LEONARD THENG & THE CERITA, JIGGEE JON IMBAU NOSTALGIA MUZIK 80-AN MENERUSI STORIES FROM A MIXTAPE

August 15, 2018 REEF OMAR 0 Comments


Tahun 80-an meninggalkan seribu satu memori bagi mereka yang pernah merasai kehidupan pada waktu itu. Dari fesyen dengan pad di bahu hingga ke muzik dance dan disko menjadi kegilaan ramai ketika itu. Saya sendiri yang lahir pada era ini tercuit hati apabila mengenangkan kembali susuri hidup waktu itu. Drama The A-Team, AIrwolf, kebanjiran drama bersiri dari Jepun, permainan kaset adalah antara arah aliran yang tetap malar segar jika diimbas ingatan.

Bicara soal muzik 80-an, ramai ikon muzik dunia yang gemilang di era ini. Mendiang Micheal Jackson, Whitney Houstan dan George Michael, Madonna, Cyndi Lauper, Leoniel Richie, Prince, Queen, Belinda Carlisle, adalah antara nama yang memberi impak besar dalam revolusi muzik dan fesyen dunia.

Bagi menyemarakkan lagi nostalgia muzik 80-an ini, Satu persembahan muzikal yang dipanggil STORIES FROM A MIXTAPE telah diadakan di Quill Convention Centre baru-baru ini. Persembahan bercorak naratif dan muzik ini telah dijayakan oleh Leonard Theng & The Cerita bersama Jiggee Jon sebagai pencerita. Selama hampir 100 minit, penonton disajikan dengan kisah cinta seorang jejaka di era itu dengan iringan lebih 20 buah lagu terkenal 80-an.

Leonard Theng & The Cerita mungkin nama asing bagi anda. Namun hakikatnya kumpulan yang terdiri daripada Leonard Theng (vokal & gitar), James Boyle (keyboards), Sharon Chong (keyboards & vokal), Mizzie (gitar utama), Fly Halizor (Bass), Sudin (drum) ini sudah lama bertapak dalam industri. Malah setiap dari mereka seringkali menjadi orang penting dalam menjayakan pelbagai persembahan muzik oleh beberapa penyanyi terkenal Malaysia dan antarabangsa. Bagi Jiggee Jon pula,beliau cukup terkenal dalam dunia pengacaraan dan komedi. Saya terkejut dan kagum apabila mendapati 90 peratus dewan penuh dengan penonton yang hadir memberi sokongan kepada persembahan hebat ini.










Idea STORIES FROM A MIXTAPE ini bermula 2 tahun dahulu apabila kesemua ahli kumpulan mengimpikan satu persembahan muzik digabungkan bersama satu penceritaan menarik agar penonton setia menanti hujung cerita tersebut. Akhirnya ia berjaya direalisasikan oleh JW Live Productions Sdn. Bhd dengan kerjasama syarikat GREY, TicketCharge dan Quill City Mall.








Tirai persembahan dibuka dengan tayangan beberapa iklan yang pernah penghiasi siaran televisyen nasional ketika era tersebut. Jigge Jon terus muncul dengan karakternya dan memulakan penceritaan kisah cinta seawal dibangku sekolah. Perjalanan persembahan pada malam itu dibahagikan kepada 4 babak iaitu Can’t Fight This Feeling, The Power of Love, Shattered Dreams dan Nothing’s Gonna Stop Us Now. Setiap lagu diseling selikan dengan penceritaan kisah cinta berdasarkan maksud lagu tersebut. Persembahan memukau dan bertenaga oleh Leonard Theng, Sharon Chong bersama The Cerita tidak perlu dipertikaian kerana penonton yang hadir tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga ke akhir acara. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam itu adalah Hello, Power of Love, Drive, Againts All Odds, Love Shack, Electric Dream dan Rio.














Atas kejayaan kepada STORIES FROM A MIXTAPE ini, saya mengharapkan agar ia dapat diteruskan dengan mengangkat muzik dari era 90-an pula. Pasti sesuatu yang menarik bukan! Apa-apa pun, tahniah diatas penganjuran persembahan ini.
 

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #STORIESFROMAMIXTAPE #LEONARDTHENG #THECERITA #JIGGEEJON

0 comments:

Powered by Blogger.