MEMBELI KERETA PERTAMA, APA YANG ANDA HARUS TAHU?

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,

Memiliki sebuah kereta menjadi satu daripada pembelian terpenting dilakukan oleh rakyat Malaysia dan ia mungkin perkara paling besar dilakukan oleh kebanyakan belia di negara ini. Dalam situasi masa kini, kebanyakaan rakyat di negara ini memperolehi gaji permulaan antara RM2,500 hingga RM3,000 dan ditambah dengan kos hidup yang tinggi terutama di bandar ia menjadikan keupayaan membeli sebuah kereta sama ada baharu atau terpakai adalah sukar.

Jadi amat penting untuk anda mempunyai ilmu asas dalam membuat keputusan sebelum membeli kenderaan pertama anda. Anda pelu tahu mengenai kos, kemampuan, perlindungan dan penyelenggaraan samada kereta yang ingin dibeli adalah jenis baharu atau terpakai.

Sebagai pakar dalam bidang automotif, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch) telah menganjurkan satu sesi meja bulat komprehensif bersama RinggitPlus dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad bagi membincang dan memberi pandangan mengenai perancangan kewangan, skim perlindungan dan penyelenggaraan kenderaan serta perspektif kos faedah apabila membeli kereta pertama.


JUMLAH KOS PEMILIKAN (TCO) JADI FAKTOR MEMBUAT KEPUTUSAN.

Apabila anda membeli kereta pertama, terdapat dua soalan perlu ditanya pada diri sendiri - Adakah anda memerlukan kereta baharu? Adakah anda berkemampuan? Kesilapan paling besar dilakukan kebanyakan pembeli kereta pertama ialah jika anda mampu membayar wang pendahuluan dan ansuran bulanan anda selamat, kata En. Hann Liew selaku Pengasas dan Pengarah RinggitPlus Malaysia.

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,




 

FAKTOR LIBERALISASI TARIF (USIA KENDERAAN, BUATAN, MODEL, JANTINA) TENTUKAN PREMIUM INSURANS KERETA.

Menurut En. Sazali Abdul Rahman selaku Ketua Francais Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, sama ada ia kereta baharu atau terpakai, faktor liberalisasi tarif perlu diambil kira bagi menentukan jumlah premium insurans. Faktor liberalisasi tarif ini termasuk usia kenderaan, tahun dan model dikeluarkan, jantina, umur, kenderaan berisiko dicuri dan kapasiti enjin. Kereta terpakai kebiasaan memiliki premium insurans lebih rendah jika dibandingkan dengan kereta baharu. Sebagai contoh, sebuah kereta berusia 3 tahun berbanding kereta baharu, perbezaan premium ialah 4.4% untuk kereta nasional, 13% kereta buatan Jepun dan 22% untuk kenderaan Eropah.

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,





Terdapat banyak kos tersembunyi yang perlu kita letak sebagai faktor dalam menentukan keupayaan membeli kereta. Kos tersembunyi ini menghasilkan jumlah yang dipanggil Jumlah Kos Pemilikan (TCO) yang meliputi susut nilai, faedah, bahan api, parkir dan tol, insurans, cukai jalan dan penyelenggaran serta ditambah wang pendahuluan dan ansuran bulanan. Syarat utama, TCO bulanan anda tidak boleh melebihi 20% daripada pendapatan kasar dan perlu mengikut jumlah 36% hutang kepada nisbah pendapatan.
 

MEMILIH BENGKEL KERETA BIASA, GUNA JENAMA ALAT GANTI TERKEMUKA OPTIMUM BAJET SELENGGARA.

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,

ALLIANZ, BOSCH, BOSCH MALAYSIA, INFORMASI, PEMBELIAN KERETA, RINGGITPLUS, TIPS,





Bagi mengelakkan peningkatan TCO kereta anda dalam beberapa tahun akan datang, penyelenggaraan kereta adalah faktor kos yang penting. Kata En. Go Boon Wah selaku Pengurus Pemasaran, Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, apabila melibatkan penyelenggaraan dan alat ganti kereta, buat pilihan terbaik untuk poket dan kereta anda. Jika anda ingin mengoptimumkan bajet penyelenggaraan, ganti sendiri (DIY) beberapa bahagian alat ganti seperti menukar bilah pengelap atau memilih menggunakan jenama dikenali kerana ia mampu menurunkan kos sehingga 25-50%. Beliau turut merumuskan sesi tersebut dengan menekankan bahawa penyelenggaraan yang betul penting untuk jangka hayat kereta dan adalah wajar untuk mengetahui maklumat berkaitan ekosistem seperti mengetahui mekanik yang boleh dipercayai, bahagian alat ganti mana yang perlu dikekalkan atau ditukar, pinjaman terbaik dan insurans apakah sesuai dengan anda.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BOSCH

0 Comments