PIZZA HUT MALAYSIA SEMARAK SAYANGI MALAYSIAKU BERSAMA BUNKFACE DAN PIZA PERCUMA


Sempena bulan kemerdekaan, rangkaian piza No. 1 Malaysia, Pizza Hut telah meraikan Malaysia secara besar-besaran menerusi majlis yang dipanggil Parti ‘Pan-triotic’ baru-baru ini. Majlis ini telah berlangsung dalam suasana meriah di pusat membeli-belah terkemuka, Sunway Velocity di mana 60 penggemar piza bertuah disajikan dengan persembahan istimewa oleh kumpulan muzik tempatan yang telah meraih pelbagai anugerah, Bunkface.

Selain mempersembahkan beberapa lagu popular, Bunkface turut menghiburkan para tetamu dengan lagu terbaru mereka berjudul “Kita Punya Malaysia” bagi memeriahkan lagi suasana dan berkongsi minat terhadap muzik serta rasa cinta pada Malaysia. “Kita Punya Malaysia” yang direka khas sebagai lagu tema sambutan kemerdekaan tahun ini juga telah dinyanyikan oleh Bunkface pada sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 31 Ogos yang lalu.

Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata: “Satu perkara yang boleh dipersetujui oleh setiap rakyat Malaysia adalah rasa cinta mereka terhadap Malaysia. Dan cara yang paling baik bagi penggemar piza untuk meraikan kedua-dua rasa cinta mereka terhadap negara dan piza secara sekaligus adalah melalui parti ‘Pan-triotic’ piza yang dimeriahkan lagi dengan kunjungan istimewa oleh kumpulan Bunkface, artis tempatan di sebalik lagu tema Hari Kemerdekaan tahun ini.”

“Bunkface merupakan pilihan yang tepat, lebih-lebih lagi dengan lagu baru mereka yang sarat dengan mesej positif yang disampaikan kepada generasi baru sekaligus menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia. Di Pizza Hut, kami percaya dengan setiap semangat yang ditonjolkan dari semangat syarikat kami untuk menyajikan anda piza yang terbaik, semangat rakyat terhadap negara dan semangat Bunkface terhadap muzik mereka, walau di mana punca semangat tersebut ia wajar diketengahkan dan diraikan oleh semua,” tambah beliau.

Sepanjang bulan September ini, Pizza Hut Malaysia telah merancang agenda menarik buat anda semua . Selama sebulan bermula 7 September 2018, Pizza Hut Malaysia akan memberikan piza percuma (Promosi Beli 1, Percuma 1 ini bermula 7 September sehingga 7 Oktober) kepada setiap pelanggan yang makan di restoran atau melalui servis penghantaran. Ini sejajar dengan sambutan yang diadakan dimana Pizza Hut Malaysia ingin membawakan keriangan menerusi piza yang enak sepanjang bulan patriotik ini.

Tidak lupa kepada peminat Bunkface (atau Bunkers) Pizza Hut akan membawakan kumpulan muzik kegemaran anda buat kali kedua bagi satu lagi sesi penuh semangat pada bulan Oktober nanti dimana satu sesi istimewa bertemu peminat buat 30 peminat bertuah dan rakan mereka! Tunggu apa lagi, ekspresikan semangat patriotisme anda dengan menangkap gambar atau berswafoto dengan Piza Pan, hiaskan dengan perekat, contengan atau tapisan gambar berserta tanda pagar #PizzaHutPANtriotic.

Sebarang maklumat lanjut mengenai piza terbaru serta promosi piza di Pizza Hut, sila layari https://www.pizzahut.com.my/en/newpanpizza. Ikuti laman Facebook Pizza Hut Malaysia, https://www.facebook.com/pizzahutmalaysia untuk mengetahui peluang bertemu Bunkface pada bulan Oktober nanti.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PIZZAHUTMALAYSIA #PIZZAHUT

0 Comments