THE DARK PARTY BAKAL DIHANTUI THE SACRED RIANA SEMPENA HALLOWEEN 2018

PESTA, THE DARK PARTY KL, HALLOWEEN, PESTA MUZIK,

Anda sudah bersedia dengan kostum untuk Hari Hallowen pada tahun ini? Jadi bersiap sedia kerana malam anda bakal dihantui. Pastinya Hari Hallowen adalah antara perayaan yang sering disambut di serata dunia. Malah di Malaysia sendiri, perayaan ini disambut secara tertutup namun meriah dengan setiap orang mengenakan busana pelik dan menggerunkan bagi menghangatkan lagi suasana ‘ketakutan’.

Bersempena dengan perayaan ini, buat julung kalinya hasil kerjasama CES Creative Event Solution dan AXEEVENTS bersama Vibes Club KL dan Fuze Club bakal menganjurkan parti muzik terbesar di ibu kota yang diberi nama THE DARK PARTY. Parti muzik ini dikhabarkan akan menjadi parti Halloween yang paling gerun pernah dianjurkan di Kuala Lumpur.

PESTA, THE DARK PARTY KL, HALLOWEEN, PESTA MUZIK,





Majlis pelancaran pesta THE DARK PARTY ini telah berlangsung di Sunway Velocity Mall baru-baru ini. Majlis yang dihadiri oleh The Sacred Riana ini turut diserikan dengan persembahan khas oleh kumpulan sarkas terbesar di Asia Tenggara, Cre’ Arts Asia yang terdiri daripada gabungan dua kumpulan sarkas hebat tempatan, Viva Circus dan Psycusix.

PESTA, THE DARK PARTY KL, HALLOWEEN, PESTA MUZIK,

PESTA, THE DARK PARTY KL, HALLOWEEN, PESTA MUZIK,

PESTA, THE DARK PARTY KL, HALLOWEEN, PESTA MUZIK,

PESTA, THE DARK PARTY KL, HALLOWEEN, PESTA MUZIK,

PESTA, THE DARK PARTY KL, HALLOWEEN, PESTA MUZIK,

PESTA, THE DARK PARTY KL, HALLOWEEN, PESTA MUZIK,





Pesta besar-besaran The Dark Party ini akan dihadiri oleh beberapa DJ terkemuka dan apa yang menariknya, ia akan dipersembahkan secara pasangan dimana DJ Wyntella akan bergandingan bersama DJ Cross Finger, DJ Rachel B bersama DJ Deadwood, DJ Ken Fung bersama DJ Keith Mintz dan DJ Jenni-F bersama DJ MK.

Bukan itu sahaja, pihak penganjur turut membawakan juara Asia’s Got Talent 2017, The Sacred Riana sebagai bintang undangan khas pada pesta muzik The Dark Party kali ini. Umum mengetahui bahawa The Sacred Riana atau nama sebenar, Marie Antoinette Riana Graharani yang berasal dari Indonesia ini sememangnya terkenal dengan karektor seram dan mahir dalam ilmu silap mata. Kehadiran The Sacred Riana pada pesta The Dark Party ini bakal memberi ketakutan berganda kepada pengunjung yang hadir. Ini adalah kunjungan dan persembahan pertama beliau di Malaysia. Sebagai info tambahan, The Sacred Riana juga pernah bertandingan di peringkat suku akhir rancangan America’s Got Talent 2018.

PESTA, THE DARK PARTY KL, HALLOWEEN, PESTA MUZIK,

Jadi, jangan lepaskan peluang ini bagi menyaksikan pesta muzik terhebat tahun ini yang bakal berlangsung pada 2 November 2018 bermula jam 7.30 malam di KL Live. Tiket The Dark Party sudah mula dijual secara atas talian di www.airasiaredtix.com dan setiap pembelian tiket, anda berpeluang memenangi hadiah berupa sesi bertemu The Sacred Riana serta hadiah bernilai lebih RM 2 ribu. 

PESTA, THE DARK PARTY KL, HALLOWEEN, PESTA MUZIK,





Sila hubungi 018-6667679 atau email kan ke thedarkpartykl@gmail.com untuk maklumat lanjut. Anda boleh layari laman rasmi media sosial The Dark Party bagi mendapatkan info terkini.

PESTA, THE DARK PARTY KL, HALLOWEEN, PESTA MUZIK,

LAMAN FACEBOOK RASMI 
https://www.facebook.com/The-Dark-Party-474211273097196/

LAMAN INSTAGRAM RASMI 
https://instagram.com/thedarkpartykl




KREDIT FOTO: dRLife Resources.

#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THEDARKPARTYKL #DRLIFE

0 Comments