PRODUK KUCING CATZ-KAT KINI BOLEH DIDAPATI DI POTBOY GROCERIES

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

Meow! Siapa disini peminat kucing? Angkat tangan! Kucing merupakan salah satu haiwan yang menjadi pilihan ramai untuk dipelihara. Kecomelan dan aksi lincah mereka pastinya membuat hati sesiapa yang melihat akan terpaut. Ramai yang suka membela kucing di rumah atas alasan haiwan ini bisa menjadi peneman yang baik kepada tuannya. Namun masih ramai yang tidak peka dan ambil tahu tentang penjagaan dan pengendalian haiwan ini dengan betul. Contohnya dari segi pemilihan makanan yang sesuai buat kucing.

Baru-baru ini, pihak Potboy Groceries, sebuah laman peruncit atas talian khusus barangan keperluan rumah telah mengadakan sesi siaran langsung di laman Facebook rasmi mereka dimana topik yang dibincangkan adalah berkenaan kucing. Pada masa sama, pihak Potboy juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan produk Catz-Kat, jenama khusus untuk kucing.

Saya cukup terharu apabila dijemput sebagai pengacara bersama sepanjang sesi ini yang berlangsung hampir 2 jam. Malah sesi siaran langsung ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu 3 blogger terkemuka iaitu cik Sally Samsaiman, Puan Hanny Abdullah dan cik Jann Govin. Menariknya, ketiga-tiga mereka juga merupakan seorang pembela kucing. Sesi siaran langsung ini telah diadakan diseuah kafe kucing terkenal di Cheras.

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,



CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,


CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,
DARI KIRI: SALLY SAMSAIMAN, JAAN GOVIN DAN HANNY ABDULLAH





Sambil dapat bermanja dengan kucing-kucing di kafe ini, banyak informasi yang saya dapat sepanjang sesi ini berlangsung. Setiap tetamu tidak lokek untuk berkongsi cara dan kaedah penjagaan haiwan kucing yang betul. Antaranya adalah tentang urus selia najis kucing yang betul, penjagaan kesihatan dan yang paling utama adalah pemilihan makanan kucing yang sesuai. Kucing sebetulnya harus diberi makanan yang mempunyai kandungan protien yang tinggi. Memberi makanan manusia seperti nasi kepada kucing adalah salah sama sekali kerana sistem pencernaan kucing dan manusia adalah berbeza. Malah, kucing tidak boleh makan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi. Anda juga harus kenalpasti sekiranya kucing anda mempunyai alahan terhadap jenis-jenis makanan kucing. Selain itu juga anda harus memilih makanan kucing yang sesuai dengan usianya.

Jika dilihat di pasaran, kebanyakaan produk makanan kucing diimport dari luar. Jadi sudah semestinya harga yang dijual adalah mahal. Jadi dengan kehadiran produk Catz-Kat hasil keluaran syarikat dari Malaysia pastinya memberi pilihan kepada pencinta kucing. Walaupun produk Catz-Kat merupakan keluaran tempatan, namun kualiti produk nya setanding dengan jenama makanan kucing antarabangsa. Pihak Catz-Kat begitu menitikberatkan kualiti namun pada pada masa sama memberi nilai harga berpatutan dan mampu milik.

Produk makanan kucing Catz-Kat didatangkan dengan dua pilihan samada jenis kering dan basah. Bagi jenis kering anda boleh dapatkan Dry Catz-Kat Ocean Fish dengan pilihan 300 gram, 500 gram, 10 kg dan 20 kilo. Produk ini menggunakan ikan dan hidupan laut segar dengan kandungan omega-3 dan omega-6 yang tinggi sesuai dengan keperluan nutrisi kucing anda. Produk ini bagus untuk mengelakkan kucing daripada menghadapi penyakit FLUTD (Feline lower urinary tract disease) atau bahasa mudahnya kencing tak lawas. Malah ia mampu untuk mengawal masalah hairball yang sering dialami kucing.

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,





Bagi makanan basah, ia didatangkan dengan 4 pilihan iaitu Mackerel, Seafood Platter, Tuna dan Ocean Fish. Apa yang menariknya akan produk keluaran Catz-Kat ini adalah ia mempunyai kandungan Taurine yang bagus untuk penglihatan kucing.

Selain makanan kucing, pihak Catz-Kat turut mengeluarkan pasir berbentuk bebola halus untuk kucing dengan dua pilihan haruman Lavender dan Lemon. Istimewanya pasir keluaran Catz-Kat adalah ia mempunyai penyerapan yang tinggi, mengawal bau dan anti bakteria.

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,






Anda boleh mendapatkan kesemua produk Catz-Kat ini secara atas talian menerusi laman sesawang Potboy Groceries kerana Potboy Groceries memberikan perkhidmatan penghantaran PERCUMA tanpa sebarang had pembelian minimum. Menarik bukan! Ikuti juga laman media sosial rasmi Potboy Groceries untuk informasi lanjut.

CATZ-KAT, POTBOY, POTBOY GROCERIES, produk, PRODUK KUCING,

LAMAN SESAWANG RASMI

LAMAN FACEBOOK RASMI

LAMAN INSTAGRAM RASMI


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #POTBOY #POTBOYGROCERIES #CATZKAT


0 Comments