalam menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna,” kata Esten Mok, Ketua Operasi, Shopee. 
ONLINE SHOPPING, PERKHIDMATAN, PORTAL DALAM TALIAN, SERVIS, SHOPEE, shopping
Esten Mok, Head of Operations, Shopee Malaysia and Kiattichai Pitpreecha, MD DHL eCommerce SEA






Dengan meraih manfaat daripada kekuatan dan kepakaran Kumpulan DPDHL dalam bidang logistik, DHL eDagang akan menawarkan penghantaran domestik terbaik yang cekap termasuk penyelesaian khusus untuk industri e-dagang. Dengan perkembangan operasi lebih seribu ServicePoint oleh DHL eDagang di Malaysia dalam masa terdekat, ia mampu menawarkan pelbagai pilihan, tetapan dan kemudahan bagi industri e-dagang.

Vysia Yong Vee Ysia, Ketua Digital & eDagang - CPD, L’Oreal Malaysia yang turut hadir pada majlis pelancaran berkata, “Sebagai sebuah jenama barangan pengguna gerak pantas (FMCG) yang terkemuka, kami telah menyaksikan evolusi lanskap e-dagang yang amat pantas sejak akhir-akhir ini, dengan peningkatan jumlah pengguna yang beralih ke platform dalam talian seperti Shopee untuk membeli-belah. Kami percaya bahawa keperluan dan kecenderungan penguna amat berbeza apabila membeli-belah dalam talian kerana mereka fokus terhadap kepelbagaian pilihan, kepantasan dan kemudahan. Oleh itu, pengintegrasian sistem DHL eDagang di Shopee akan membantu kami untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna sejajar dengan usaha kami untuk meniti era digital yang lebih pesat”.
ONLINE SHOPPING, PERKHIDMATAN, PORTAL DALAM TALIAN, SERVIS, SHOPEE, shopping

ONLINE SHOPPING, PERKHIDMATAN, PORTAL DALAM TALIAN, SERVIS, SHOPEE, shopping





Sebagai permulaan pemeteraian usahasama ini, Shopee dan DHL melancarkan promosi penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM35. Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/dhllaunch .


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #SHOPEEMALAYSIA #DHL #SHOPEEXDHLMY

0 Comments