VIDEO MUZIK ‘AKU MALU’ OLEH AQEESH ALEEYA DILANCARKAN SECARA RASMI

October 19, 2018 REEF OMAR 1 Comments

AQEESH ALEEYA, HURR.TV, lagu, MUZIK,

Buat peminat muzik tempatan, penyanyi remaja Aqeesh Aleeya telah hadir dengan video muzik rasmi lagu single pertama beliau, Aku Malu. Video muzik berkenaan boleh ditonton di laman YouTube hurr.tv di pautan https://bit.ly/2ImfVo4 . Lagu ciptaan komposer DJ Fuzz dengan lirik oleh Hez Hazmi ini secara rasmi dilancarkan pada 4 Jun 2018 dan telah berada di beberapa platform digital antaranya iTunes, Spotify, Apple Music,Yonder Music, KKBox dan Joox. Sebagai info, Aqeesh Aleeya merupakan juara pertandingan bakat dalam talian Bakat Ohsem Malaysia (BOM) anjuran hurr.tv.

Video muzik ‘Aku Malu’ turut menampilkan naib juara BOM, Nasty Rock Crew dalam klip yang ceria, lincah dan penuh tenaga. Lagu yang berkisar tentang situasi di mana seorang gadis/jejaka yang jatuh cinta dalam diam kepada seseorang yang diminati. Perasaan suka terhadap individu itu pula semakin lama semakin menebal. Walaupun begitu, gadis/jejaka berkenaan tidak berani untuk meluahkan perasaan sebenar kepada individu yang diminati. Penonton juga boleh melihat di sebalik tabir pembikinan lagu ‘Aku Malu’ di program khas berjudul ‘Aqeesh’ di aplikasi telefon pintar, laman web dan saluran YouTube hurr.tv.

AQEESH ALEEYA, HURR.TV, lagu, MUZIK,

AQEESH ALEEYA, HURR.TV, lagu, MUZIK,

AQEESH ALEEYA, HURR.TV, lagu, MUZIK,





Kerjasama dengan DJ Fuzz dan Hez Hazmi bermula sejak Februari 2018. DJ Fuzz adalah seorang
komposer yang telah menyumbangkan khidmatnya bagi beberapa penyanyi terkenal antaranya Mizz
Nina, Awi Rafael, Altimet dan Saleem Iklim. Manakala Hez Hazmi pula dikenali sebagai penulis lirik
antaranya bagi lagu So Fine nyanyian Mark Adam dan Cinta Luar Biasa nyanyian Azren Albakri.
Pembikinan lagu ‘Aku Malu’ dilakukan pada 29 Mac 2018.

“Lagu ‘Aku Malu’ ini adalah satu karya yang saya pasti akan menarik perhatian pendengar dengan irama pop dance yang ditampilkan. Konsep lagu ini juga amat sesuai dengan karakter Aqeesh yang sememangnya lincah dan bertenaga. Kami juga amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan komposer serta penulis lirik berbakat DJ Fuzz dan Hez Hazmi” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.

Untuk mengikuti perkembangan terkini Aqeesh di media sosial, ikuti beliau di laman Instagram rasmi www.instagram.com/aqeeshaleeya dan laman Facebook rasmi www.facebook.com/aqeesh.aleeya .


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #AQEESHALEEYA #HURRTV

1 comment:

  1. wow irama pop dance. belum pernah dengar lagi lagu ni sebelum ni. nak dengar sekarang lah :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.