PROJEK PERUMAHAN TAMAN SALAK LESTARI SEPANG BERBAKI 20 UNIT SAHAJA UNTUK DIJUAL!


Menjadi impian setiap dari kita untuk memiliki kediaman sendiri. Rumah atas pembelian hasil titik peluh sendiri pastinya memberi satu kepuasan yang sukar digambarkan. Tidak kira bujang atau sudah berkeluarga, mendiami rumah sendiri menjadi idaman agar dapat hidup dalam keadaan lebih selesa. Namun kekangan yang sering menjadi rintihan adalah harga rumah yang mahal serta lokasi yang tidak strategik. Umum mengetahui bahawa nilai hartanah semakin meningkat saban tahun. Jadi dengan pendapatan isi rumah bagi kebanyakan rakyat yang boleh saya katakan dalam kategori sederhana menjadi halangan untuk memiliki kediaman sendiri.

Namun, itu bukan penghalang bagi sebuah pemaju Bumiputera seperti Fitrah Properties Sdn. Bhd. untuk mendirikan sebuah taman perumahan di atas tanah dengan harga yang mampu milik. Saya bekesempatan untuk melihat sendiri projek perumahan yang dimajukan oleh Fitrah Properties Sdn. Bhd. iaitu Taman Salak Lestari yang terletak di Daerah Sepang baru-baru ini.

Menariknya, projek perumahan yang sudah 80% siap ini sudah dijual dan hanya berbaki 20 unit sahaja bagi rumah teres dua tingkat dan 3 unit bagi teres satu tingkat yang masih menanti pembeli. Taman Lasak Lestari ini dibina di atas tanah rizab Melayu berkeluasan hampir 4 ekar yang terletak di kawasan Kampung Baru Labu Lanjut, Mukim Labu. Taman Salak Lestari ini mempunyai 55 unit rumah iaitu teres satu tingkat (17 unit) dan teres dua tingkat (35 unit).











Sebagai informasi, Daerah Sepang telah dinobatkan sebagai kawasan pinggir bandar yang paling pesat membangun di Malaysia. Maka, banyak pembangunan hartanah dapat dilihat di kawasan ini sedang pesat dijalankan. Pihak Fitrah Properties tidak mahu ketinggalan dalam merancakkan pembangunan di kawasan ini demi memberi pilihan kepada rakyat memiliki rumah idaman yang selesa dan mampu milik.

Syarikat pemaju Fitrah Properties Sdn. Bhd. sudah berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang hartanah dan projek terbaru di Taman Salak Lestari Sepang ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan projek-projek yang diusahakan sebelum ini seperti projek perumahan AAKH yang sudah pun diserahkan kunci kepada pembeli.

Kenapa anda harus memiliki kediaman di Taman Salak Lestari Sepang ini?

Lokasi Taman Salak Lestari Sepang ini cukup strategik kerana berhampiran dengan jaringan lebuhraya menjadikan ia hanya mengambil masa 15 minit sahaja ke Cyberjaya dan Putrajaya, 10 minit ke Lapangan Terbang KLIA & KLIA 2, 4 minit untuk ke stesen ERL Bandar Salak Tinggi, Pasaraya Kip Mart, McDonald’s dan cuma 30 minit ke Kuala Lumpur, Petaling, Subang, Shah Alam.


RUMAH TERES DUA TINGKAT (20 X 67 -69’)

LUAS BINAAN: 1960 KPS

4 BILIK DAN 3 BILIK AIR

HARGA BERMULA DARIPADA RM 440 RIBU























Rumah teres dua tingkat di Taman Salak Lestari Sepang ini berkeluasan hampir 2 ribu kaki persegi dan mempunyai 4 bilik, 3 bilik air dan sebuah bilik stor. Jika anda sukakan rumah di corner lot, rumah ini turut mempunyai ruang laman yang luas dan ruang balkoni di tingkat atas. Manakala bagi rumah tengah teres dua tingkat, walaupun tiada ruang balkoni, namun siling di tingkat atas agak tinggi dan sesuai dijadikan loteng jika anda mahu.

















RUMAH TERES SATU TINGKAT (20 X 67’)

LUAS BINAAN: 1150 KPS

3 BILIK DAN 2 BILIK AIR

HARGA BERMULA DARIPADA RM 350 RIBU








Bagi memastikan penduduk di Taman Salak Lestari Sepang ini selesa mendiami rumah mereka, pihak Fitrah Properties telah menambak kedalaman tanah sebanyak 7 meter bagi menyelak daripada isu banjir. Bukan itu sahaja, jalan raya diantara barisan rumah dilebarkan kepada 40’ bagi kawasan teres satu tingkat dan 50’ bagi teres dua tingkat bagi memberi keselesaan kepada pemilik untuk lalu lalang di kawasan ini.







Antara kemudahan lain yang disediakan adalah taman permainan kanak-kanak. Kemudahan lain yang terdapat di kawasan sekitar Taman Salak Lestari Sepang adalah masjid, sekolah, UITM Dengkil, USIM Nilai, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang dan Kompleks Tabung Haji.

Kepada anda yang masih mencari-cari rumah, inilah masanya untuk anda rebut peluang dengan memiliki kediaman di Taman Salak Lestari Sepang. Pihak Fitrah Properties Sdn.Bhd. menyediakan kemudahan 100% pinjaman daripada beberapa panel bank tempatan dan juga zero cost entry (yuran guaman dan duti stem ditanggung oleh pihak pemaju). Cepat! 20 unit baki rumah yang masih tinggal ini dijangka akan habis dijual dalam masa yang terdekat. Anda boleh singgah di Galeri Jualan Fitrah Properties yang terletak di Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi atau layari laman media sosial rasmi syarikat ini bagi mendapatkan butiran lanjut.


GALERI JUALAN
NO.37, JALAN SEROJA 4, TAMAN SEROJA, 
BANDAR BARU SALAK TINGGI, 
43900 SEPANG, SELANGOR. 

LAMAN FACEBOOK RASMI 
https://www.facebook.com/Fitrahproperties

LAMAN INSTAGRAM RASMI 
https://www.instagram.com/_fitrah_properties_

TEL: 03-87065254 

WHATSAPP: 017-8235254 


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #FITRAHPROPERTIES #TAMANSALAKLESTARI #FITRAHDHN


0 Comments